omniture

Mengungkap Jiwa Dalaman Pembaca dengan Kempen #RevealYourShelf daripada Book Depository

Apa Kata Rak Buku Tentang Pemiliknya?
Book Depository
2020-10-02 06:51 1570
  • Kempen media sosial baharu Book Depository yang bermula sekarang sehingga 11 Oktober memberi inspirasi kepada pencinta buku di seluruh dunia untuk mendedahkan diri mereka yang sebenar dengan menunjukkan rak buku mereka!
  • Siarkan "shelfie" untuk bersosial dan belajar daripada ahli psikologi UK yang terkenal iaitu Emma Kenny bagaimana cita rasa terhadap buku mengungkapkan tentang keperibadian seseorang

LONDON, 2 Oct. 2020 /PRNewswire/ -- Buku-buku yang dibaca oleh seseorang pada masa lapang boleh memperlihatkan keperibadian mereka. Bermula hari ini sehingga 11 Oktober, Book Depository mencabar semua orang untuk #RevealYourShelf dengan menyertai kempen global di media sosial.

Apa Kata Rak Buku Tentang Pemiliknya?

Daripada cuba memahami personaliti seseorang melalui tanda zodiak mereka? Sebaliknya, lihat sahaja rak buku mereka. Ahli psikologi UK yang terkenal, Emma Kenny bekerjasama dengan Book Depository untuk mendedahkan keperibadian dan jiwa dalaman seseorang melalui cita rasa mereka terhadap buku.

Bagi seseorang yang sukakan misteri yang rumit, Emma mengatakan mereka mungkin mempunyai tahap harga diri yang tinggi dan suka dicabar. Pembaca genre fiksyen adalah peramah, berkelakuan baik dan lebih bertimbang rasa terhadap orang lain. Bagi seseorang yang sukakan drama dan percintaan, mereka adalah jenis orang yang selalu tahu apa yang harus dikatakan bila berlakunya krisis. Bagi seseorang yang lebih menyukai genre eksperimen, kemungkinan mereka akan patuh pada peraturan dan perunding yang baik. Bagi seseorang yang gemar membaca buku-buku komedi, orang lain akan cenderung menganggap beliau seorang yang peramah, menarik dan mesra.

Pencinta buku dijemput untuk berhubung dengan komuniti pembaca Book Depository dan melihat apa yang ditunjukkan oleh rak buku mereka, dengan berkongsi "shelfie" di Twitter, Facebook dan Instagram. Tag #RevealYourShelf dan @BookDepository untuk berpeluang mendapatkan koleksi buku yang disiarkan semula dan dianalisis oleh Emma Kenny; dan memenangi lima buku berikutnya untuk menambah koleksi anda.

Mari Kita Lihat Rak Buku Tokoh Awam Terkenal Dunia

Pemimpin dunia manakah yang menyebut "Mortal Fire" oleh Elizabeth Knox sebagai salah satu buku kegemaran beliau? Usahawan manakah yang mengesyorkan "Cloud Atlas" oleh David Mitchell? Nantikan saluran media sosial Book Depository untuk meneka siapa pemilik rak buku bergambar, untuk berpeluang memenangi buku berikutnya secara percuma.

Sertai Book Depository di Facebook, Instagram dan Twitter dengan #RevealYourShelf, sehingga 11 Oktober.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.bookdepository.com
Facebook: BookDepository
Instagram: @bookdepository
Twitter: @bookdepository

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200929/2931557-1LOGO?lang=0

 

 

Source: Book Depository
Keywords: Books Entertainment Publishing/Information Service Retail New products/services