TOKYO, 9 Oktober 2020 /PRNewswire/ -- Casio Computer Co., Ltd. hari ini mengumumkan bahawa ia telah menandatangani kontrak untuk menjadi Penjaga Masa Rasmi dengan jenama jam tangan tahan kejutan G-SHOCK untuk Piala Suzuki AFF 2020. Ini merupakan kali pertama Casio bekerjasama dengan kejohanan paling berprestij di Asia Tenggara, yang disertai oleh 10 pasukan yang layak di seluruh negara-negara ASEAN.
Piala Suzuki AFF merupakan kejohanan bola sepak dwitahunan yang dianjurkan oleh Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF). Susulan penangguhan kejohanan tahun ini akibat wabak Covid-19, AFF baru-baru ini mengumumkan bahawa Piala Suzuki AFF 2020 akan diadakan dari 5 Disember 2021 hingga 1 Januari 2022 (setakat 11 Disember 2020). Keputusan itu diambil dengan matlamat kukuh untuk merealisasikan Kejohanan dalam format penuhnya – bermain di tempat sendiri dan di luar negara di seluruh negara -negara yang layak di Asia Tenggara – dengan syarat keadaan berkaitan dengan Covid-19 memungkinkan ia dilaksanakan. Pada edisi 2018, kejohanan ini telah meningkatkan populariti bola sepak dengan ketara, menarik lebih daripada 750,000 orang penonton.
Jenama G-SHOCK merangkumi empat bidang budaya: sukan, fesyen, muzik dan seni. Dalam dunia atletik, Casio telah menyokong pembangunan pelbagai sukan dengan jenama G-SHOCK dengan giat melantik atlet yang terus-menerus menyahut cabaran dengan semangat gigih sebagai duta jenama; menaja kejohanan dan menganjurkan acara-acara. Sebagai sebahagian daripada sokongan ini, Casio akan menaja kejohanan ini bagi membantu mempromosikan bola sepak di rantau ASEAN.
Dengan jenama G-SHOCK, Casio akan menyokong Piala Suzuki AFF 2020 sebagai penjaga masa rasmi. Iklan G-SHOCK akan muncul di padang dan iklan akan disiarkan di jumbotron stadium. Beberapa kempen dan acara pemasaran juga akan dilakukan di seluruh negara-negara yang mengambil bahagian. Dengan usaha-usaha ini, dan dengan melibatkan peminat bola sepak untuk menjadikan kejohanan lebih menarik bagi mereka, Casio menyasarkan untuk menjadi syarikat dan jenama yang disayangi oleh masyarakat di rantau ASEAN.
Laman web khas: https://world.g-shock.com/asia-mea/en/affsuzukicup/
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20201006/2941088-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20201006/2941088-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20201006/2941088-1-c?lang=0