omniture

Hong Leong Bank: Bank Pertama Di Malaysia Menawarkan Proses 'on-boarding' Digital Untuk Pembukaan Akaun Bank, Pelanggan Tidak Perlu Mengunjungi Cawangan

Hong Leong Bank
2020-10-09 08:05 889

KUALA LUMPUR, Malaysia, 9 Oktober 2020 /PRNewswire/ -- Berikutan penerbitan garis panduan Electronic Know-Your-Customer ("eKYC") oleh Bank Negara Malaysia ("BNM") pada 30hb Jun 2020, Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank ("HLB" atau "Bank") merupakan bank pertama di Malaysia yang menawarkan proses 'on-boarding' digital untuk warga Malaysia yang ingin membuka akaun. Proses baharu ini beralih sepenuhnya secara digital serta tidak lagi memerlukan pelanggan untuk mengunjungi cawangan Bank atau Terminal Layan Diri.  

A historic milestone for HLB (L to R: Galvin Yeo, HLB's GM of Personal Financial Services for Deposits & Digital, Fuda, Sik and Grover)
A historic milestone for HLB (L to R: Galvin Yeo, HLB's GM of Personal Financial Services for Deposits & Digital, Fuda, Sik and Grover)

Pelanggan hanya perlu memuat turun aplikasi 'Apply@HLB' untuk membuka akaun di mana-mana dan bila-bila sahaja, manakala kad debit akan dihantar ke mana sahaja mereka berada di dalam negara. Cara perbankan mudah dan lancar ini bersesuaian dengan situasi semasa di mana COVID-19 terus menimbulkan kerisauan berhubung kesihatan, selain mencetuskan peralihan kepada gaya hidup digital.  

Menurut Domenic Fuda, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLB, "Kami teruja untuk membantu warga Malaysia mengendalikan urusan perbankan dengan selamat ketika pandemik. Kami juga berbangga kerana berpeluang merancakkan inovasi digital di sektor kewangan, sekaligus merangsang pembangunan Ekonomi Digital sambil memenuhi keperluan generasi pelanggan yang semakin digital dan mengutamakan pengalaman di platform mudah alih. Data kami menunjukkan peralihan ketara kepada perbankan digital semenjak 7 bulan kebelakangan ini. Usaha menambahkan produk digital dan kini menawarkan pembukaan akaun secara digital melalui eKYC akan memantaskan peralihan kepada perbankan digital."     

"Kami teruja menjadi bank pertama di Malaysia yang membawakan perjalanan 'on-boarding' digital sepenuhnya. Kami turut berharap proses digital ini akan menambah tinggi pengalaman pelanggan dan menjadi penanda aras yang baharu di dalam industri perbankan," ujar Domenic.

Dengan aplikasi 'Apply@HLB', pelanggan boleh membuka akaun bank dengan tiga langkah mudah – sahkan identiti dengan kad pengenalan dan swafoto, isikan maklumat peribadi dan terakhir, cipta nama pengguna dan kata laluan untuk HLB Connect, platform perbankan dalam talian dan mudah alih HLB.

Charles Sik, Pengarah Urusan Perkhidmatan Kewangan Peribadi di HLB berkata, "'Apply@HLB' membolehkan kami memelihara keselamatan dan kesihatan pelanggan serta kakitangan di cawangan, tanpa putus memberi pelanggan akses kepada produk dan perkhidmatan kewangan di mana-mana dan bila-bila sahaja. Selain itu, kami juga akan melancarkan permohonan kad kredit dan pinjaman peribadi digital secara sepenuhnya." 

Ketua Pegawai Digital dan Inovasi HLB, Shailesh Grover turut menyatakan yang semenjak pandemik bermula, Bank mempercepatkan pelaksanaan pelan digital bagi memastikan pelanggan boleh mengakses produk dan perkhidmatan di platform mudah alih.

"Meskipun kami sudah lama menawarkan kemudahan permohonan membuka akaun dalam talian, pelanggan masih perlu mengunjungi cawangan untuk pengesahan identiti. 'Apply@HLB' melengkapkan proses pembukaan akaun versi terdahulu, dengan membawakan proses 'on-boarding' digital end-to-end, seiring dengan strategi 'digital at the core' kami", kata Shailesh.   

Untuk maklumat lanjut tentang 'Apply@HLB', sila layari www.hlb.com.my/apply.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20201008/2944084-1?lang=0

 

Source: Hong Leong Bank
Related Stocks:
Malaysia:5819
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Mobile Entertainment Telecommunications New products/services