omniture

MARii DAN SENGENICS MELANCARKAN ImmuSAFE® - UJIAN COVID-19 MULTI-ANTIGEN, EPITOP KHUSUS DAN KUANTITATIF PERTAMA DI DUNIA

Malaysia Automotive, Robotics and IoT Institute (MARii)
2020-10-10 16:47 1206

CYBERJAYA, Malaysia, Oct. 10, 2020 /PRNewswire/ -- Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) dan Sengenics Sdn. Bhd. telah melancarkan biocip ImmuSAFE COVID+, di ibu pejabat MARii, Cyberjaya.

Dari kiri: 1. Dr. Faizal Anwar, Penasihat MARii dalam Pengurusan Data Perubatan dan Kesihatan; 2. Dato' Madani Sahari, Ketua Pegawai Eksekutif, MARii; 3. Dr Arif Anwar, Ketua Pegawai Eksekutif, Sengenics; 4.Johan Hafiz Iskandar, Pengarah, Sengenics
Dari kiri: 1. Dr. Faizal Anwar, Penasihat MARii dalam Pengurusan Data Perubatan dan Kesihatan; 2. Dato' Madani Sahari, Ketua Pegawai Eksekutif, MARii; 3. Dr Arif Anwar, Ketua Pegawai Eksekutif, Sengenics; 4.Johan Hafiz Iskandar, Pengarah, Sengenics

ImmuSAFE merupakan ujian serologi COVID-19 berasaskan makmal, multi-antigen dan multi-domain pertama di dunia (pemeriksaan serum darah). Ia mengandungi 9 domain protein N dan S daripada SARS-CoV-2, disahkan secara fungsi yang dinyatakan menggunakan teknologi lipatan protein KREX™ milik Sengenics.

Ujian tersebut adalah kuantitatif, yang membolehkan daya pemprosesan penyaringan yang tinggi terhadap sampel COVID-19 untuk diagnosis jangkitan semasa atau sebelumnya. Ini juga termasuk pengiraan dan penyetempatan pengikatan antibodi yang memberikan cara untuk mengenal pasti antibodi berkaitan dengan perlindungan berterusan serta pengukuhan tahap imuniti terhadap jangkitan masa depan. Fungsi-fungsi tersebut menjadikan kit ujian ImmuSAFE unggul untuk aplikasi dalam pembangunan vaksin.

Turut hadir dalam acara itu ialah Dato' Madani Sahari, CEO MARii dan Dr. Arif Anwar, CEO Sengenics.

ImmuSAFE mempunyai kepekaan dan kespesifikan 100% serta disahkan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), sebuah agensi di bawah Kementerian Kesihatan (MOH). Ujian yang dilakukan ke atas 5,000 sampel sepanjang fasa pembangunan menunjukkan bahawa keputusan boleh diperoleh dalam beberapa jam.

Pusat ujian COVID-19 boleh dibangunkan dengan kemudahan sedia ada yang menawarkan penyelesaian untuk organisasi yang bergantung pada pengetahuan tentang jangkitan dalam masa sebenar - seperti sektor penerbangan, logistik, pelancongan dan pembuatan.

MARii juga telah membangunkan ImmuSAFE Tracker, satu aplikasi dengan keupayaan pengesanan kontak (contact tracing) pintar untuk mengesan pergerakan dan maklumat pengesanan kontak, termasuk log pekerja, maklumat rantaian bekalan dan penguatkuasaan Prosedur Operasi Standard (SOP) perniagaan dalam masa sebenar. Analisis data raya akan membolehkan pemodelan ramalan dan simulasi corak penularan wabak COVID-19.

Dato' Madani menjelaskan bahawa aplikasi tersebut dihasilkan daripada pengalaman luas MARii dalam pembangunan platform digital, termasuk pembangunan COVID-19 Intelligent Management System (CIMS), sistem yang digunakan untuk mengesan dan mendaftarkan syarikat yang beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

"Pelancaran Kit Ujian ImmuSAFE dan ImmuSAFE Tracker memberikan satu penyelesaian lengkap untuk mengetahui dengan cepat, meramal dan memahami corak jangkitan dengan lebih baik", akhiri beliau.

Mengenai MARii

Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii) bertindak untuk memacu perkembangan sistem-sistem pintar melalui aplikasi teknologi digital dengan fokus kepada analisis data raya dan kecerdasan buatan, termasuk ekosistem automotif dan mobiliti terhubung.

Mengenai Sengenics

Sengenics ialah syarikat Proteomik Fungsian yang memanfaatkan teknologi KREX™ mereka yang dipatenkan untuk menemui penunjuk biopenanda autoantibodi bagi meramalkan tindak balas ubat dan kesan sampingan teruk yang berkaitan dengan imun (irAEs).

Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200910/2913213-1?lang=0

Source: Malaysia Automotive, Robotics and IoT Institute (MARii)
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Licensing/marketing agreements Data Analytics