SINGAPURA, 6 Okt. 2020 /PRNewswire/ -- United Overseas Bank (UOB) telah mentransformasikan pengalaman perbankan digital untuk para pelanggan korporatnya dengan pelancaran UOB Infinity. Penyelesaian ini membolehkan para pelanggannya menguruskan keperluan perbankan mereka dengan cara yang lebih sederhana, lebih pintar dan lebih peribadi. Bank ini merancang untuk melancarkan UOB Infinity di seluruh rantau ini, bermula dengan Singapura.
Dengan meningkatnya permintaan untuk pengalaman digital yang diperibadikan[1], UOB Infinity menawarkan papan pemuka boleh disesuaikan yang membolehkan pelanggan mengutamakan dan memaparkan maklumat yang paling penting bagi mereka. Papan pemuka yang boleh disesuaikan menyampaikan maklumat kewangan secara visual, seterusnya memudahkan pelanggan melihat keadaan kewangan syarikat mereka secara sepintas lalu dan dalam masa nyata.
Melalui UOB Infinity, pelanggan juga dapat mengatur berbagai kegiatan perbankan domestik dan rentas sempadan – memeriksa akaun UOB mereka di pelbagai pasaran hingga membuat pembayaran tempatan dan antarabangsa – dengan mudah dan tanpa perlu log masuk ke pelbagai platform. Pengesahan penerimaan pembayaran masa nyata di bank benefisiari juga membantu menangani cabaran yang dihadapi oleh banyak bendahari korporat dengan meningkatkan ketelusan dan kepastian pembayaran.
Log masuk biometrik UOB Infinity melalui token perisian pada aplikasi mudah alih juga membolehkan akses yang lebih cepat dan kebenaran transaksi yang dipermudahkan sambil memastikan keselamatan transaksi.
Cik So Lay Hua, Ketua Perbankan Transaksi Kumpulan, Perbankan Pemborong Kumpulan, UOB, berkata, "Pelancaran UOB Infinity ialah satu lagi contoh komitmen kami dalam membangunkan penyelesaian digital yang membolehkan pelanggan kami melakukan urusan bank dengan lebih mudah dan selesa. Dalam merancang UOB Infinity, kami telah mencipta pengalaman yang intuitif untuk pelanggan kami dan membolehkan mereka mengakses kewangan pintar yang mereka perlukan dengan cepat dan mudah. Sebagai sebahagian daripada pendekatan reka bentuk kami, kami melibatkan pelanggan kami pada setiap langkah untuk memahami perkara yang paling penting bagi mereka dan memanfaatkan amalan terbaik industri untuk menghasilkan penyelesaian yang memenuhi keperluan semasa dan masa depan pelanggan kami.
"Kami percaya bahawa melalui antaramuka UOB Infinity yang mudah dan mesra pengguna, keluasan fungsi dan pengalaman yang diperibadikan, kami dapat membantu lebih ramai pelanggan meningkatkan penggunaan perkhidmatan perbankan digital mereka untuk mendapatkan produktiviti dan prestasi perniagaan yang lebih baik. Ini bukan sahaja penting untuk menyokong perniagaan dalam usaha transformasi digital mereka, tetapi turut membantu meningkatkan daya tahan dan kemampuan mereka untuk membuat keputusan tepat pada masanya dan berdasarkan data untuk menangani perkara yang tidak dijangka seperti pandemik COVID-19."
Satu set pelanggan merintis UOB Infinity dan mendapati kemudahan penggunaannya dan ciri-cirinya yang pelbagai mendorong peningkatan pengalaman, produktiviti dan prestasi perniagaan. TeleRadio Engineering Private Limited merupakan antara pelanggan yang telah memanfaatkan kemudahan penggunaan dan pelbagai ciri penyelesaian ini.
Cik Vivien Tan, Ketua Pegawai Eksekutif di TeleRadio Engineering Private Limited, berkata, "Saya dapati papan pemuka itu sangat berguna kerana ia memberikan gambaran keseluruhan mengenai baki dan status transaksi saya di pelbagai akaun. Keupayaan untuk menyesuaikan papan pemuka juga turut memudahkan saya kerana saya dapat memilih untuk melihat gambaran keseluruhan tugas saya yang belum selesai dan dengan itu saya dapat melaksanakannya."
Kepastian dan ketelusan yang lebih tinggi semasa membuat pembayaran rentas sempadan
UOB Infinity juga menangani kebimbangan umum dalam kalangan pelanggan korporat – kekurangan penjejakan masa nyata untuk pembayaran rentas sempadan[2]. Penyelesaian digital menyediakan pemberitahuan masa nyata kepada perniagaan melalui SMS atau e-mel apabila pembayaran mereka berjaya dikreditkan ke dalam akaun benefisiari, oleh itu perniagaan tidak perlu memeriksa status transaksi secara manual. Secara purata, kira-kira 20 peratus panggilan bulanan yang diterima oleh UOB adalah daripada pelanggan korporatnya berkaitan dengan pertanyaan status pembayaran merentas sempadan mereka.
Pelanggan juga akan diberitahu mengenai caj untuk transaksi rentas sempadan, termasuk dari bank perantara. Ini memberi ketelusan yang lebih besar kepada perniagaan mengenai kos yang berkaitan transaksi tersebut dan membantu mencegah insiden berlakunya perbezaan dalam jumlah akhir yang diterima oleh benefisiari kerana caj yang terlibat.
"Perniagaan sudah menghadapi banyak ketidakpastian ketika merebut peluang rentas sempadan, termasuk keperluan untuk menavigasi landskap perniagaan asing dan membina hubungan mereka dengan pembekal tempatan. Untuk menyokong mereka dalam usaha keusahawanan mereka, kami ingin mempermudah perniagaan mengetahui bila pembayaran mereka telah dikreditkan, agar mereka tidak perlu menyemak pembayaran tersebut secara manual," Kata Cik So.
Aplikasi mudah alih yang menampilkan antara fungsi pembayaran yang paling komprehensif
Dengan meningkatnya penggunaan pembayaran elektronik untuk transaksi perniagaan, aplikasi UOB Infinity membolehkan pelanggan korporat menguruskan semua keperluan pembayaran mereka dengan cekap walaupun dalam perjalanan. Pelanggan dapat membuat pelbagai jenis pembayaran – daripada pembayaran bil tempatan hinggalah membuat pemindahan dana domestik dan rentas sempadan melalui perkhidmatan seperti PayNow, FAST dan pemindahan telegrafik.
Untuk menggalakkan lagi penggunaan urusniaga secara nirsentuh, terutamanya dalam situasi pandemik COVID-19 sekarang, pelanggan juga boleh menghasilkan kod QR melalui UOB Infinity untuk meminta pembayaran melalui PayNow Corporate dari pembeli mereka. UOB telah menyokong pelanggan dalam usaha mereka ke arah menerima pakai pembayaran dan penerimaan bayaran digital. Pada separuh pertama 2020, UOB menyaksikan jumlah transaksi PayNow Corporate meningkat hampir sembilan kali ganda berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu.
Aplikasi mudah alih UOB Infinity boleh dimuat turun dari Google Play dan Apple App. Pelanggan juga dapat menetapkan log masuk biometrik mereka untuk mengakses aplikasi mudah alih dengan lebih mudah. Pengguna Singapura dari platform perbankan Internet perniagaan UOB sedia ada, UOB BIBPlus, boleh log masuk dan mula menggunakan UOB Infinity dengan bukti kelayakan yang sama.
Untuk maklumat lanjut mengenai UOB Infinity, sila layari: www.uob.com.sg/infinity.
[1] Menurut laporan dari Boston Consulting Group. Laporan itu, bertajuk What do corporate banking customers really want?, boleh dilayari di: https://www.bcg.com/ru-ru/publications/2018/what-do-corporate-banking-customers-really-want. |
[2] Menurut tinjauan SWIFT dan EuroFinance, 64 peratus bendahari mengatakan mereka mahukan penjejakan pembayaran masa nyata dan meletakkan ini pada bahagian senarai teratas peningkatan yang diinginkan. https://www.swift.com/sites/default/files/documents/swift_corporates_surveypaper_eurofinance-final.pdf |
Mengenai United Overseas Bank
United Overseas Bank Limited (UOB) adalah bank terkemuka di Asia dengan rangkaian global lebih daripada 500 pejabat di 19 negara dan wilayah di Asia Pasifik, Eropah dan Amerika Utara. Sejak penubuhannya pada tahun 1935, UOB telah berkembang secara organik dan melalui beberapa siri pengambilalihan strategik. UOB dinilai antara bank teratas di dunia: Aa1 oleh Moody's Investors Service dan AA- oleh S&P Global Ratings dan Fitch Ratings. Di Asia, UOB beroperasi melalui ibu pejabatnya di Singapura dan anak syarikat perbankan di China, Indonesia, Malaysia, Thailand dan Vietnam, serta cawangan dan pejabat perwakilan di seluruh rantau ini.
Lebih dari lapan dekad, generasi pekerja UOB telah menerapkan semangat keusahawanan, tumpuan terhadap penciptaan nilai jangka panjang dan komitmen yang teguh untuk melakukan tindakan yang betul demi pelanggan dan rakan sekerja kami.
Kami berpegang teguh terhadap pendirian menjadi penyedia perkhidmatan kewangan yang bertanggungjawab dan kami komited membuat perubahan dalam kehidupan pemegang kepentingan kami dan dalam masyarakat tempat kami beroperasi. Sama seperti kami berdedikasi untuk membantu pelanggan menguruskan kewangan mereka dengan bijak dan mengembangkan perniagaan mereka, UOB juga sama tegasnya dalam menyokong pembangunan sosial kami, terutama dalam bidang seni, anak-anak dan pendidikan.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200929/2931763-1?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20181018/2271919-1LOGO?lang=0