omniture

Huawei, Sunline Bersama-sama Melancarkan Penyelesaian Digital Loan One Box Tanpa Sentuhan

Huawei
2020-09-29 12:26 616

SHANGHAI, 29 Sept 2020 /PRNewswire/ -- Di HUAWEI CONNECT 2020, Sunline dan Huawei bersama-sama melancarkan Digital Loan One Box Solution — satu penyelesaian tanpa sentuhan global untuk perkhidmatan kewangan. Penyelesaian ini akan dilancarkan di pelbagai negara dan rantau, seperti Asia Tenggara, Timur Tengah, Amerika Latin dan Afrika, di mana keterangkuman kewangan sangat diperlukan.

Digital Loan One Box mengguna pakai strategi terbuka, yang membolehkan institusi kewangan melancarkan pelbagai perkhidmatan tanpa sentuhan, seperti kempen produk pinjaman dalam talian, E-KYC pelanggan, penilaian risiko, pembayaran dana dan pemprosesan pasca pinjaman. Penyelesaian tersebut merupakan respons kepada keperluan mendesak daripada FI dan juga pelanggan mereka untuk perkhidmatan kewangan digital. Keperluan ini semakin mendesak di tengah-tengah kemelut pandemik yang banyak negara masih memeranginya.

Sebagai asas ekonomi negara, institusi kewangan memerlukan perkhidmatan kewangan tanpa sentuhan, digital dan secara dalam talian, terutamanya dalam situasi semasa. Namun, bank-bank global berdepan dengan masalah yang serupa dalam proses transformasi digital: kos dan risiko yang besar untuk menggantikan sistem legasi, belanjawan yang terhad dan pulangan tidak menentu terhadap pelaburan untuk transformasi, kekurangan pengalaman perniagaan dan teknologi terbuka, persaingan yang semakin sengit, dan peningkatan permintaan untuk perkhidmatan tanpa sentuhan yang didorong oleh pandemik tersebut, dll.

Kewangan tanpa sentuhan merujuk kepada perkhidmatan yang mana pelanggan dan bank tidak perlu berinteraksi secara bersemuka. Melalui saluran Omni, ia menyokong perkhidmatan berasaskan pasang masuk, perniagaan terbina dalam dan ciri-ciri luar kotak.

Digital Loan One Box Solution dibangunkan berdasarkan Huawei FusionCube Hyper-Converged Infrastructure, yang mengguna pakai EDSP rangka kerja perbankan perkhidmatan mikro peringkat perusahaan yang dikeluarkan oleh Sunline pada 2020. Penyelesaian tersebut menyokong penskalaan mendatar pantas dan dinamik terhadap permintaan perniagaan dan juga sistem. Ia juga menyediakan talian pemasangan penyampaian berterusan DevOps untuk memenuhi keperluan pembangunan institusi kewangan yang semakin tangkas. Perkhidmatan perbankan tanpa sentuhan menjadikan perbankan jauh lebih mudah, sambil mengekalkan ciri mesra pengguna, tepat waktu, dan profesional, yang membawa kepada kepuasan, pengekalan dan kesetiaan pelanggan yang lebih baik. Ekosistem kewangan yang saling bersambungan meningkatkan bahagian pasaran dan reputasi institusi kewangan. Penyelesaian tersebut juga menawarkan TCO berkesan kos yang memenuhi jangkaan pelaburan mereka.

Digital Loan One Box menyampaikan prestasi yang paling cepat dalam aspek berikut:

  • Pembukaan akaun jarak jauh dan pengesahan identiti biometrik masa nyata melalui berbilang pendekatan (MFA)
  • Pengasalan dan kelulusan pinjaman dalam talian, dan pembayaran dana dengan cepat (permohonan tiga minit, kelulusan pinjaman satu saat dan intervensi manual sifar)
  • Perumusan promosi dan kempen pemasaran masa nyata
  • Pemprosesan pasca pinjaman yang fleksibel dan penilaian pelanjutan pinjaman serta-merta
  • Kemas kini maklumat akaun masa nyata dan perkhidmatan tanpa henti
  • Akses pantas untuk rakan niaga ekosistem melalui API terbuka standard
  • Produk yang sangat diseragamkan yang mudah difahami oleh pelanggan
  • Pelaksanaan pantas yang dapat dijalankan secara langsung dalam masa dua bulan
Huawei, Sunline Bersama-sama Melancarkan Penyelesaian Digital Loan One Box Tanpa Sentuhan
Huawei, Sunline Bersama-sama Melancarkan Penyelesaian Digital Loan One Box Tanpa Sentuhan

"Penyelesaian tersebut muncul pada waktu yang tepat untuk institusi kewangan semasa penularan pandemik. Ia boleh memenuhi permintaan peminjaman dan pinjaman untuk institusi kewangan dan juga pelanggan sepanjang tempoh masa khas tersebut. Dalam industri ini, kami akan terus membangunkan ekosistem global dan penyelesaian berasaskan senario daripada 2C kepada 2B dengan rakan niaga global," ujar Jason Cao, Presiden Unit Perniagaan Perkhidmatan Kewangan Global, Kumpulan Perniagaan Perusahaan di Huawei. "Bersama-sama dengan pelanggan dan rakan niaga dalam industri, kami akan mulakan dengan 5G dan merebut peluang dalam lima domain teknologi utama — ketersambungan, awan, pengkomputeran, AI dan aplikasi industri. Akhirnya, kami akan menyediakan penyelesaian pintar dan teknologi berasaskan senario untuk memudahkan transformasi digital bagi pelanggan kewangan."

Hongan Li, Naib Presiden Kanan Sunline, menambah, "Sunline ialah syarikat perkhidmatan IT perbankan global. Kami terus menginovasi untuk menerajui FinTech dan mempertingkatkan ketersambungan dalam kehidupan. Semasa COVID-19, kami menyedari keperluan mendesak untuk inovasi teknologi, perkhidmatan digital dan perkhidmatan kewangan terbuka di seluruh dunia. Sehubungan itu, Sunline dan Huawei kini melancarkan Digital Loan One Box Solution. Penyelesaian ini direka untuk institusi kewangan dan pelanggan, terutamanya mereka yang kekurangan keupayaan teknologi. Ia berdasarkan rangka kerja perkhidmatan mikro peringkat perusahaan Sunline untuk bank. Platform agil ini menampilkan fleksibiliti yang tinggi, gandingan longgar, prestasi tinggi dan pelaksanaan teragih. Ia memenuhi keperluan penskalaan mendatar institusi kewangan yang dinamik dalam sebarang saiz pada permintaan perniagaan dan juga sistem. Matlamat kami adalah untuk menyediakan penyelesaian yang praktikal dan berguna dalam tempoh masa yang luar biasa ini."

Huawei dan rakan niaganya membantu institusi kewangan mencapai kemuncak digital baharu dalam rangkuman kewangan, inovasi perniagaan berpandukan data dan perbankan terbuka, lalu mencapai ketersambungan penuh dan ketangkasan perkhidmatan. Sehingga kini, Huawei telah bekerjasama dengan lebih daripada 5,400 penyelesaian dan rakan perkhidmatan di seluruh dunia untuk menyokong 1,600 pelanggan kewangan di 60 negara dan rantau. Bersama-sama, kami telah mewujudkan sebuah ekosistem dengan liputan yang semakin berkembang.

Sunline ialah penyedia penyelesaian FinTech yang utama. Ia sentiasa mencipta semula teknologinya untuk memperkasakan revolusi perkhidmatan kewangan dan memacu pembangunan industri. Sehingga kini, Sunline telah menyediakan penyelesaian IT kewangan bersepadu yang merangkumi perniagaan teras, perniagaan kewangan Internet, data raya dan perkhidmatan pengurusan kepada lebih 800 institusi kewangan di seluruh dunia.

Sebagai perintis di kalangan pembekal FinTech China, Sunline telah membuka cawangan dan pejabat perkhidmatan di Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia dan Hong Kong SAR semenjak 2016. Ia telah diperakui secara meluas untuk kekuatannya dalam inovasi, kepimpinan pasaran dan prestasi produk. Ia tergolong dalam 3 Vendor Utama Platform Perbankan di Asia Pasifik dalam Forrester's Global Banking Platform Deals Survey pada 2019. Tahun ini, Majalah Global Brands menganugerahkan Sunline Syarikat Fintech Asia Paling Inovatif untuk 2020, dan ia juga berada dalam 2020 IDC China FinTech 50 List.

HUAWEI CONNECT 2020 ialah acara perdana tahunan yang dianjurkan oleh Huawei untuk industri ICT global, dan diadakan di Shanghai dari 23 hingga 26 September 2020. HUAWEI CONNECT ialah sebuah platform terbuka yang direka untuk membantu pelanggan dan rakan niaga kami mengharungi perubahan ini, berkongsi pengalaman dan bekerjasama untuk menghasilkan nilai baharu. Pada acara tahun ini, pihak berkepentingan yang berbeza di seluruh industri ICT, termasuk pemimpin pendapat, elit perniagaan, pakar teknologi, perusahaan utama, rakan niaga daripada ekosistem, penyedia dan pembangun perkhidmatan aplikasi, telah berkongsi pandangan mereka tentang trend semasa dan peluang dalam pendigitalan industri. Rangkaian lengkap teknologi, produk dan penyelesaian ICT yang termaju, juga telah dipamerkan dalam acara tersebut untuk mempamerkan inovasi kami yang membuahkan hasil melalui usaha bersama. Matlamat akhir kami adalah untuk membina ekosistem industri yang terbuka dan mantap yang akan memanfaatkan semua pihak berkepentingan dan mencipta nilai baharu untuk semua industri. Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati:
https://www.huawei.com/en/events/huaweiconnect2020/

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200925/2928915-1?lang=0


Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services Financial Technology