omniture

Olay bekerjasama dengan Shopee untuk memperkasakan generasi milenium celik digital di Asia Tenggara untuk #AdultFearlessly

Procter & Gamble
2020-10-06 16:34 488

KUALA LUMPUR, Malaysia, 6 Okt. 2020 /PRNewswire/ -- Olay, jenama penjagaan kulit milik P&G bekerjasama dengan Shopee, platform e-dagang yang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan untuk menjangkau dan berinteraksi dengan generasi milenium celik digital di Asia Tenggara dengan pelancaran kempen Adult Fearlessly. Kempen jenama yang diperbaharui ini akan diadakan secara eksklusif di Shopee, di enam pasaran, bermula dengan Malaysia.

Pelancaran kempen jenama yang diperbaharui dan promosi eksklusif sebagai sebahagian daripada Olay Super Brand Day
Pelancaran kempen jenama yang diperbaharui dan promosi eksklusif sebagai sebahagian daripada Olay Super Brand Day

Kempen ini bertujuan untuk memperkasakan wanita generasi milenium dalam peralihan mereka ke alam dewasa dengan membantu mereka mengatasi cabaran yang dihadapi sebagai seorang dewasadan membuat pilihan yang tepat mengenai keperluan penjagaan kulit mereka.

Tinjauan ke atas lebih 1,000 pengguna di Asia Tenggara menunjukkan bahawa 34% pengguna generasi milenium celik digital di rantau ini kini lebih cenderung membeli-belah atas talian kerana e-dagang menjadi satu saluran utama untuk pengguna memenuhi keperluan harian dan gaya hidup mereka. Oleh itu, Olay telah menyaksikan peralihan daripada penjualan luar talian kepada atas talian dan ingin berhubung dengan lebih ramai pengguna atas talian dengan kempen digital ini.

Berdasarkan kejayaan kempen Olay dan Shopee Super Brand Days yang lalu, kempen baharu ini akan menampilkan video ciptaan bersama, "Fearless with your choices", dan promosi eksklusif produk Olay untuk membawakan pengalaman membeli-belah atas talian yang menarik.

Olay akan menampilkan rangkaian penjagaan kulit terunggulnya di Shopee Mall dengan promosi istimewa "beli 2 dapat 1 percuma" untuk produk Olay terpilih dari 6-9 Okt. Ini termasuk Olay Power Duo, kombinasi Olay Regenerist Micro-Sculpting Cream dan Olay White Radiance Light Perfecting Essence yang akan membantu mendapatkan kulit yang lebih tegang, anjal dan berseri daripada penggunaan pertama. Olay Power Duo mengandungi ramuan hebat yang boleh mentransformasikan kulit dengan berkesan dalam masa 28 hari.

"Sebagai jenama penjagaan kulit yang terkemuka di Malaysia, kami sentiasa menumpukan pada cara terbaik untuk berhubung dengan pengguna kami bagi memberikan produk penjagaan kulit unggul yang mereka perlukan," ujar Lucy Moran, Pengarah Kanan e-Dagang Olay dan Penjagaan Diri, Asia Timur Tengah dan Afrika.

"Teknologi digital telah mentransformasikan pengalaman membeli-belah dan semakin ramai pengguna muda yang suka melayari dan membeli keperluan penjagaan kulit mereka atas talian. Kerjasama dengan Shopee membolehkan Olay berhubung dan berkhidmat kepada pengguna kami secara efektif, menawarkan kemudahan dan penyelesaian penjagaan kulit yang sesuai untuk gaya hidup mereka yang sibuk."

Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau di Shopee berkata, "Kami berbesar hati bekerjasama dengan Olay sekali lagi dan berpeluang untuk berkolaborasi bagi video kempen ini. Kesihatan & Kecantikan adalah salah satu kategori yang paling popular di Shopee, dan kami yakin bahawa kempen Adult Fearlessly akan mendapat sambutan positif daripada generasi milenium l dan pengguna wanita Shopee yang menggemari kandungan video, dan membeli lebih banyak produk penjagaan kulit atas talian".

Kempen ini digambarkan dalam "Fearless with your choices", yang menceritakan tentang perjalanan hidup seorang wanita ke alam dewasa, di mana beliau berdepan dengan ketegangan antara keinginan peribadi, jangkaan masyarakat dan kebimbangan mengenai penampilan fizikal. Dengan kebebasan peribadi dan kewangan yang datang bersama kematangan – perjalanan ke alam dewasa boleh menjadi lebih menyeronokkan dengan melabur dalam produk penjagaan kulit yang berkualiti unggul dan memberi nilai yang hebat. Berdasarkan latar belakang ini, Olay ingin memberi inspirasi dan memperkasakan kaum wanita untuk membuat pilihan tanpa rasa takut dengan menonjolkan kelebihan berumur 30-an.

Tonton video di sini: https://www.youtube.com/watch?v=M5AQc7DoyHM

Muat turun aplikasi Shopee secara percuma di App Store atau Google Play Store.

Mengenai Procter & Gamble

P&G menyediakan salah satu portfolio yang kukuh dengan jenama-jenama yang dipercayai, berkualiti dan menjadi peneraju untuk pengguna di seluruh dunia, termasuk Always®, Ambi Pur®, Ariel®, Bounty®, Charmin®, Crest®,

Dawn®, Downy®, Fairy®, Febreze®, Gain®, Gillette®, Head & Shoulders®, Lenor®, Olay®, Oral-B®, Pampers®, Pantene®, SK-II®, Tide®, Vicks®, dan Whisper®. Komuniti P&G

merangkumi operasi di kira-kira 70 negara di seluruh dunia. Sila layari http://www.pg.com untuk berita dan maklumat terkini tentang P&G dan jenama-jenamanya.

Mengenai Shopee

Shopee ialah platform e-dagang yang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Ia dilancarkan dalam 7 pasaran pada 2015 untuk menghubungkan pengguna, penjual dan perniagaan di rantau tersebut. Shopee menawarkan pengalaman yang mudah, selamat dan menarik yang dinikmati oleh jutaan orang setiap hari. Ia menawarkan pelbagai pilihan produk, disokong oleh pembayaran dan logistik bersepadu, dan juga ciri hiburan popular yang disesuaikan untuk setiap pasaran. Shopee juga merupakan penyumbang utama kepada ekonomi digital dengan komitmen teguh untuk membantu jenama dan usahawan berjaya dalam e-dagang. Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE:SE), syarikat Internet pengguna global yang terkemuka.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200930/2931900-1?lang=0

Source: Procter & Gamble
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Cosmetics & Personal Care Electronic Commerce Household/Consumer/Cosmetics Contracts Licensing/marketing agreements