CASTRIES, St. Lucia, 8 Oktober 2020 /PRNewswire/ -- Perdana Menteri St. Lucia, Yang Berhormat Allen Chastanet, berkata minat pelabur global di negara ini tidak dikurangkan oleh COVID-19. Berucap pada pelancaran identiti maya jenama dan laman sesawang baharu Program Kerakyatan-melalui-Pelaburan St. Lucia, Perdana Menteri Chastanet mengatakan negara pulau Caribbean ini telah menjadi tauladan dalam ia menangani pandemik ini, yang telah berfungsi untuk meningkatkan keyakinan pelabur dan memastikan bahawa permohonan untuk Unit Kerakyatan-melalui-Pelaburan St. Lucia terus berkembang, dengan peningkatan pemohon yang mengagumkan dengan peratusan dua digit dalam bulan-bulan terakhir ini.
"Krisis semasa ini telah menyebabkan ramai pemilik dan pelabur perniagaan menyedari bahawa mereka boleh bekerjasama dari jarak jauh dan tidak perlu untuk berpusat di bandaraya-bandaraya besar. Rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi St. Lucia dan penerbangan terus dari AS dan London membolehkan akses yang mudah ke serata dunia. Komitmen tidak berbelah bahagi kami terhadap piawaian tadbir urus baik yang tertinggi, ditambah dengan peruntukan perundangan pejabat pusat yang bagus, menjadikannya menarik untuk syarikat-syarikat memindahkan ibu pejabat mereka ke St. Lucia. Kami masih berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran kami untuk menggandakan KDNP kami dalam tempoh enam tahun akan datang," jelas Perdana Menteri Chastanet.
Nestor Alfred, Ketua Pegawai Eksekutif Unit Kerakyatan-melalui-Pelaburan St. Lucia, berkata terdapat beberapa pilihan yang tersedia untuk pelabur yang ingin mendapatkan kerakyatan di negara ini, bermula dengan USD100,000. "Kami menawarkan pulangan pelaburan yang ketara pada peringkat pelaburan yang kompetitif, dengan akses bebas visa ke 146 destinasi di seluruh dunia, tetapi dedikasi kami untuk memastikan usaha wajar yang ketat dan kebertanggungjawaban pada peringkat tertinggi di semua pilihan dalam perbandingan adalah yang benar-benar menyokong pelaburan strategik ini. Pertumbuhan jangka panjang dan pilihan legasi yang ditawarkan oleh St. Lucia dapat menghasilkan nilai yang berterusan dan eksponen bagi pelabur antarabangsa.
Pada bulan Mei, St. Lucia merupakan negara Caribbean pertama yang mengumumkan pilihan pelaburan baharu untuk tempoh terhad sebagai respons kepada pandemik coronavirus. Untuk layak untuk kerakyatan melalui pilihan Bon Bantuan COVID-19, yang akan berlangsung sehingga 31 Disember 2020, individu perlu membuat minimum pelaburan sebanyak USD250,000 dalam bon tanpa faedah kerajaan yang perlu dipegang selama lima tahun.
Perdana Menteri Chastanet menjelaskan bahawa aliran masuk daripada program ini akan diletakkan di dalam dana ekonomi nasional yang diuruskan oleh Lembaga bebas dan digunakan untuk membina kapasiti, mengurangkan hutang, dan membuat pelaburan modal di St. Lucia. "Semua perkara yang ditumpukan negara pra-COVID telah menjadi semakin relevan sekarang: pelaburan dalam pendidikan, membina platform e-kerajaan, memudahkan rejim cukai, pelaburan dalam infrastruktur, pemodenisasikan pasukan keselamatan dan sistem kehakiman, dan memperluaskan penawaran perlancongan. Program Kerakyatan-dengan-pelaburan ini boleh menjadi sumber dana utama dalam membantu kami memudahkan pembangunan ini, inilah sebabnya mengapa kami sentiasa dan bersungguh-sungguh terlibat dengan pihak berkepentingan luar utama, termasuk kerajaan-kerajaan dan organisasi supra-nasional, untuk memastikan bahawa pelabur kami mengekalkan akses pasaran antarabangsa yang mendorong keputusan pelaburan permulaan mereka."
Hubungan Media:
Tajma Brown
Unit Kerakyatan-melalui-Pelaburan St. Lucia
media@cipsaintlucia.com
+1-758-458-6050
www.cipsaintlucia.com