GUANGZHOU, China, 8 Okt. 2020 /PRNewswire/ -- Pada 26 September, Pameran Automotif Antarabangsa Beijing 2020 bermula, iaitu salah satu daripada beberapa pameran yang dapat diteruskan pada tahun ini. Di acara tersebut, GAC Group melancarkan teknologi kuasa generasi baharu "Mega Wave Power" dan kereta sports berhud berkonsepkan coupe "ENPULSE", yang menjadi tumpuan di kalangan industri dan pengguna.
Teknologi kuasa yang baharu: "Mega Wave Power ", meneraju dunia dalam kecekapan terma enjin
Di Bejing, GAC Group memperlihatkan teknologi kuasa yang baharu: "Mega Wave Power", yang menghasilkan produk rangkaian kuasa generasi baharu yang lebih berkuasa, bertindak balas dengan lebih tangkas dan penggunaan bahan api yang lebih rendah. Selepas R&D selama 12 tahun, "Mega Wave Power" telah mempelopori seni bina produk kuasa yang lengkap. Generasi keempat enjin 2.0ATK diperakui secara bebas telah mencapai kecekapan terma 42.10%, mengatasi penanda aras enjin gasolin semasa di dunia. Berdasarkan platform ini, GAC merancang untuk melancarkan beberapa model baharu untuk membawakan penyelesaian mobiliti jimat tenaga yang baharu kepada pengguna.
Kemunculan buat pertama kali coupe berhud GAC Group, ENPULSE di pertunjukan auto tersebut sangat dinanti-nantikan. Direka bentuk di Pusat R&D GAC, Lembah Silikon, kereta sport elektrik sepenuhnya ini menggabungkan reka bentuk aerodinamik dan ciri "sporty" yang dicat dengan cat baharu yang "memancarkan cahaya elektrik" untuk mencapai sinergi antara reka bentuk dalaman dan luaran. Di samping itu, teknologi AR-HUD telah diterapkan, yang secara kreatif mewujudkan pengalaman permainan semasa memandu.
Tumpuan GAC Group pada produk dengan teknologi terkemuka dan berpandangan ke hadapan menunjukkan daya saingnya yang kuat. Feng Xingya, pengurus besar GAC Group, berkata: "Semua inovasi kami berusaha untuk melayani pelanggan, dan terasnya adalah untuk menambah nilai. Kami akan menumpukan pada pengalaman pelanggan untuk menghasilkan lebih banyak nilai bagi pelanggan dalam produk, teknologi dan perkhidmatan".
Kejayaan GAC terhasil daripada obsesi tentang perincian teknologi dan penyetempatan pelanggan untuk memacu perniagaannya. Ini telah membolehkan GAC menyediakan kepada pengguna produk bernilai tinggi dan berkesan kos yang membawa kepada keberkesanan kos di kalangan rakan setaraf industri. Salah satu kisah kejayaan tersebut ialah GPMA: platform modular global GAC yang baharu, AdiGO: satu ekosistem pemanduan pintar saling berkait, dan teknologi kuasa untuk memperkasakan produknya.
GAC Group komited terhadap pengantarabangsaan, kerana pengguna mengenali "teknologi GAC", "kualiti GAC" dan "perkhidmatan GAC". GAC Group akan terus membangun berdasarkan tonggak berkembar inovasi teknologi dan khidmat pelanggan untuk membawakan pengalaman mobiliti yang terbaik kepada pengguna.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20201005/2939330-1?lang=0