omniture

GadisClé De Peau Beauté Menegaskan Lagi Komitmen Melanjutkan Pendidikan Kanak-Kanak Perempuan dalam Normal Baharu

Menghormati dua wanita hebat yang telah memberikan sumbangan luar biasa dalam kemajuan pendidikan kanak-kanak perempuan melalui 'Anugerah Power of Radiance' tahunan kedua
Clé de Peau Beauté
2020-10-12 08:00 717

TOKYO, 12 Okt. 2020 /PRNewswire/ -- Ketika dunia menyesuaikan diri dengan normal baharu, pendidikan berdiri di persimpangan jalan. Dengan kawalan pergerakan global dan penutupan sekolah menjejaskan peluang pendidikan kanak-kanak di seluruh dunia, Clé de Peau Beauté, jenama penjagaan kulit dan solek mewah, menegaskan lagi komitmennya melanjutkan pendidikan kanak-kanak perempuan melalui 'Anugerah Power of Radiance' 2020, sempena menghormati wanita berinspirasi yang telah memberikan sumbangan luar biasa untuk memperbaiki kehidupan kanak-kanak perempuan melalui pendidikan. Dilancarkan pada Mac 2019, 'Anugerah Power of Radiance' merupakan sebahagian daripada komitmen dermawan jangka panjang Clé de Peau Beauté untuk menyokong pendidikan dan memperkasakan kanak-kanak perempuan. Tahun ini, jenama itu mengiktiraf pencapaian luar biasa Binita Shrestha dan Pratiksha Pandey, dua individu cemerlang dari Nepal yang telah memberikan sumbangan luar biasa untuk mempromosikan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) untuk kanak-kanak perempuan di Nepal melalui organisasi mereka, Wanita dalam STEM Nepal (WiSTEM Nepal). 

From L-R:Yukari Suzuki, Chief Brand Officer of Clé de Peau Beauté; Chiaki Horan, TV Personality and Actress; Toni Garrn, Humanitarian, Model and Actress; Pratiksha Pandey, 2020 ‘Power of Radiance Awards’ Recipient; Binita Shrestha, 2020 ‘Power of Radiance Awards’ Recipient; Chriselle Lim, Entrepreneur and Digital Content Creator; Fionnghuala O’Reilly, Model, Beauty Pageant Titleholder, NASA Datanaut and Director of Space Apps DC; Mizuki Hashimoto, Deputy Chief Brand Officer of Clé de Peau Beauté
From L-R:Yukari Suzuki, Chief Brand Officer of Clé de Peau Beauté; Chiaki Horan, TV Personality and Actress; Toni Garrn, Humanitarian, Model and Actress; Pratiksha Pandey, 2020 ‘Power of Radiance Awards’ Recipient; Binita Shrestha, 2020 ‘Power of Radiance Awards’ Recipient; Chriselle Lim, Entrepreneur and Digital Content Creator; Fionnghuala O’Reilly, Model, Beauty Pageant Titleholder, NASA Datanaut and Director of Space Apps DC; Mizuki Hashimoto, Deputy Chief Brand Officer of Clé de Peau Beauté

Semasa kemuncak wabak ini, lebih daripada 90% populasi pelajar dunia mengalami gangguan terhadap pendidikan mereka *. Keperluan pendidikan dan komuniti mudah terjejas, seperti kanak-kanak perempuan, telah terus terpinggir disebabkan akses dan pengetahuan teknologi yang terhad. Dalam usaha membina masa depan yang lebih saksama untuk semua kanak-kanak perempuan dan memacu kesan jangka panjang yang positif kepada kehidupan dan masyarakat mereka, keperluan pendidikan STEM dilihat sebagai keutamaan. Pendidikan STEM boleh memperkasakan kanak-kanak perempuan untuk mengakses kemahiran yang membantu menjamin pekerjaan di masa depan, yang seterusnya meningkatkan agensi kewangan dan kemampuan diri.

Pada saat dunia mengalami penjarakan sosial, Clé de Peau Beauté menyedari keperluan menghubungkan orang dan idea yang melampaui budaya dan geografi. Melalui 'Anugerah Power of Radiance', Clé de Peau Beauté berhasrat untuk menghapuskan halangan pendidikan ekoran wabak itu, yang memberi impak negatif kesinambungan pembelajaran, demi menjadikan pendidikan hak setiap kanak-kanak. Selaras dengan langkah penjarakan sosial global, 'Anugerah Power of Radiance' kedua tahunan telah diadakan secara maya tahun ini. Acara ini meraikan pencapaian luar biasa Cik Shrestha, Cik Pandey dan wanita luar biasa lain dari seluruh dunia yang terus memperjuangkan pendidikan kanak-kanak perempuan pada masa-masa yang mencabar ini. Ini juga menampilkan perspektif mereka mengenai kepentingan memastikan kesinambungan pendidikan dalam normal baharu. Cik Shrestha dan Cik Pandey disertai oleh Humanis, Model dan Pelakon Toni Garrn; Usahawan dan Pencipta Kandungan Digital Chriselle Lim; Model, Pemegang Gelaran Ratu Cantik, NASA Datanaut dan Pengarah Aplikasi Angkasa DC Fionnghuala O'Reilly; serta Personaliti dan Pelakon TV Chiaki Horan. Program maya itu juga menampilkan perbincangan panel antara enam wanita, yang memberi tumpuan kepada kepentingan membangunkan penyelesaian yang bermakna untuk memberi inspirasi kepada generasi kanak-kanak perempuan akan datang menerusi mata pelajaran pendidikan dan STEM. Sebagai penutup acara maya, video gadis-gadis muda yang berkongsi impian dan cita-cita mereka untuk masa depan juga disiarkan sebagai warisan harapan kepada generasi yang akan datang.

"Saya percaya bahawa pendidikan STEM adalah kemahiran yang diperlukan pada abad ke-21," ujar Cik Shrestha. "Melalui mata pelajaran STEM, kanak-kanak perempuan dapat mengakses kemungkinan pekerjaan yang tidak berkesudahan, mewujudkan kebebasan yang lebih besar, dan menjalin hubungan yang lebih baik dengan komuniti mereka dan dunia di sekitar mereka. Terima kasih kepada 'Anugerah Power of Radiance' Clé de Peau Beauté, kita sekarang selangkah lebih dekat lagi untuk membawa perubahan dalam sistem pendidikan di Nepal dan menghancurkan stereotaip jantina STEM."

"'Anugerah Power of Radiance' Clé de Peau Beauté telah membuka peluang yang luar biasa kepada kita untuk meneruskan usaha memperkasakan kanak-kanak perempuan dan wanita di Nepal ," kat Cik Pandey. "Pada peringkat awal kami memulakan WiSTEM Nepal, kami mempunyai akses, jangkauan dan cara kewangan yang terhad. Pemberian Anugerah telah memainkan peranan penting dalam menyokong inisiatif kami untuk menyediakan pendidikan STEM kepada kanak-kanak perempuan yang kurang bernasib baik dan luar bandar di Nepal."

"Di Clé de Peau Beauté, kami percaya bahawa kunci kepada dunia yang lebih baik adalah dengan membuka potensi kanak-kanak perempuan melalui pendidikan. 'Anugerah Power of Radiance' meraikan kuasa individu yang telah mengambil tindakan untuk memacu perubahan positif dalam komuniti mereka melalui pendidikan. Dengan menyinari seri cahaya Binita Shrestha dan Pratiksha Pandey, kami berharap dapat memberi inspirasi kepada orang lain untuk menyertai kami dalam memperkasakan generasi kanak-kanak perempuan masa depan melalui pendidikan STEM, agar mereka juga dapat membuka jalan bagi masyarakat lebih berseri yang saksama dan adil," kata Cik Yukari Suzuki, Ketua Pegawai Jenama Clé de Peau Beauté.

Program pemberian 'Anugerah Power of Radiance' akan dibiayai dari penjualan global The Serum Clé de Peau Beauté's.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.cledepeau-beaute.com/int/powerofradiance-2020.html.

*Sumber maklumat: UNESCO
(https://en.unesco.org/covid19/educationresponse/globalcoalition)

Mengenai Clé de Peau Beauté

Clé de Peau Beauté, jenama mewah global dari Shiseido Cosmetics, ditubuhkan pada tahun 1982 sebagai luahan keanggunan dan sains yang mutakhir. Clé de Peau Beauté bermaksud kunci kecantikan kulit. Falsafah jenama ini adalah untuk membuka kuasa seri wanita dengan memanfaatkan teknologi solekan dan penjagaan kulit canggih dari seluruh dunia. Sejak sekian lama dipandu oleh deria estetik yang anggun dan kepintaran, Clé de Peau Beauté telah menerapkan produknya dengan kemodenan, pesona, dan dinamisme untuk muncul sebagai pemimpin industri dalam menyampaikan seri yang sangat luar biasa, yang terpancar dari dalam. Terdapat di 20 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Laman Web Rasmi Clé de Peau Beauté: www.cledepeau-beaute.com

Instagram Rasmi Clé de Peau Beauté: https://www.instagram.com/cledepeaubeaute/

CATATAN UNTUK EDITOR:

Mengenai Binita Shrestha

Binita Shrestha merupakan Jurutera IT, Pendidik, dan Usahawan Sosial. Sejak 5 tahun yang lalu, beliau dan pasukan telah merintis momentum memecahkan stereotaip yang sedia ada dalam masyarakat tentang STEAM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik) dan kerjaya pengkomputeran untuk remaja perempuan di Nepal dengan memimpin pelbagai program literasi STEAM untuk mengurangkan jurang jantina yang ketara. Sejajar dengan usaha itu, Cik Shrestha telah menyelia beberapa usaha filantropik teknologi yang berjaya, termasuk perkongsian antara WiSTEM Nepal, UNICEF, dan Lembaga Telekomunikasi Nepal.

Mengenai Pratiksha Pandey

Pratiksha Pandey ialah seorang jurutera elektronik dan komunikasi. Beliau telah menumpukan kerjayanya untuk memecahkan stereotaip jantina dan menggalakkan wanita untuk duduk di hadapan kelas dan dengan bangganya mengejar cita-cita mereka demi pembelajaran dan pengetahuan. Sebagai Pengarah WiSTEM Nepal, Cik Pandey mengadakan bengkel pengekodan, elektronik dan reka bentuk yang membantu memberi inspirasi kepada generasi kanak-kanak perempuan seterusnya untuk meneruskan kerjaya STEM. Beliau juga bekerja sebagai mentor untuk program 1000 gadis, 1000 masa depan oleh Akademi Sains New York.

Mengenai Toni Garrn

Model antarabangsa, humanis, dan wajah yang sinonim dengan Clé de Peau Beauté, Toni Garrn juga merupakan duta untuk kempen global "Girls Get Equal" Plan International, pergerakan antarabangsa yang bertujuan untuk menggalakkan hak-hak kanak-kanak perempuan.

Mengenai Chriselle Lim

Chriselle Lim merupakan antara pencipta kandungan dan bintang mega digital yang paling berjaya di dunia. Pencipta Chriselle Factor, beliau merupakan teladan inspirasi bagi wanita di mana-mana sahaja yang menjalani kehidupan yang sibuk. Merupakan pengasas BÜMO, sebuah komuniti digital dan fizikal, dicipta untuk memudahkan kehidupan ibu bapa yang sibuk. Chriselle memiliki etika kerja yang luar biasa, dorongan peribadi dan bakat beliau melambangkan apa saja boleh dilakukan oleh untuk kanak-kanak perempuan di mana sahaja.

Mengenai Fionnghuala O'Reilly

Fionnghuala O'Reilly ialah seorang wanita yang menangkap intipati kekuatan pendidikan STEM, dan kemungkinan yang tidak berkesudahan yang dapat ditawarkannya kepada wanita. Beliau merupakan lulusan Universiti George Washington dan seorang Jurutera. Bekerja dalam industri kejuruteraan yang kebanyakannya dikuasai oleh kaum lelaki, dia menjadikan misinya untuk menunjukkan, melalui pencapaiannya, bagaimana wanita dapat menembusi sempadan kaca ini. Tahun lepas, Fionnghuala melancarkan #ReachForTheStars, kempen media sosial yang sangat berjaya yang menonjolkan wanita dan kepelbagaian dalam Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik.

Mengenai Chiaki Horan

Dilahirkan dan dibesarkan di Tokyo, Chiaki Horan telah menjadi ikon penting media Jepun, sebagai personaliti TV dan juga pelakon. Chiaki dibesarkan dalam keluarga antarabangsa, ayahnya berbangsa Ireland dan ibunya pula berbangsa Jepun. Ini telah memupuk minat beliau dalam budaya barat dan mendorong beliau untuk mengikuti pengajian Kesusasteraan Inggeris di Universiti Aoyama-Gakuin yang terkenal, di Tokyo. Di sini beliau terkenal kerana kesungguhannya dalam pengajian. Sebagai tokoh media yang lantang bersuara, Chiaki merupakan ikon tetap dalam berita televisyen komersial TBS, (Tokyo Broadcasting Television) membentangkan pelbagai topik, daripada Politik hinggalah acara Budaya dan menjadi inspirasi untuk gadis-gadis muda untuk menunjukkan cara mengembangkan pemikiran kritikal mereka.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200929/2931586-1?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200929/2931586-1LOGO?lang=0

 

 

Source: Clé de Peau Beauté
Keywords: Computer/Electronics Cosmetics & Personal Care Education Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail Awards Women-related news STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)