COPENHAGEN, Denmark, 7 Oktober 2020 /PRNewswire/ -- Sea Cargo Charter menetapkan penanda aras baharu untuk perkapalan yang bertanggungjawab, pelaporan iklim yang telus, dan pencapaian keputusan yang lebih baik sesuai dengan sasaran penyahkarbonan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Organisasi tanpa keuntungan antarabangsa, Global Maritime Forum, hari ini mengumumkan bahawa sekumpulan syarikat perdagangan tenaga, pertanian, perlombongan dan komoditi terbesar di dunia akan menilai dan mendedahkan penyelarasan iklim akibat daripada aktiviti perkapalan mereka, buat kali pertama.
Agensi PBB menganggarkan industri perkapalan antarabangsa membawa sekitar 80% daripada aliran perdagangan dunia dan bertanggungjawab terhadap 2-3% pelepasan gas rumah hijau global setiap tahun.
Perbadanan industri berskala besar adalah pengguna utama perkhidmatan perkapalan antarabangsa. Penghantaran minyak mentah, arang batu, bijih besi, bijirin dan komoditi pukal lain yang digunakan di seluruh dunia merangkumi lebih daripada 80% perdagangan dunia berasaskan pengangkutan laut. Sea Cargo Charter (Piagam Pengangkutan Laut) adalah kerangka global yang membolehkan integrasi antara pertimbangan iklim dengan keputusan sewaan yang cenderung kepada pengangkutan laut berasaskan penyelarasan iklim.
Sea Cargo Charter menetapkan garis dasar umum untuk menilai dan mengungkap secara kuantitatif sama ada aktiviti perkapalan selaras dengan sasaran iklim yang diharapkan. Pendirian Sea Cargo Charter adalah selaras dengan dasar dan impian yang diharapkan oleh negara-negara anggota Organisasi Maritim Antarabangsa PBB, termasuk impian untuk mengurangkan sekurang-kurangnya 50% daripada pelepasan gas rumah hijau daripada aktiviti perkapalan antarabangsa menjelang 2050.
"Proses pelaporan pelepasan gas rumah hijau standard akan mempermudahkan beberapa kerumitan yang sering dikaitkan dengan pelaporan. Ini menggalakkan pendekatan lebih telus dan konsisten untuk mengesan pelepasan, sebagai bahagian penting untuk menjadikan perkapalan lebih lestari," kata Jan Dieleman, Presiden, Cargill Ocean Transportation dan Pengerusi kumpulan penderaf Sea Cargo Charter.
"Industri perkapalan perlu menerapkan pendekatan yang telus secara keseluruhan, dengan sokongan Sea Cargo Charter, untuk memahami kesan gas rumah hijau sektor ini sepenuhnya dan untuk kita bersepakat dalam menangani cabaran," kata Rasmus Bach Nielsen, Ketua Penyahkarbonan Bahan Bakar Global, Trafigura.
"Sea Cargo Charter adalah langkah penting dalam meletakkan asas bagi industri perkapalan pelepasan sifar bersih. Kerjasama seperti ini sangat penting di seluruh sektor untuk meningkatkan permintaan pelanggan terhadap perkapalan pelepasan rendah atau sifar. Semangat kerjasama yang serupa ini juga penting dalam mengejar kemajuan teknologi yang diperlukan bagi merungkai penyelesaian penyahkarbonan dan dalam membangunkan sokongan industri untuk peraturan yang boleh mencipta harapan tinggi tetapi setara, untuk dilaburkan. Berdasarkan momentum ini, kami ingin IMO menggunakan strategi 2023 yang dikaji semula untuk menetapkan trajektori agar sektor ini bergerak ke arah pelepasan sifar bersih menjelang tahun 2050," kata Grahaeme Henderson, Ketua Global, Perkapalan & Maritim Shell.
Tandatangan pengasas Sea Cargo Charter termasuk Anglo American, ADM, Bunge, Cargill Ocean Transportation, COFCO International, Dow, Equinor, Gunvor Group, Klaveness Combination Carriers, Louis Dreyfus Company, Norden, Occidental, Shell, Torvald Klaveness dan Trafigura.
"Sea Cargo Charter membolehkan pemimpin dari pelbagai sektor industri menggunakan pengaruh mereka untuk mendorong perubahan dan mempromosikan usaha ke arah perkapalan hijau dengan memilih pengangkutan maritim yang sesuai dengan sasaran iklim yang disepakati," kata Johannah Christensen, Pengarah Urusan, Ketua Projek & Program tanpa keuntungan antarabangsa, Global Maritime Forum.
Pembangunan Sea Cargo Charter diterajui oleh syarikat perkapalan global - Anglo American, Cargill Ocean Transportation, Dow, Norden, Total, Trafigura - dan peneraju industri terkemuka - Euronav, Gorrissen Federspiel, Stena Bulk - dengan sokongan pakar yang disediakan oleh Global Maritime Forum, Smart Freight Center, University College London Energy Institute / UMAS, dan Stephenson Harwood.
Untuk maklumat lanjut: Ketua Komunikasi, Torben Vemmelund di tve@globalmaritimeforum.org atau +45 2224 1446.