omniture

Casio bakal Mengeluarkan Model Kolaborasi EDIFICE dengan Honda Racing

CASIO COMPUTER CO., LTD
2020-10-02 06:25 1429

TOKYO, Oct. 2, 2020 /PRNewswire/ -- Casio Computer Co., Ltd. hari ini mengumumkan pelancaran EFS-560HR, model kolaborasi terkini dengan Honda Racing dalam barisan kronograf logam berprestasi tinggi EDIFICE yang berdasarkan konsep jenama "Kelajuan dan Kepintaran".

EFS-560HR
EFS-560HR

Honda Racing merujuk kepada aktiviti sukan permotoran yang disertai oleh Honda Motor Co., Ltd. di seluruh dunia. Syarikat tersebut telah menjadi tumpuan utama sebagai pembekal unit kuasa untuk pasukan Formula One™ Scuderia AlphaTauri, yang Casio merupakan rakan niaga rasminya. Kolaborasi antara Honda Racing dan EDIFICE, kedua-duanya berasal dari Jepun, telah berkembang daripada dedikasi bersama kepada memanfaatkan keupayaan teknologi tinggi dalam matlamat global mereka.

EFS-560HR baharu tersebut merupakan model kolaborasi keempat dengan Honda Racing. Jam tangan tersebut memperoleh inspirasinya daripada litar lumba, yang melambangkan persamaan antara pembangunan teknologi Honda yang diuji oleh perlumbaan yang diterapkan dalam kereta penumpang dan pembangunan teknologi jam tangan EDIFICE yang mengintegrasikan cadangan daripada pasukan perlumbaan. Setiap butiran telah dipertimbangkan dalam rekaan jam tangan tersebut, daripada kemasan khas pada muka jam yang menyerupai permukaan lumba asfalt, kepada warna merah pada keliling muka jam dan sisipan permukaan yang mengingatkan kepada kerb di litar lumba.

Bezel diperbuat daripada gentian karbon yang digunakan dengan meluas dalam sukan permotoran. Untuk bertahan dengan keadaan sukar yang dialami oleh mekanik perlumbaan, tali jam diliputi dengan fabrik CORDURA™ dengan sisipan gentian Kevlar™. Kaca yang diperbuat daripada kristal nilam tahan calar dan sistem pengecasan solar memberikan ciri praktis yang unggul. Muka jam, tali jam dan bahagian belakang bekas jam diterakan dengan logo Honda Racing. Model kolaborasi tersebut didatangkan dalam bekas khas yang akan membuatkan peminat Honda Racing lebih teruja lagi.

EFS-560HR
EFS-560HR

EFS-560HR
EFS-560HR

Kevlar™ ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar E.I. du Pont de Nemours and Company.

EFS-560HR: https://products.edifice-watches.com/asia-mea/en/_detail/EFS-560HR-1A/

Source: CASIO COMPUTER CO., LTD
Keywords: Auto Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Retail Sporting Events Sports Transportation Licensing/marketing agreements New products/services