omniture

Olay bekerjasama dengan Shopee untuk mempercepatkan pertumbuhan e-dagang di Asia Tenggara dengan kempen "Adult Fearlessly" yang mensasarkan generasi milenium

Procter & Gamble
2020-10-12 12:34 492

KUALA LUMPUR, Malaysia, 12 Okt. 2020 /PRNewswire/ -- Memperkasakan wanita dengan keyakinan untuk menempuh alam dewasa, Olay, jenama penjagaan kulit milik P&G bekerjasama dengan Shopee, salah satu platform e-dagang yang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, untuk melancarkan kempen Adult Fearlessly. Kempen ini bertujuan menjangkau dan melibatkan warga digital di Asia Tenggara, memperkasakan wanita generasi milenium untuk #adultfearlessly dan mengatasi cabaran yang dihadapi untuk 'menjadi dewasa' serta melabur dalam produk berkualiti yang khusus untuk keperluan penjagaan kulit mereka. Kempen jenama yang diperbaharui ini akan diadakan secara eksklusif di Shopee dan dilancarkan secara berfasa di enam pasaran termasuk Singapura, Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand dan Vietnam.

From left to right: Mr. Shankar Viswanathan, Senior Vice-President, Region Head of Malaysia, Singapore, Vietnam & Head of E-commerce for Asia Pacific, Middle East, Africa, Proctor & Gamble, and Mr. Ian Ho, Regional Managing Director, Shopee
From left to right: Mr. Shankar Viswanathan, Senior Vice-President, Region Head of Malaysia, Singapore, Vietnam & Head of E-commerce for Asia Pacific, Middle East, Africa, Proctor & Gamble, and Mr. Ian Ho, Regional Managing Director, Shopee

Kolaborasi kedua antara Olay dan Shopee ini adalah berdasarkan kejayaan kempen serantau Olay sebelum ini yang melancarkan barisan produk Retinol 24 pada bulan April lalu. Kempen tersebut mengatasi sasaran sehingga hampir dua kali ganda hasil strategi pemasaran Olay dan Shopee yang disesuaikan mengikut lokasi, seterusnya membolehkan mereka menjangkau pengguna yang sesuai. Adult Fearlessly bertujuan untuk meningkatkan momentum pertumbuhan e-dagang dengan kempen diterajui digital yang memanfaatkan alat pemasaran dan ciri penglibatan teras Shopee seperti penstriman Shopee Live dan Shopee Games.

Kajian terhadap lebih 16,000 pengguna di seluruh Asia Pasifik mendedahkan bahawa 58% daripada pengguna milenium lebih dipengaruhi oleh video jenama atas talian apabila memilih jenama, termasuk pilihan mengenai keperluan kecantikan dan penjagaan kulit[1]. Oleh itu, Olay bekerjasama dengan Shopee untuk mengkonsepsikan dan mencipta bersama kandungan, seperti video hero kempen, "Fearless with your choices", untuk menarik perhatian pengguna wanita generasi milenium.

"Kami mahu menumpukan pada cara pengguna kami mengintegrasikan gaya hidup mereka dengan keperluan penjagaan kulit mereka", ujar Lucy Moran, Pengarah Kanan eDagang Olay dan Penjagaan Diri, Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika.

"Sebagai salah satu daripada jenama penjagaan kulit muka yang utama di dunia, kami terus menginovasi dan memajukan cara kami berhubung dengan pengguna kami. Dengan e-dagang mendorong peralihan besar jualan luar talian kepada atas talian, terdapat potensi untuk mencapai pertumbuhan selanjutnya dalam segmen ini. Dengan memanfaatkan momentum ini untuk meluaskan jangkauan kami di Asia Tenggara, kami sekali lagi bekerjasama dengan Shopee untuk membawakan pengalaman yang lebih menarik dan lebih mudah ke atas talian, di mana pengguna dapat mengakses produk Olay – hanya dengan mengklik pada butang," tambah menambah.

Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee berkata, "Kategori Kesihatan & Kecantikan adalah salah satu kategori yang menunjukkan prestasi terbaik di Shopee, dan kebiasaan baharu telah mendorong lebih ramai pengguna untuk melayari dan membeli produk penjagaan kulit secara atas talian. Kami berbangga kerana dapat menyokong Olay dalam pertumbuhan e-dagang mereka melalui kempen ini. Pandangan daripada pengguna kami yang dikongsi bersama dan pangkalan pengguna milenium yang semakin meluas telah membolehkan strategi yang disesuaikan mengikut lokasi dilaksanakan agar Olay menyampaikan pengalaman beli-belah atas talian yang terbaik. Kami berasa yakin dalam menyokong Olay mencapai satu lagi kempen yang berjaya bersama kami".

Kempen Adult Fearlessly digambarkan dalam video "Fearless with your choices", yang berusaha untuk mengubah pemikiran golongan milenium ketika mereka berdepan dengan kebimbangan mereka menjangkau usia 30 tahun. Olay ingin memberikan inspirasi kepada wanita dengan menonjolkan aspek positif perjalanan ini. Dengan kebebasan peribadi dan kewangan yang datang bersama yang meningkat, golongan wanita mampu membuat pilihan tanpa rasa takut, dan melabur dalam produk penjagaan kulit yang berkualiti tinggi dan memberi nilai yang membuatkan perjalanan 'menjadi dewasa' lebih mudah. 

Tonton video di sini.

Kempen Olay Adult Fearlessly akan berlangsung dari 6-9 Okt., sebagai sebahagian daripada Shopee 10.10 Brands Festival, festival beli-belah atas talian Shopee yang terbesar untuk jenama-jenama di rantau ini. Ketahui lebih lanjut di sini .  

[1] "What makes Asia−Pacific's Generation Z different?", diterbitkan pada 29 Jun 2020 oleh McKinsey & Company.

Mengenai Procter & Gamble

P&G menyediakan salah satu portfolio jenama yang kukuh dengan jenama-jenama yang dipercayai, berkualiti dan menjadi peneraju untuk pengguna di seluruh dunia, termasuk Always®, Ambi Pur®, Ariel®, Bounty®, Charmin®, Crest®, Dawn®, Downy®, Fairy®, Febreze®, Gain®, Gillette®, Head & Shoulders®, Lenor®, Olay®, Oral-B®, Pampers®, Pantene®, SK-II®, Tide®, Vicks®, dan Whisper®. Komuniti P&G merangkumi operasi di kira-kira 70 negara di seluruh dunia. Sila layari http://www.pg.com untuk berita dan maklumat terkini tentang P&G dan jenama-jenamanya.

Mengenai Shopee

Shopee ialah platform e-dagang yang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Ia dilancarkan dalam 7 pasaran pada 2015 untuk menghubungkan pengguna, penjual dan perniagaan di rantau tersebut. Shopee menawarkan pengalaman yang mudah, selamat dan menarik yang dinikmati oleh jutaan orang setiap hari. Ia menawarkan pelbagai pilihan produk, disokong oleh pembayaran dan logistik bersepadu, dan juga ciri hiburan popular yang disesuaikan untuk setiap pasaran. Shopee juga merupakan penyumbang utama kepada ekonomi digital di rantau tersebut dengan komitmen teguh untuk membantu jenama dan usahawan berjaya dalam e-dagang. Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE:SE), syarikat Internet pengguna global yang terkemuka.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20201005/2939401-1?lang=0

Source: Procter & Gamble
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Cosmetics & Personal Care Electronic Commerce Household/Consumer/Cosmetics Contracts Women-related news