omniture

Jasmine Food Dinobatkan "Anugerah Jenama Paling Dipercayai Reader's Digest Malaysia" yang Ke-10 Berturut-turut

Jasmine Food
2020-10-12 09:14 520

KUALA LUMPUR, Malaysia, 12 Oktober 2020 /PRNewswire/ -- Di tengah-tengah keadaan kemelesetan ekonomi yang tidak pernah berlaku sebelum ini disebabkan oleh wabak Covid-19, Jasmine Food Corporation (Jasmine) Sdn Bhd telah menunjukkan prestasinya yang mampan seperti yang dibuktikan dengan 10 tahun berturut-turut penerimaan anugerah oleh Reader's Digest. Penganugerahan 2020 ini menyaksikan Jasmine dianugerahkan dengan "Anugerah Platinum Jenama Paling Dipercayai" dalam kategori Beras antara Jenama Beras lain di Malaysia.

Jasmine Food menyokong Kempen Derma Darah dari Pusat Darah Negara (PDN)
Jasmine Food menyokong Kempen Derma Darah dari Pusat Darah Negara (PDN)

"Kami telah mengukuhkan kehadiran kami selama lebih daripada 5 dekad sebagai salah satu daripada pengeluar dan pengedar pasaran beras terkemuka di Malaysia. Kami bangga dengan penghargaan yang kami terima selama bertahun-tahun ini. Anugerah ini, bagi kami, merupakan galakan untuk mengembangkan lagi  jenama Jasmine yang dipercayai dan terus memberikan kualiti yang baik bagi varian beras sihat kami," Lim Swee Keat, Ketua Pegawai Eksekutif Jasmine Food Corporation, menjelaskan.

Lim juga mementingkan gaya hidup pemakanan yang sihat. Untuk itu, Jasmine menyediakan beras yang dihasilkan melalui penanaman yang betul yang boleh menghasilkan produk yang sihat. "Antara rangkaian produk kami dalam senarai ialah beras wangi, beras putih import dan tempatan, beras basmati khas, beras perang, beras pulut dan bihun.]."

Inovasi ialah satu elemen penting yang juga dikaitkan dengan kejayaan Jasmine, yang dibuktikan oleh penghasilan produk inovatif seperti beras basmati bijian panjang. Jenis nasi yang rendah lemak dan rendah karbohidrat ini mengandungi tahap indeks glisemik yang rendah, protein, kalsium dan vitamin. Oleh itu, Jasmine telah memenangi kepercayaan dan sokongan yang dicapai dengan kerjasama dan institut kesihatan negara, Hospital Tung Shing, Pusat Darah Negara (PDN), Persatuan Diabetis Kebangsaan, dan Institut Jantung Negara (IJN).

"Kami menjadi anak syarikat Padiberas Nasional Bhd (Bernas) pada tahun 1996 dan sejak itu telah mengimport pelbagai jenis beras dari Thailand, Vietnam, Cambodia, India, Pakistan, Australia, dan USA untuk memenuhi keperluan pelanggan di Negara ini," tambah Lim.

Reader's Digest telah selama 22 tahun berturut-turut mengadakan anugerah berprestij seperti ini untuk memperoleh wawasan ke dalam pandangan pelanggan dan jenama yang dipercayai, berdasarkan kebolehpercayaan dan kredibiliti, kualiti, nilai, pemahaman terhadap keperluan pelanggan, inovasi, dan tanggungjawab sosial. Maklumat ini dikumpul daripada sekitar 8,000 individu dari lima negara/rantau, termasuk Malaysia, Singapura, Hong Kong, Taiwan, dan Filipina. Anugerah Platinum Jenama Paling Dipercayai diberikan kepada jenama-jenama yang terbaik dalam kategori mereka dengan skor yang jauh lebih tinggi berbanding pesaing terdekat mereka.

Kebolehpercayaan, kualiti dan kredibiliti juga dibuktikan melalui dasar jaminan pulangan wang Jasmine Rice. Pilih produk Jasmine hari ini, kerana anda boleh percayakan kualiti dan konsistensinya.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi: http://www.jasmine.com.my/ atau https://www.facebook.com/jasminefoodcorporation

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20201009/2927709-1?lang=0

Source: Jasmine Food
Keywords: Agriculture Food/Beverages Publishing/Information Service Awards