omniture

Agroteknologi baharu Ÿnsect melanjutkan Siri C kepada $372 juta untuk memperbaiki tahap keselamatan dan kelestarian makanan global dengan negatif karbon pertama dan ladang menegak terbesar di dunia

Ynsect
2020-10-09 19:28 1142

Ynsect mengambil pembiayaan berjumlah $425 juta, lebih banyak daripada jumlah keseluruhan terkumpul dalam sektor protein serangga di seluruh dunia

- Modal ini akan membolehkan syarikat tersebut menyiapkan ladang serangga terbesar di dunia, yang kini sedang dalam pembinaan di utara Paris, Perancis, sebuah projek karbon negatif, yang membangunkan barisan produknya dan berkembang hingga ke Amerika Utara

- Pembiayaan baharu tersebut datangnya daripada Astanor Ventures (pelabur utama Siri C), Upfront Ventures yang berpangkalan di LA, FootPrint Coalition Robert Downey Jr., Happiness Capital, Supernova Invest dan Armat Group.

- Pembiayaan tersebut disokong oleh konsortium perbankan termasuk Caisse des Dépôts, Crédit Agricole Brie Picardie dan Caisse d'Epargne Hauts-de-France.

PARIS, 9 Oktober 2020 /PRNewswire/ -- Perusahaan penternakan serangga baharu, Ÿnsect mengumumkan penambahan pembiayaan Siri C mereka kepada $372 juta – jumlah terbesar yang pernah diperoleh oleh perniagaan 'agroteknologi' bukan Amerika.

Populasi global yang semakin bertambah meningkatkan permintaan terhadap protein dan tanaman di seluruh dunia, untuk kegunaan manusia dan sebagai sumber makanan ikan, ayam dan itik, babi dan haiwan ternakan lain. Menurut Organisasi Makanan dan Pertanian PBB, penggunaan protein haiwan akan meningkat 52% antara tahun 2007 dan 2030[1], menimbulkan risiko yang serius terhadap ekosistem dunia yang rapuh.

Untuk mengatasi masalah ini, Ÿnsect telah mencipta proses menternak Molitor mealworm bagi menghasilkan produk protein mudah cerna dan baja. Produk-produk ini menggantikan protein haiwan secara lestari, yang digunakan dalam rantaian bekalan oleh penternak ikan & haiwan ternakan, makanan haiwan peliharaan dan baja. Kajian menunjukkan bahawa penggunaan produk Ÿnsect telah menyebabkan peningkatan hasil sebanyak 34% untuk ikan trout pelangi, penurunan kadar kematian udang sebanyak 40% dan peningkatan hasil buah rapese sebanyak 25%

Dengan ladang yang dibuat secara menegak, Ÿnsect mengurangkan penggunaan tanah sebanyak 98% sambil menurunkan tahap pelepasan karbon daripada pengeluaran protein dan menghasilkan sifar sisa. Analisis oleh firma Quantis menunjukkan bahawa projek tersebut negatif karbon, dengan rantai nilai yang terhad dan mengelakkan pengeluaran lebih banyak pelepasan CO2.

"Harapan kami ialah untuk memajukan rantaian makanan bermula daripada asas: serangga dan tanah," kata Antoine Hubert, pengasas bersama, Presiden dan CEO Ÿnsect. "Dengan perubahan iklim dan peningkatan populasi di seluruh dunia, kita perlu menghasilkan lebih banyak makanan dengan tanah yang semakin berkurangan dan sumber yang semakin sedikit. Kami percaya Ÿnsect boleh memainkan peranan yang penting dalam penyelesaian global ini."

Proses Ÿnsect disandarkan pada teknologi yang dilindungi oleh lebih kurang 30 paten, mewakili 40% daripada jumlah portfolio paten 10 buah syarikat protein serangga terkenal di seluruh dunia.

Rakan Usahasama Siri C

Bank Pelaburan: Jefferies (Dominic Lester - Joseph Benito Sanz) – Peguam Syarikat: ekuiti – Baker McKenzie (Matthieu Grollemund & Hélène Parent), hutang – August & Debouzy (Xavier Rohmer & Olivier Moriceau)

Tentang Ÿnsect 

Ÿnsect ialah pengeluar protein serangga semula jadi dan baja terkemuka di dunia. Diasaskan pada tahun 2011 di Paris, Perancis, syarikat Next40 mengolah serangga bertukar menjadi bahan premium untuk haiwan kesayangan, ikan dan tumbuhan. Dari ladangnya yang canggih, Ÿnsect menawarkan penyelesaian jangka panjang yang lestari untuk mempercepatkan penggunaan protein dan tumbuhan.

[1] http://www.fao.org/fileadmin/templates/wsfs/docs/expert_paper/How_to_Feed_the_World_in_2050.pdf

 

 

Source: Ynsect
Related Links:
Keywords: Agriculture Banking/Financial Service Environmental Products & Services Conservation/Recycling Corporate Expansion Venture Capital