omniture

Indah, Botol Kristal Berinspirasikan Stem dan Mesra Eko, Pembungkusan Lestari menjadikan Benigna Parfums jenama wangian baharu yang menyeronokkan untuk disimpan dalam lingkungan radar anda

Benigna Parfums
2020-10-02 21:59 572

WASHINGTON, 2 Oktober 2020 /PRNewswire/ -- Sekali pandang, botol berkilauan Benigna Parfums kelihatan seperti bekas cantik bertujuan untuk menyimpan cecair wangian yang bernilai di dalamnya. Bagaimanapun, visi kreatif, perincian dan reka bentuk tersuai botol yang boleh diisi semula ini menyimpan kisah tertentu dan penuh keazaman, digabungkan dengan pendekatan mesra planet jenama tersebut, menjadikannya berdaya saing secara unik.


Benigna Parfums menunjukkan komitmen mereka terhadap alam sekitar melalui penggunaan botol dan pembungkusan lestari yang merangkumi semua wangian mereka. Jenama mewah ini melaksanakan dan mempromosi penggunaan botol kristal dan kotak kitar semula untuk meminimumkan kesan terhadap alam sekitar serta mengurangkan peninggalan karbon. Matlamat mereka adalah untuk melakukan sedemikian tanpa berkompromi dengan penampilan visual botol dan pembungkusannya, botol kristal yang gah bertatahkan permata dengan penutup kristal buatan tangan serta leher botol yang disadur emas 24k dan bertatahkan 7 biji batu kristal Swarovski yang anggun disekelilingnya.  Wangian tersebut ditampilkan dalam kadbod yang elegan serta kotak kayu, di samping beg fabrik yang cantik.

Bercakap tentang reka bentuk, Benigna, Pengarah Kreatif jenama tersebut menyatakan, "Botol kami diperbuat daripada batu kristal yang diproses secara khusus, berkilauan dan bersegi-segi seumpama batu permata bagi mendapatkan penampilan yang memukau. Bentuk permata melambangkan kesucian, kesempurnaan, harmoni, kreativiti dan bertenaga, yang menjadi tonggak kepada nilai-nilai teras Benigna Parfums.   Perincian pada sebelah atas penutup kristal direka secara geometri untuk menyerupai sayap pesawat, ia mewakili kisah benar tentang seorang gadis Afrika yang baik, yang mengejar impian dan minatnya untuk menjadi seorang juruterbang dan jurutera aeroangkasa. Tiga wangian terkemuka- Absolute Celebration, Premier Amour, dan Escape Velocity - masing-masing didatangkan dengan tiga penutup kristal yang unik yang direka dalam bentuk bulatan, lonjong dan segi empat tepat.  7 kepingan kristal Swarovski juga mempunyai makna yang signifikan... nombor 7 melambangkan kesempurnaan dan kelengkapan.  Dan logo yang terpampang di atas botol adalah daripada emas tulen, menggambarkan penampilan jenama yang mewah dan abadi."

Dengan menekankan aspek alam sekitar, jenama tersebut menyatakan, "Oleh kerana proses pembuatan yang berbeza, kristal tidak dikitar semula sepertimana kaca. Pendekatan inovatif dan peduli-eko jenama tersebut menegaskan botol yang abadi harus boleh diisi semula, membolehkan pelanggan menjadikan ciptaan elegan ini sebagai simpanan peribadi seumur hidup dan diwarisi turun-temurun. Kadbod dan kotak kayu yang digunakan oleh jenama tersebut berasal daripada pokok yang diiktiraf oleh World Land Trust dan FSC."

Tema jenama yang mesra eko hanya sebahagian daripada kisah mereka yang menakjubkan.  Benigna Parfums telah membuat keputusan untuk mencipta wangian tanpa penetapan gender untuk membantu misi merapatkan jurang perbezaan gender.  Wangian sering dikategorikan berdasarkan gender bergantung pada bahan, nota dan pembungkusan, Benigna Parfums yakin bahawa ini perlu diubah. Jenama tersebut menegaskan, Minyak wangi tidak seharusnya dicipta berdasarkan gender atau perbezaan lain, mereka mesti menghormati pilihan, rasa, dan kecenderungan masing-masing.  Kami tidak menentukan wangian kami dibuat untuk siapa, semuanya tanpa penetapan gender dan tidak ditetapkan oleh ciri-ciri kelelakian atau kewanitaan. Oleh kerana kisah jenama kami berkisar tentang bunga-bungaan, kami menggunakan nota bunga yang menonjol dan mengadunnya dengan nota luar biasa lain dan bahan-bahan utama seperti oud, kesturi, ambergris, orris dan kekayu untuk memastikan bahawa siapa pun yang memakainya, mereka akan menikmati pengalaman olfaktori yang luar biasa. " 

Elemen neutral gender ini adalah sebahagian besar dari DNA jenama mereka, yang menyatakan bahawa minyak wangi elegan mereka merangkumi kuasa kesatuan, namun ia juga menceritakan kisah unik yang ada pada kulit setiap orang.  Diformulasi hanya dengan menggunakan bahan-bahan yang sukar didapati dan mahal dengan kualiti terbaik, hasilnya adalah ciptaan indah dan mewah yang direka untuk mereka yang mencari keunggulan kualiti dan kelainan yang sebenar.

Jenama ini turut mempunyai komponen amal yang aktif, peratusan keuntungan daripada Benigna Parfums akan disumbangkan kepada BeEagle Foundation, sebuah organisasi tidak berkeuntungan yang didedikasikan untuk memberi inspirasi kepada para pemudi seluruh dunia bagi mengikuti pendidikan dan kerjaya STEM. @BeEagle_STEM. Dalam dunia serba moden ini, pemerkasaan wanita menjadi sangat penting, adalah sangat menggembirakan apabila melihat jenama mewah ini menjadi pendorong dalam memotivasi tujuan ini. Benigna Parfums adalah jenama sebenar yang bermatlamatkan kecantikan! 

Ikuti @Benignaparfums di media sosial untuk mengetahui sepintas lalu kisah jenama ini yang mengagumkan dan memberi inspirasi. Pada masa ini, Benigna Parfums sedang mengadakan tawaran masa terhad, membolehkan pelanggan mendapatkan potongan $115 untuk botol 75 ml atau set koleksi, sekiranya mereka membeli dan mencuba dahulu set percubaan. 

www.benignaparfums.com @Benignaparfums

Ketahui lebih lanjut tentang Wangian mereka - https://www.youtube.com/channel/UC4z9JWt5M-jBsmaFxSVqpWQ


 


 

 

 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1295435/benigna_parfums.jpg?p=medium600 
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1295434/a_new_luxury_niche_fragrance_brand.jpg?p=medium600 
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1295433/benigna_parfums_open.jpg?p=medium600 
Logo -  https://mma.prnasia.com/media2/1295437/Benigna_Parfums_Logo.jpg?p=medium600 
Video - https://www.youtube.com/watch?v=tJgJyWyWNAo

Source: Benigna Parfums
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services