BEIJING, 5 Okt. 2020 /PRNewswire/ -- Di Auto China 2020, GWM (601633.SS/02333.HK), pengeluar SUV dan pikap terkemuka dunia, mendedahkan nama rasmi Pikap Siri P untuk pasaran antarabangsa: POER.
Perkataan POER (diungkapkan sebagai 'power' [kuasa]), ialah singkatan untuk "Berkuasa, Luar jalan, Menyeronokkan dan Boleh Dipercayai", diilhamkan oleh aksara Cina Pao, dan juga berasal daripada perkataan POWER dalam bentuk bahasa Inggeris tengahnya. Ia melambangkan matlamat GWM untuk membina kenderaan berkuasa bukan sekadar dari segi mekanikal malah dari segi praktikal, yang boleh dibawa ke luar jalan, dan kesambungan pintar yang menjadikan perjalanan sentiasa menyeronokkan, dan keselamatan cerdas untuk menjadikannya boleh diandalkan dalam pelbagai keadaan jalan.
September ini genaplah satu tahun semenjak pelancaran pikap GWM POER. GWM POER dengan cepat mencapai sasaran hampir 100,000 unit dalam masa yang singkat, sebagai pemenang mutlak untuk kelasnya dalam pasaran tersebut. Tahun lalu menyaksikan 1.8 juta pikap GWM terjual di seluruh dunia. Dan bahagian pasaran pikap GWM mencapai paras tertinggi dalam rekod, iaitu 50% di dalam pasaran negaranya, China.
Pikap GWM POER, dengan ciri-ciri reka bentuk serba baharu dan keselamatan pintar, akan dilancarkan di pasaran antarabangsa yang tertentu sebelum akhir tahun ini.GWM berharap pelancaran generasi baharu POER boleh menyokong jualan antarabangsanya.
Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, disebabkan oleh penggunaan dalam pelbagai senario, trak pikap telah menjadi sangat popular di seluruh dunia. Oleh kerana model tersebut sentiasa dinaik taraf dan mula dilengkapi dengan teknologi keselamatan pintar terkini yang pada mulanya digunakan pada sedan dan SUV, seiring dengan peluasan senario penggunaan, kenderaan tersebut kini memenuhi jangkaan pemandu dari segi reka bentuk bergaya, kepintaran dan keselesaan. Di samping peranan utama sebagai kenderaan utiliti, pikap tersebut sering kali dipilih sebagai kereta keluarga dan kenderaan lawatan hujung minggu.
Selaras dengan trend ini dan berdasarkan kedudukan produk POER sebagai produk global, GWM akan melancarkan siri POER dengan edisi transmisi automatik dalam pasaran antarabangsa. Ini merupakan kali pertama pembuat kereta tersebut mengeksport pikap yang dilengkapi transmisi automatik selama 23 tahun ia mengeksport jenis kenderaan tersebut. Dengan ciri-ciri transmisi automatik dan keselamatan pintar, GWM menjangkakan model POER akan memasuki segmen atasan untuk pikap, memperluaskan barisan produk syarikat tersebut dan menawarkan lebih banyak pilihan untuk pemandu.
Dengan matlamat untuk memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna, siri POER akan menawarkan dua gaya luaran yang berbeza. Kedua-dua muka depan akan tampil dengan reka bentuk gril yang besar dengan kesan visual yang hebat, menambahkan aura kekuatan pada kenderaan. Logo yang diperbesarkan di bahagian tengah melengkapkan penampilan dari depan, menyerlahkan aura keberanian dan mewujudkan ciri agresif yang diinginkan pada model tersebut. Saiz gril yang besar berserta lencana bersaiz besar, bersama dengan otot-otot yang timbul di bahagian bonet dan badan memberikan keagresifan pada keseluruhan kereta dan bersedia untuk bertarung dengan tangkas seperti seorang Raider. Garis-garis yang timbul kelihatan seperti "urat" pada haiwan pemangsa liar, yang menyuntik kehidupan dan jiwa ke dalam badan. Reka bentuk badan kereta menggunakan banyak "lingkaran dan lengkok" sebagai elemen asas, yang melambangkan daya tahan tersembunyi dalam kehidupan dan keindahan alam.
Mengenai GWM
GWM ialah pengeluar SUV dan pikap yang terkemuka di dunia. Syarikat tersebut disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong pada 2003 dan Bursa Saham Shanghai pada 2011. Dengan empat jenama, termasuk HAVAL, WEY, ORA dan Pikap GWM, pengeluar kereta tersebut mengeluarkan kenderaan konvensional dan juga tenaga baharu, dan menumpukan pada kategori SUV dan trak pikap. GWM boleh secara berasingan menyokong komponen terasnya, termasuk enjin dan transmisi. Pada 2019, GWM telah menjual 1,058,648 kenderaan baharu, peningkatan sebanyak 1.43% tahun demi tahun, melebihi paras satu juta untuk tahun keempat berturut-turut.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati https://www.gwm-global.com/