SINGAPURA, 6 Oktober 2020 /PRNewswire/ -- Liquid Group, kumpulan perkhidmatan pembayaran mudah alih serantau yang beribu pejabat di Singapura, akan bekerjasama dengan PayME sebagai pemeroleh peniaganya di Vietnam. PayMe merupakan penyedia perkhidmatan bayaran rentas sempadan yang pertama dan satu-satunya di Vietnam. Pada tahun 2019, PayME merupakan salah sebuah organisasi berlesen yang menyediakan perkhidmatan pembayaran perantara seperti perkhidmatan pengumpulan dan pembayaran tunai, pemindahan wang elektronik dan perkhidmatan e-dompet oleh State Bank of Vietnam.
Melalui perkongsian ini, pelanggan Liquid Group dan rakan kongsi pengeluarnya akan dapat menggunakan aplikasi pembayaran dan e-dompet pilihan mereka untuk transaksi pembayaran QR tempatan dan luar negara mereka dengan peniaga daripada rangkaian luas PayME di Vietnam, bermula dengan bandar-bandar seperti Ho Chi Minh, Ha Noi, Danang, Nha Trang.
Dengan pembangunan pembayaran mudah alih dan e-dagang yang kukuh di Vietnam, peniaga PayME akan dapat menerima transaksi pembayaran kod QR peniaga-hadir dan pengguna-hadir rentas sempadan, selain pembayaran QR dalam talian untuk peniaga dengan kehadiran e-dagang menggunakan XNAP Network Liquid Group.
Semasa dan selepas COVID-19, masyarakat memasuki suatu kebiasaan baharu pada masa kini memandangkan tingkah laku pengguna dan peniaga telah berubah dan hal ini mempercepatkan penggunaan pembayaran tanpa sentuh. PayME melihat faedah-faedah jangka panjang untuk peniaga mereka yang bukan sahaja menangani kemudahan pembayaran tanpa sentuh, tetapi juga cirinya yang bertanggungjawab secara sosial pada peranti yang dikongsi secara terbuka yang mana peniaga mereka dapat menjadikannya lebih selamat dan lebih bersih untuk pelanggan mereka membayar dengan adanya lebih kawalan terhadap jarak fizikal.
En. Minh Nguyen, Ketua Pegawai Operasi PayME, berkata: "Liquid Group ialah platform pembayaran mudah alih yang terbesar di Asia Tenggara. Kerjasama bersama dengan Liquid Group akan membolehkan pengguna rakan kongsinya di negara-negara Asia Tenggara untuk membuat bayaran melalui peniaga tempatan Vietnam dengan lebih mudah."
Jeremy Tan, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Liquid Group, berkata: "Kami gembira dengan perkongsian terkini kami bersama PayME, meluaskan XNAP Network serantau kami untuk merangkumkan Vietnam dan membantu memacu fasa pertumbuhan yang seterusnya dalam pasaran dalam talian mahupun luar talian. COVID-19 telah mendorong peningkatan permintaan daripada pengguna dan peniaga untuk penyelesaian pembayaran mudah alih sebagai kaedah alternatif tanpa sentuh kepada tunai dan kami segera mengukuhkan dan meluaskan penyelesaian pembayaran kami bagi merangkumkan pembayaran QR dalam talian."
Menjelang pelancaran XNAP Network, Liquid Group mengekalkan kedudukan utamanya dalam menerajui penerimaan pembayaran QR rentas sempadan berskala besar dengan beberapa perkongsian strategik dalam beberapa pasaran di rantau ini. Liquid Group akan terus memacu fasa pertumbuhan yang seterusnya dalam penyelesaian pembayaran mudah alih, mengukuhkan pengalaman pembayaran dan membeli belah dengan platform e-dagang pelengkap buat pengguna mahupun peniaga.
Latar Belakang Liquid Group
Liquid Group ialah kumpulan perkhidmatan pembayaran QR terkemuka yang beribu pejabat di Singapura yang hadir di seluruh Asia-Pasifik. Ia mengendalikan XNAP Network (www.xnap.network), satu rangkaian penerimaan pembayaran QR berasaskan API terbuka yang membolehkan penerimaan rentas sempadan aplikasi pembayaran QR bank dan bukan bank merentas pelbagai pasaran di rantau ini. Dengan menerajui kerangka kebolehoperasian rentas sempadan yang terbesar, Liquid Group merupakan peneraju industri dalam pewujudan ekosistem pembayaran mudah alih yang lebih terhubung dan tangkas buat semua.
Latar Belakang PayME
PayME ialah platform pembayaran rentas sempadan yang pertama dan satu-satunya di Vietnam. Mengikuti slogan "Go Global Pay Local" ("Menuju Global Bayar Tempatan"), PayME berupaya untuk menghubungkan berjuta-juta pelancong antarabangsa di dunia kepada rangkaian peniaga seluruh negara kami.