omniture

Daon Mengumumkan Trilochan Sehgal sebagai Naib Presiden Serantau, Asia Tenggara

Eksekutif Jualan dan Keselamatan Siber Berpengalaman akan Memimpin Pertumbuhan Syarikat di Rantau ini
Daon
2020-10-08 11:18 1027

SINGAPURA, 8 Okt. 2020 /PRNewswire/ -- Daon, pemimpin global dalam "digital onboarding" dan teknologi pengesahan biometrik, hari ini mengumumkan pelantikan Trilochan Sehgal sebagai Naib Presiden Serantau, Asia Tenggara dan pembukaan pejabat baharu di Singapura. Pengumuman tersebut menegaskan kepentingan Asia Tenggara kepada Daon dan menempatkan syarikat tersebut dalam kedudukan yang kukuh untuk bertindak balas terhadap pertumbuhan perbankan digital di rantau tersebut.

Trilochan Sehgal (gambar) telah dilantik sebagai Naib Presiden Serantau Daon untuk Asia Tenggara.
Trilochan Sehgal (gambar) telah dilantik sebagai Naib Presiden Serantau Daon untuk Asia Tenggara.

Berpangkalan di Singapura, Sehgal merupakan veteran industri dengan lebih daripada dua puluh tahun pengalaman dalam keselamatan siber, termasuk pengalaman selama bertahun-tahun di IBM, di mana beliau mengetuai perniagaan perisian pengurusan akses dan identiti untuk APAC.

"Teknologi digital sedang mentransformasikan ekonomi Asia dengan unjuran kadar pertumbuhan tiga kali ganda dalam ekonomi digital sahaja," ujar Tom Grissen, CEO, Daon. "Oleh kerana rantau ini penting kepada perniagaan global Daon, kami memulakan pelan pengembangan yang signifikan, termasuk mewujudkan kehadiran baru di Singapura, di samping kehadiran kami yang sudah mantap di Hong Kong, dan melantik profesional identiti yang berpengalaman serta sangat berkaliber, Trilochan Sehgal untuk memimpin perniagaan kami sebagai Naib Presiden Asia Tenggara".

Penyelesaian Daon yang dipercayai digunakan oleh institusi kewangan terkemuka di seluruh dunia. Di Asia, klien Daon termasuk SMFG/SMBC Jepun, Standard Chartered Bank dan sejumlah bank yang berpusat di Hong Kong serta The Hong Kong Jockey Club, yang menggunakan teknologi Daon untuk membolehkan keterlibatan tanpa geseran dengan aplikasi pertaruhan mereka. Pada tahun 2020, kehadiran syarikat di Asia telah diperluaskan untuk merangkumi kerjasama baharu yang penting. Pada bulan Mac, syarikat turut mengumumkan kontrak untuk melaksanakan "digital onboarding" dan pengesahan biometrik mudah alih kepada TONIK yang berpusat di Singapura, yang merupakan bank digital sahaja yang pertama di Filipina. Bank maya baharu seperti Mox milik Standard Chartered Bank di Hong Kong turut menggunakan teknologi Daon dan sedang dalam pengeluaran buat masa ini.

"Meskipun terdapat beberapa kesulitan yang ditimbulkan oleh pandemik, usaha pendigitalan oleh banyak pelanggan Asia Tenggara telah dipercepatkan kebelakangan ini, dan teknologi Daon memainkan peranan yang penting dalam membolehkan inisiatif ini," ujar Sehgal. "Rekod prestasi Daon yang amat baik dengan pelanggan global, digabungkan dengan Singapura, Malaysia dan Thailand yang bersiap sedia untuk membuka industri kepada pemain baharu dalam perbankan maya, menjadikan ia masa yang baik untuk melabur di rantau tersebut".

Daon memperoleh sokongan dalam pengembangan serantaunya daripada Enterprise Ireland, agensi perdagangan Ireland yang bertanggungjawab untuk pengembangan dan pertumbuhan perusahaan Ireland dalam pasaran dunia. "Enterprise Ireland gembira untuk mengalu-alukan pelantikan Trilochan Sehgal sebagai Naib Presiden Rantau Asia Tenggara untuk Daon di rantau tersebut, dan turut mengucapkan tahniah kepada syarikat atas pembukaan pejabatnya di Singapura. Daon merupakan contoh kepakaran dan kepimpinan industri Ireland yang berkaliber di dunia dalam fintech, dan ia sangat menarik untuk melihat nilai yang dibawakan oleh inovasi Ireland ke Asia," ujar Kevin Ryan, Pengarah untuk ASEAN di Enterprise Ireland. "Perkembangan ini dan demonstrasi komitmen daripada syarikat klien ke rantau ini membuktikan kepentingan Asia Tenggara kepada kejayaan global mereka. Kami berharap untuk melihat komitmen yang sama oleh syarikat klien pada tahun 2021 dan seterusnya".

Hubungan Media
Carolyn Camoens / Sabrina Ghazali
ei.apac@humebrophy.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20201005/2939267-1?lang=0

Source: Daon
Keywords: Biometrics Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Personnel announcements