omniture

Megaport Memperluas Jangkauan Global Oracle Cloud

Megaport SDN memperluaskan ketersambungan selamat atas permintaan ke kawasan Oracle Cloud di empat benua untuk meningkatkan prestasi
Megaport
2020-10-02 06:26 4734

BRISBANE, Australia,, Oct. 2, 2020 /PRNewswire/ -- Megaport Limited (ASX: MP1) ("Megaport"), penyedia Rangkaian sebagai satu Perkhidmatan (NaaS) yang terkemuka dan ahli Oracle PartnerNetwork (OPN), hari ini mengumumkan tentang ketersediaan Oracle FastConnect 'onramps' yang diperluaskan bagi membolehkan pelanggan untuk saling bersambung ke Infrastruktur Oracle Cloud dengan mudah dan secara fleksibel.

Megaport kini menawarkan ketersambungan terus ke kawasan Oracle Cloud di empat benua. Lokasi-lokasi FastConnect yang didayakan baru-baru ini telah didayakan di seluruh rangkaian Megaport termasuk Chicago, Los Angeles, London, Melbourne, Zurich, Osaka dan San Jose. Kini terdapat kira-kira 17 FastConnect 'onramps' yang didayakan melalui Megaport, yang menyediakan lebih banyak pilihan untuk cara perniagaan mereka bentuk dan mengkonfigurasi awan mereka untuk prestasi, ketersediaan dan keperluan kedaulatan data dalam negara.

Pelanggan yang bersambung ke Infrastruktur Oracle Cloud melalui Megaport juga boleh memanfaatkan Megaport Cloud Router (MCR), iaitu satu perkhidmatan penghalaan maya.  MCR menyingkirkan kerumitan dengan membolehkan pelanggan menyambung dan menghalakan trafik tanpa memerlukan penghala fizikal dan menyokong pengaktifan pantas kawasan awan baharu dengan menyediakan ketersambungan pantas dan boleh dipercayai ke aplikasi dan platform yang memberi kuasa kepada perniagaan setiap hari.

MCR juga membolehkan pelanggan membina sambungan awan ke awan secara titik dan klik dan dalam waktu sebenar. Ini bermakna lebih banyak organisasi boleh memanfaatkan seni bina berbilang awan. Dengan Megaport, organisasi mempunyai pilihan untuk menyambungkan perkhidmatan dan aplikasi mereka dari 15 kawasan Oracle Cloud ke 30+ kawasan Azure Cloud dan 16+ kawasan AWS. Jangkauan yang diperluaskan ini memanfaatkan strategi berbilang awan yang menjadi pilihan banyak perusahaan kerana ia meningkatkan penggunaan awan.

Manfaat mengakses Oracle Cloud Infrastructure di Megaport:

  • Ketangkasan: Ketersambungan atas permintaan yang boleh dipercayai ke aplikasi dan perkhidmatan yang memberi kuasa kepada perniagaan.
  • Prestasi: Mengurangkan ketaran dan kependaman dengan menyetempatkan trafik melalui rangkaian persendirian yang dapat diramalkan.
  • Jangkauan: Akses ke Oracle Cloud Infrastructure dari 700+ pusat data di seluruh dunia
  • Pematuhan: Menyimpan data secara setempat di rangkaian peribadi untuk memenuhi keperluan kedaulatan data negara dan pematuhan
  • Mengurangkan kos: Bayar mengikut kegunaan dengan kelajuan lebar jalur yang fleksibel
  • Mudah digunakan: Peruntukan titik dan klik untuk ketersambungan berbilang awan dan hibrid

"Kependaman dan ketaran rangkaian memainkan peranan penting dalam prestasi aplikasi," ujar Matt Simpson, VP Perkhidmatan Awan di Megaport. "Untuk memastikan prestasi puncak, aplikasi -- sama ada di premis atau di awan -- perlu berada sedekat mungkin dengan infrastruktur anda. Menyambung ke Oracle Cloud Infrastructure di Megaport membolehkan perniagaan menyetempatkan trafik dan mengoptimumkan ketersambungan mereka untuk prestasi. Di samping itu, pelanggan boleh bersambung dalam beberapa minit sahaja dengan integrasi berasaskan API kami dengan Oracle."

"SDN Megaport memberikan pelanggan prestasi, kelajuan dan kawalan untuk menjalankan perniagaan pintar di awan," ujar Ross Brown, naib presiden, pemasaran, Oracle Cloud Infrastructure. "Dengan Megaport, pelanggan kami kini mempunyai satu lagi pilihan untuk bersambung dengan lancar dengan strategi berbilang awan."

Mengenai Megaport 

Megaport ialah penyedia Rangkaian sebagai satu Perkhidmatan yang terkemuka di dunia. Dengan menggunakan Rangkaian Tentuan Perisian (SDN), platform global Syarikat membolehkan pelanggan menyambungkan rangkaian mereka dengan cepat ke perkhidmatan lain di seluruh Rangkaian Megaport. Perkhidmatan boleh dikawal terus oleh pelanggan melalui peranti mudah alih, komputer mereka atau API terbuka.Megaport menyambungkan lebih daripada 1,850 pelanggan di 700 lebih pusat data yang didayakan di seluruh dunia. Megaport ialah Rakan Kongsi Teknologi Awan Alibaba, Rakan Kongsi Teknologi AWS, Rakan Kongsi Kecekapan Perangkaian AWS, Rakan Kongsi Saling Sambung Google Cloud, penyedia IBM Direct Link Cloud Exchange, Rakan Kongsi Microsoft Azure Express Route, Rakan Kongsi Nutanix Direct Connect, Rakan Kongsi Oracle Cloud, Rakan Kongsi Salesforce Express Connect dan Rakan Kongsi Ekosistem Terbuka SAP PartnerEdge.

Mengenai Oracle PartnerNetwork 

Oracle PartnerNetwork (OPN) ialah program rakan kongsi Oracle yang bertujuan membolehkan rakan kongsi mempercepatkan peralihan ke awan dan memacu hasil perniagaan pelanggan yang unggul. Program OPN membolehkan rakan kongsi melibatkan Oracle melalui trek(-trek) yang sejajar dengan cara mereka ke pasaran: Cloud Build untuk rakan niaga yang menyediakan produk atau perkhidmatan yang berdasarkan atau disepadukan dengan Oracle Cloud; Cloud Sell untuk rakan kongsi yang menjual semula teknologi Oracle Cloud; Cloud Service untuk rakan kongsi yang melaksana, menggunakan dan menguruskan Oracle Cloud Services; dan Lesen & Perkakasan untuk rakan kongsi yang membina, menservis atau menjual lesen perisian atau produk perkakasan Oracle. Pelanggan boleh mempercepatkan objektif perniagaan mereka dengan rakan kongsi OPN yang telah mencapai Kepakaran dalam keluarga produk atau perkhidmatan awan. Untuk ketahui dengan lebih lanjut, lawati: http://www.oracle.com/partnernetwork

Tanda dagangan 
Oracle dan Java ialah tanda dagangan berdaftar Oracle dan/atau gabungannya.

Source: Megaport
Related Stocks:
Australia:MP1
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications New products/services