omniture

Majlis Perbandaran Abu Dhabi memilih Huawei untuk membina Pusat Data Pemulihan Bencana

Huawei
2020-10-02 01:35 569

ABU DHABI, UAE, 1 Oct. 2020 /PRNewswire/ -- Majlis Perbandaran Abu Dhabi (ADM) memilih untuk bekerjasama dengan Huawei, syarikat yang mempunyai bahagian terbesar dalam pasaran pusat data modular global, untuk membina Pusat Data Pemulihan Bencana Perbandaran tempoh beroperasi TAHAP- IV

Huawei FusionModule2000 Smart Modular Data Center.
Huawei FusionModule2000 Smart Modular Data Center.

Keperluan Penyimpanan Data yang Mampan 

"Laut di sebelah kiri, padang pasir di sebelah kanan" — gambaran yang tepat sekali tentang persekitaran semula jadi Abu Dhabi yang unik. Dengan jutaan pelawat setiap tahun, Abu Dhabi sering digambarkan secara agak puitis, sebagai mutiara terang yang berkilauan di pantai selatan Teluk Parsi.

"Menyokong kebahagiaan komuniti melalui penyampaian perkhidmatan perbandaran dan pertumbuhan bandar yang mampan" merupakan pernyataan visi ADM. Dalam era transformasi digital yang pesat, pusat data perbandaran memainkan peranan penting, bukan sahaja menyediakan perkhidmatan pejabat kerajaan tetapi juga pengurusan maklumat penduduk dan perkhidmatan perbandaran. Secara ringkasnya, pusat data sangat diperlukan untuk kehidupan komuniti.

Walau bagaimanapun, penyediaan pusat data legasi ADM tidak dapat memenuhi keperluan pembangunan masa depan, memandangkan kemasukan sejumlah besar perkhidmatan baharu dan peningkatan yang sangat besar dalam jumlah data. Persoalan mengenai cara untuk meningkatkan kebolehpercayaan data, keselamatan dan kemampanan pusat data menjadi tumpuan segera ADM.

Membina Pusat Data Pemulihan Bencana yang Terbaik Mungkin dengan Huawei 

Huawei FusionModule2000 ialah pusat data pertama yang menerima pensijilan Uptime TIER-Ready IV. Jurutera pembinaan tempatan hanya perlu membuat pemasangan yang ringkas di tapak, kerana pusat data modular ini dipasang siap di kilang, dan ia dibawa ke dalam talian dengan cepat dan sedia untuk digunakan.

Sesungguhnya, FusionModule2000 mengguna pakai reka bentuk modular sepenuhnya, yang menyokong pembangunan mampan perkhidmatan perbandaran, dengan kapasiti pengembangan fleksibel yang dapat dilakukan untuk pelbagai subsistem, daripada bekalan kuasa hinggalah penyejukan dan kabinet IT.

Pada 6 Mei 2020, Uptime Insight secara rasmi menganugerahkan pensijilan reka bentuk Uptime TIER- IV kepada pusat data pemulihan bencana perbandaran ADM. Abu Dhabi, mutiara terang di pantai selatan Teluk Parsi, kini boleh meletakkan kepercayaannya dalam keselamatan storan data perbandaran yang sangat boleh dipercayai.

Apakah yang seterusnya untuk masa depan? 

Ahamd Abdulsamad Alhammadi - Pemangku Pengarah jabatan perancangan teknikal, Majlis Perbandaran Abu Dhabi, berkata: "Proses pendigitalan kami dengan Huawei telah mentransformasikan operasi kami, membina lebih banyak ketahanan dan kemudahan di seluruh Perbandaran. Pusat data pemulihan bencana TIER IV, yang dibina bersama Huawei, mempamerkan sepenuhnya penyelesaian paling canggih dan khidmat pelanggan yang terbaik dalam industri. Kami dibimbing oleh visi kepimpinan UAE dalam pendigitalan kami untuk mempertingkatkan komuniti kami melalui teknologi. Huawei ialah rakan niaga pilihan kami dan kami mengharapkan kerjasama dengan mereka di masa hadapan."

Mengenai Huawei 

Huawei ialah penyedia infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan peranti pintar global yang terkemuka. Dengan penyelesaian bersepadu di empat domain utama – rangkaian telekomunikasi, IT, peranti pintar dan perkhidmatan awan – kami komited untuk membawa digital kepada semua orang, kediaman dan organisasi untuk sebuah dunia pintar yang terhubung sepenuhnya.

Portfolio produk, penyelesaian dan perkhidmatan hujung ke hujung Huawei adalah kompetitif dan selamat. Melalui kerjasama terbuka dengan rakan ekosistem, kami menghasilkan nilai yang berkekalan untuk pelanggan kami, bekerja untuk memperkasakan orang ramai, mempertingkatkan kehidupan di rumah, dan menginspirasikan inovasi dalam pelbagai bentuk dan saiz organisasi.

Di Huawei, inovasi memfokus kepada keperluan pelanggan. Kami membuat banyak pelaburan dalam penyelidikan asas, memberikan tumpuan pada penemuan ulung teknologi yang memacu dunia ke hadapan. Kami mempunyai lebih daripada 194,000 pekerja, dan kami beroperasi di lebih daripada 170 negara dan rantau. Ditubuhkan pada 1987, Huawei ialah sebuah syarikat swasta yang dimiliki sepenuhnya oleh para pekerjanya.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati Huawei dalam talian di www.huawei.com.

 

 

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services