omniture

Permintaan yang meningkat untuk Bangunan Sihat di Asia

UL
2020-09-28 13:01 383

SINGAPURA, 28 September 2020 /PRNewswire/ -- Hanya dua tahun selepas pelancaran di Asia, Center for Active Design (CfAD), pengendali Fitwel®, salah satu sistem pensijilan terkemuka di dunia yang komited terhadap bangunan yang sihat untuk semua, menyaksikan pertumbuhan yang luar biasa dari segi jumlah persijilan Fitwel di seluruh Asia. Meskipun hanya 9% pasukan pembinaan di tanah besar China menyatakan bahawa projek-projek bangunan mereka bersifat mesra alam dalam satu kajian 2018 daripada Dodge, 30% responden mengunjurkan bahawa sekurang-kurangnya 60% daripada projek mereka akan bersifat mesra alam menjelang tahun 2021. Kadar pengembangan dalam tempoh yang singkat ini menjadi petunjuk kepada permintaan bangunan hijau dan sihat yang semakin berkembang pesat di seluruh Asia.

(Dari kiri atas, ikut arah jam): Lenovo DCG Taipei Design Center - Taipei, One East - Shanghai, Pejabat M Moser - Hong Kong dan Stock Exchange of Thailand (SET) - Bangkok
(Dari kiri atas, ikut arah jam): Lenovo DCG Taipei Design Center - Taipei, One East - Shanghai, Pejabat M Moser - Hong Kong dan Stock Exchange of Thailand (SET) - Bangkok

Memperakui keperluan terhadap sumber tempatan bagi memberi kepakaran dan sokongan, CfAD menandatangani kerjasama strategik dengan UL serta meminta sokongan daripada 30 syarikat terkemuka lain untuk menubuhkan Majlis Penasihat Asia. Dengan tujuan untuk mempromosikan bangunan hijau dan sihat di Asia, Majlis Penasihat Asia telah menyokong bangunan-bangunan di seluruh rantau dalam proses mendapatkan persijilan Fitwel.

Keupayaan global UL dari segi pengujian, penilaian, persijilan dan khidmat nasihat dengan menawarkan pelanggan akses sumber tempatan dan kepakaran bangunan hijau bagi menyelaraskan proses pensijilan. Dalam usaha untuk memajukan amalan bangunan hijau dan sihat, UL telah membuat perjanjian dengan syarikat pengurusan hartanah yang terkemuka di seluruh Asia termasuk CBRE dan Savills.

"Kami sangat gembira melihat momentum di sebalik pergerakan ini. Walaupun setiap bangunan mempunyai gaya dan keistimewaan tersendiri, bagi memenuhi keperluan penghuni tertentu, setiap satunya menunjukkan komitmen yang hebat terhadap ruang dalaman bertumpu individu yang menyokong aspek kesihatan dan kesejahteraan," kata Alberto Uggetti, naib presiden dan pengurus besar bahagian Persekitaran dan Kemampanan UL.

Suatu kejayaan yang luar biasa, Majlis Penasihat Asia menyaksikan dimana banyak bangunan memilih untuk mendapatkan persijilan Fitwel. Berikut merupakan gambaran beberapa persijilan Fitwel yang telah difasilitasi oleh UL di seluruh Asia.

Pejabat M Moser - Hong Kong 

M Moser ialah sebuah syarikat reka bentuk tempat kerja yang menerajui aspek kesihatan dan kesejahteraan di tempat kerja. M Moser membawa wajah baharu untuk aspek kerja dan budaya syarikat mereka ketika merancang ruang pejabat baru di Hong Kong. Reka bentuknya mengutamakan kakitangan mereka dan memberi inspirasi terhadap kerja-kerja yang mereka lakukan. Memperoleh penarafan Fitwel 3 Bintang yang tertinggi, sebagai tambahan RESET® dan WELL Certifications™, ruang yang mengagumkan ini menunjukkan komitmen syarikat terhadap ruang yang menyokong kesihatan dan kesejahteraan.

"Kami memanfaatkan peluang untuk membangunkan ruang kerja yang memperkasa pasukan kami dan menunjukkan nilai dalam mereka bentuk bangunan hijau dan sihat yang bertumpu pada kesihatan manusia dan pengawasan terhadap bumi. Sijil Fitwel mengesahkan pendekatan yang tertumpu kepada kakitangan kami, menyokong pelbagai tenaga kerja, mendorong kolaborasi dan melancarkan gaya hidup yang sihat," kata Christine Bruckner, Ph.D., pengarah di M Moser Associates.

Ruang penting ini menawarkan program berkebun yang membolehkan penghuni menanam dan menumbuhkan hasil tanaman mereka sendiri dan sebuah kafe yang direka untuk menawarkan ruang yang ramah, mesra dan kolaboratif. Taman berlandskap menawarkan kawasan luaran yang membolehkan pekerja dan tetamu menikmati udara segar, melakukan aktiviti fizikal dan mengurangkan tekanan. Sebuah bilik penyusuan memberi ruang peribadi yang tenang untuk ibu yang baru melahirkan. Kepelbagaian ruang secara keseluruhan memenuhi keperluan individu yang berbeza, aktiviti berbeza dan menggalakkan kolaborasi serta keselesaan.

Stock Exchange of Thailand (SET) – Bangkok

Stock Exchange of Thailand menjadi yang pertama di Asia mencapai Penarafan Fitwel 3 Bintang – penarafan tertinggi dalam standard Fitwel – untuk bangunan 28-tingkatnya. Bangunan SET bukan sahaja mendapat Penarafan Fitwel 3 Bintang, tetapi juga menerima anugerah Best in Building Health® kerana mendapat skor tertinggi dalam Kad Skor Penyewa Tunggal v2.1 seluruh dunia.

Antara kriteria lain yang mengagumkan, SET menawarkan taman pemulihan bagi mengalakkan pemakanan yang sihat manakala buah-buahan dan sayur-sayuran dijual di pasar tani hari minggu. Bangunan ini juga memantau kualiti udara dalaman untuk memastikan kepatuhan terhadap rekomendasi Fitwel dan Pertubuhan Kesihatan Dunia, yang merupakan manfaat bagi penghuni di negara yang mengalami masalah pencemaran udara.

One East -- Shanghai 

Brookfield Asset Management memperoleh penarafan Fitwel 3 Bintang untuk hartanah One East di pusat Shanghai, menerima 127 daripada 144 mata yang boleh dicapai. Ruang berkenaan, yang menawarkan ruang komersial Gred A, terus memajukan reputasinya dan menunjukkan komitmennya terhadap aspek kesihatan dan kesejahteraan penyewa dengan memperoleh sijil tahap tertinggi Fitwel.

Sebuah projek penggunaan campuran yang terletak di kawasan South Bound Shanghai, One East menawarkan taman pemulihan di lokasi dan laluan berjalan kaki serta akses mudah ke beberapa pengakutan awam seperti perhentian kereta api bawah tanah dan laluan bas.

Dibina dengan mengutamakan keselesaan serta kesejahteraan penyewa, bangunan berkenaan menawarkan beberapa ciri unik termasuk sistem lampu keselamatan waktu malam untuk kemudahan masuk dan keluar yang selamat pada waktu malam. Di samping itu, dinding tirai kaca sepenuhnya membolehkan penyewa untuk menikmati pemandangan tingkap dengan cahaya matahari semula jadi.

Kawasan pejabat dilengkapi dengan ruang pelbagai fungsi untuk menggalakkan kolaborasi dan aktiviti sosial antara kakitangan dan pengunjung. Perabot ergonomik membantu mengelakkan tekanan dan kecederaan serta meningkatkan keselesaan dan kesihatan kakitangan.

"Sebagai pemilik dan pengendali utama harta tanah campuran yang terkenal di dunia, Brookfield komited untuk mewujudkan persekitaran kerja yang lebih sihat untuk penyewa dan tetamu kami. One East mencapai tahap tertinggi sijil Fitwel disebabkan atas segala kerja keras daripada pasukan Brookfield Properties dan ini mencerminkan visi kami untuk menyokong kesejahteraan komuniti secara keseluruhan," kata Stuart Mercier, ketua negara China, Brookfield Asset Management.

Lenovo -- Taipei 

Lenovo DCG Taipei Design Center memperoleh Persijilan Fitwel 2 Bintang dengan memanfaatkan pelbagai langkah strategik bagi meningkatkan kesihatan fizikal dan mental pekerja. Sebagai contoh, untuk memastikan kakitangan dapat menikmati IAQ yang baik, syarat-syarat yang ketat dikenakan untuk projek-projek pengubahsuaian bagi mematuhi rancangan pengurusan IAQ semasa fasa pembinaan, untuk mendapatkan bahan bangunan dan perabot yang sesuai serta menjalankan pemantauan udara dalam bangunan daripada pihak ketiga.

Pejabat ini juga menggabungkan reka bentuk yang hampir dengan kehidupan di kawasan umum dan menawarkan pelbagai jenis tempat duduk bagi melegakan tekanan di samping mengelakkan kesan kesihatan yang negatif akibat postur duduk yang sama dalam jangka masa panjang. Dengan papan tanda yang jelas menunjukkan ruang tangga yang boleh diakses, ia menggalakkan pendakian tangga, manakala rawatan lantai anti slip membolehkan pekerja menaiki tangga dengan selamat. Bangunan ini turut menggalakkan pemakanan yang sihat dan dispenser air juga disediakan diseluruh bangunan bagi memenuhi kehendak Akta Orang Kurang Upaya Amerika.

Bangunan-bangunan ini hanyalah sebahagian kecil daripada ruang lain yang telah mendapat sijil Fitwel di seluruh Asia, dan ini menunjukkan permintaan yang semakin meningkat untuk ruang yang berpusat pada penghuni. Dalam satu tinjauan yang dijalankan oleh firma perkhidmatan hartanah komersial, CBRE, di Asia Pasifik antara bulan Mei dan April 2020, hampir separuh mengatakan bahawa krisis COVID-19 akan membawa kepada pilihan yang menumpukan pada bangunan-bangunan dengan ciri-ciri kesejahteraan dan persekitaran. Dengan kecenderungan yang semakin meningkat, UL akan bersiap sedia untuk menyediakan perkhidmatan kepakaran, pengujian, penilaian dan perkhidmatan lain yang dapat membantu melancarkan proses pensijilan.

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan UL, kunjungi www.ul.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200916/2918911-1?lang=0

Source: UL
Related Links:
Keywords: Construction/Building Environmental Products & Services Contracts