omniture

Ikano Centres memperkenalkan konsep pandu lalu baharu di Pulau Pinang

McDonald's terajui senarai jenama F&B terkenal di destinasi beli-belah IKEA Batu Kawan yang semakin berkembang maju.
IKEA Southeast Asia
2020-09-28 11:05 277

PULAU PINANG, Malaysia, 28 September 2020 /PRNewswire/ -- Sebagai susulan kepada pembukaan fasa pertamanya pada bulan Disember tahun lepas, Ikano Centres, sebahagian daripada IKEA Southeast Asia, teruja untuk melancarkan konsep pandu lalu baharu yang terletak di sebelah IKEA Batu Kawan, di kawasan Utara Malaysia. Bertumpukan makanan dan minuman (F&B), konsep pandu lalu ini ialah fasa Ikano Centres seterusnya dalam pembangunan tempat pertemuan yang menerapkan kemudahan dunia baharu dan juga konsep beli bawa pulang.

Ikano Centres memperkenalkan konsep pandu lalu baharu di Pulau Pinang
Ikano Centres memperkenalkan konsep pandu lalu baharu di Pulau Pinang

Dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang pertengahan 2021, komponen pandu lalu ini hakikatnya akan menyokong restoran IKEA dan juga penyewa F&B lain yang menyediakan tempat menjamu selera yang sedia ada. Kemudahan terbaharu ini bakal menawarkan lebih banyak pilihan makanan yang akan meliputi ruang boleh sewa kasar seluas 200,744 kaki persegi.

"Rakyat Malaysia memang suka menjamu selera dan mereka menitikberatkan soal kesenangan," kata Christian Roejkjaer, Pengarah Urusan IKEA Southeast Asia & Mexico. "Bagi orang ramai, restoran pandu lalu telah menjadi sebahagian daripada gaya hidup mereka dan memainkan peranan penting dalam 'kebiasaan baharu'. Langkah mewujudkan konsep pandu lalu pertama di Batu Kawan ialah satu cara untuk mencipta ruang yang selamat dan positif untuk masyarakat keluar menikmati makanan kegemaran mereka."

Pengarah Urusan Pusat Beli-Belah Penggunaan Bercampur IKEA Southeast Asia, Christian Olofsson menambah, "Kami berhasrat untuk mengalu-alukan lebih ramai rakan niaga yang berkongsi semangat kemasyarakatan yang sama, untuk terus membangunkan sebuah destinasi runcit yang ingin dikunjungi oleh rakyat Malaysia dan para pelancong."

Ikano Centres juga mengalu-alukan penyertaan McDonald's Malaysia sebagai rakan niaga pertamanya dalam konsep pandu lalu ini. Restoran makanan segera kegemaran ramai ini akan menduduki ruang seluas 35,000 kaki persegi di Batu Kawan dan bakal menjadi cawangan McDonald's Malaysia dengan bangunan sendiri ke-16 di Pulau Pinang.

Menurut Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald's Malaysia, cawangan ini akan menyediakan suasana seronok, ceria dan selesa yang amat disukai oleh ramai rakyat Malaysia.

"Di McDonald's Malaysia, kami terus berusaha memenuhi trend yang berubah dalam kalangan pelanggan yang semakin mencari kesenangan di samping perkhidmatan yang pantas dan mesra untuk melengkapkan gaya hidup yang sentiasa mengejar masa. Kami sangat gembira untuk memperluas konsep pandu lalu di Batu Kawan, di mana pelanggan kini dapat menikmati 'detik-detik menceriakan' hanya dengan memandu lalu dan memesan makanan kegemaran McDonald's mereka dari tingkap kereta," Azmir berkata.

Di samping itu, Ikano Centres kini sedang berbincang dengan pengendali stesen minyak untuk memenuhi permintaan tinggi daripada pengguna di Aspen Vision City di Batu Kawan.

Projek terbaharu yang berlandaskan pembangunan komersial IKEA ialah usaha sama antara IKEA Southeast Asia dan Aspen Group Malaysia untuk membangunkan Aspen Vision City yang bakal memartabatkan Batu Kawan sebagai sebuah hab ikonik di kawasan Utara Malaysia.

"Batu Kawan telah berkembang maju dengan pantas untuk menjadi bandar raya satelit ketiga Pulau Pinang. Kami berbesar hati mengalu-alukan jenama antarabangsa terkenal, McDonald's, ke kawasan kejiranan Aspen Vision City (AVC). Sebagai rangkaian makanan terkenal, kehadiran mereka di AVC pasti menarik kunjungan ramai, di samping memenuhi keperluan tenaga kerja berjumlah kira-kira 16,000 orang di Taman Perindustrian Batu Kawan.

Pada awal tahun ini, The Ship Campus yang baru dilancarkan dan juga University of Wollongong KDU Kampus Batu Kawan sudah menerima kemasukan pelajar. Projek lain yang bakal disiapkan termasuk Vertu Resort, Vivo Executive Apartment and Viluxe dengan 3,132 unit kediaman yang akan menjadikan AVC lebih menarik lagi," kata Dato' Murly Manokharan, Presiden & CEO Aspen Group.

Di rantau ini, IKEA Southeast Asia memiliki dan mengendalikan lima pusat beli-belah diterajui oleh IKEA sebagai penyewa utama. Gedung kelengkapan rumah berbentuk kotak biru ini serta tempat-tempat pertemuan di dalamnya komited untuk memenuhi keperluan pengunjung yang semakin berubah, demi mewujudkan kehidupan harian lebih baik untuk orang ramai.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200928/2930002-1?lang=0

Source: IKEA Southeast Asia
Keywords: Furniture & Furnishings Household/Consumer/Cosmetics Restaurants Retail New products/services