omniture

Dow dan Luhai umum perkongsian tingkatkan keputaran plastik di China

Kolaborasi kitar semula pertama untuk Dow Asia Pasifik
Dow
2020-09-30 12:04 458

SHANGHAI, 30 September 2020 /PRNewswire/ -- Dow (NYSE: DOW) dan Luhai, sebuah syarikat pengurusan bahan buangan bersepadu yang terletak di Xiamen, China, hari ini mengumumkan kolaborasi mereka untuk memberi peluang kedua kepada bahan buangan plastik yang dikumpul oleh Luhai, lantas meningkatkan keputaran plastik di China. Perjanjian ini selaras dengan sasaran kelestarian baharu Dow untuk Menghentikan Bahan Buangan (Stop the Waste) dengan membolehkan satu juta tan metrik plastik dikumpul, digunakan semula atau dikitar semula melalui tindakan langsungnya dan perkongsian menjelang tahun 2030.

Dow dan Luhai umum perkongsian tingkatkan keputaran plastik di China
Dow dan Luhai umum perkongsian tingkatkan keputaran plastik di China

 

Selain daripada sejarah panjangnya dalam mengitar semula karton minuman, operasi pengurusan bahan buangan Luhai memberi tumpuan pada pengumpulan dan pengitaran semula pelbagai jenis plastik pasca-pengguna daripada bahan buangan yang dikumpul di China. Kini mereka aktif mengumpul bahan buangan plastik daripada komuniti tempatan di bandar Xiamen, wilayah Fujian, dengan rancangan untuk berkembang ke bandar-bandar lain di seluruh negara.

Melalui perkongsian strategik ini, Dow akan memanfaatkan kepakarannya dalam sains bahan serta pembangunan aplikasi bagi mencipta penyelesaian plastik pusingan baharu untuk pasaran Asia Pasifik daripada bahan buangan plastik yang dikumpul oleh Luhai.

"Bahan buangan plastik ialah salah satu kebimbangan alam sekitar yang paling penting di Asia. Walau bagaimanapun, kami dapat menyelesaikan isu yang penting ini memandangkan bahan buangan plastik merupakan sumber berharga yang boleh ditransformasikan kepada produk baharu. Kami menangani isu ini secara agresif dengan berganding bahu bersama rakan-rakan kongsi untuk mencipta penyelesaian baharu dan menambah nilai kepada bahan penting ini," kata Bambang Candra, naib presiden komersial Asia Pasifik untuk Dow Packaging & Specialty Plastics. "Kami berbesar hati dengan adanya Luhai sebagai rakan kitar semula kami ketika kami melakar kemajuan penting ke arah mencapai visi bersama kami untuk menutup gelung pengurusan bahan buangan plastik dan mempengaruhi perubahan yang sangat diperlukan bersama-sama."

Matlamat Dow adalah untuk mengalihkan bahan buangan plastik dari alam sekitar dan melindungi ekosistem yang menjadi pergantungan komuniti tempatan. Menerusi kolaborasi ini, Dow menyasarkan untuk mendemonstrasikan nilai plastik kitar semula dengan menjadikannya dapat digunakan dalam aplikasi pempakejan berbeza dan akhirnya meningkatkan pengumpulan dan pengitaran semula plastik pasca-pengguna dalam komuniti tempatan.

"Sebagai perintis dalam sektor kitar semula bahan buangan di China selama dua puluh tahun, kami komited untuk menukarkan bahan buangan plastik menjadi produk bernilai tinggi dan membolehkan rantaian nilai pengurusan bahan buangan untuk memberi peluang kedua kepada plastik, seraya mempercepatkan pembangunan bandar "Sisa Sifar" China," kata Jennifer Jiang, Presiden, Luhai. "Kami gembira dapat bekerjasama dengan Dow untuk meneroka penggunaan bahan buangan plastik dengan cara yang inovatif sebagai penyelesaian mesra alam dalam tempoh jangka panjang untuk industri kami sementara kami meneruskan objektif-objektif kelestarian kami."

Menjalin kerjasama dengan organisasi-organisasi sepanjang rantaian nilai yang telahpun terlibat dalam pengurusan bahan buangan dan perniagaan kitar semula merupakan kunci bagi memajukan ekonomi pusingan untuk plastik. Dengan berganding bahu bersama Luhai, Dow berusaha untuk membantu mengurangkan bahan buangan plastik di China dengan memberi penggunaan akhir-hayat yang baharu kepada plastik yang sekiranya tidak digunakan semula akan dibuang dalam alam sekitar atau tapak pelupusan sampah.

Latar Belakang Dow Packaging and Specialty Plastics  

Packaging and Specialty Plastics (P&SP), satu unit perniagaan Dow (NYSE: DOW), menggabungkan kekuatan teras penyelidikan dan pembangunan (R&D), capaian seluruh dunia, rangkaian produk yang luas serta kepakaran industri untuk menyediakan teknologi berprestasi tinggi kepada pasaran penggunaan akhir dalam pempakejan makanan, produk kebersihan diri, infrastruktur, barangan pengguna dan pengangkutan. P&SP ialah salah satu pengeluar resin polietilena, polimer fungsian dan pelekat yang terbesar di dunia, dan didayakan oleh Pack Studios, merupakan penginovasi dan rakan usaha sama utama dalam seluruh rantaian nilai bagi pembangunan aplikasi mampan serta reka bentuk kitar hayat ekonomi pusingan untuk plastik. www.dowpackaging.com

Latar Belakang Dow 

Dow (NYSE: DOW) menggabungkan keluasan global, integrasi dan skala aset, inovasi bertumpu dan kedudukan perniagaan yang utama bagi mencapai pertumbuhan yang menguntungkan. Cita-cita Syarikat ini adalah untuk menjadi syarikat sains bahan yang paling inovatif, bertumpu pelanggan, inklusif dan lestari. Portfolio Dow yang terdiri daripada perniagaan plastik, perantara industri, pelapis dan silikon membawa pelbagai jenis produk dan penyelesaian berasaskan sains berbeza untuk pelanggannya dalam segmen pasaran yang mengalami pertumbuhan tinggi seperti pempakejan, infrastruktur dan penjagaan pengguna. Dow mengendalikan 109 tapak pengilangan dalam 31 negara dan menggaji kira-kira 36,500 orang. Dow mencapai jualan kira-kira sebanyak $43 bilion pada tahun 2019. Rujukan untuk Dow atau Syarikat bermakna Dow Inc. dan subsidiari-subsidiarinya. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.dow.com atau ikuti @DowNewsroom di Twitter.

Xiamen Luhai Pro-environment Co . , Ltd. 

Xiamen Luhai Pro-environment Co., Ltd. (selepas ini dirujuk sebagai Luhai) ditubuhkan pada Disember 2000, disenaraikan dalam National Equities Exchange and Quotations pada tahun 2015 dengan kod saham 834562. Luhai komited terhadap perkhidmatan operasi bersepadu sisa pepejal boleh kitar semula bandar, termasuk operasi kitar semula, pemprosesan semula, penyelidikan aplikasi dan perniagaan pusingan. Syarikat ini mengitar semula terutamanya pelbagai jenis sisa plastik pasca-industri dan pasca-pengguna, karton minuman terpakai. Produk-produk utamanya ialah plastik kitar semula, pulpa kitar semula, produk Tapisan semula, bahan api janaan sampah (RDF) dan sebagainya. Kilang Zhangzhou mereka yang berkeluasan 21.4 ekar (iaitu sejauh sejam pemanduan dari Xiamen), "National Resource Recycling Base" mempunyai kawasan pembinaan seluas lebih daripada 70 ribu meter persegi dengan kapasiti tahunan mencecah 150 ribu MT, menggaji lebih daripada 200 pekerja dari seluruh negara.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200917/2920575-1?lang=0  
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200526/2813064-1LOGO?lang=0  

 

Source: Dow
Keywords: Banking/Financial Service Environmental Products & Services Green Technology Paper/Forest Products/Containers Conservation/Recycling Licensing/marketing agreements