omniture

Inovasi Teknologi ITRI untuk COVID-19 Dipaparkan di Discovery Channel

Industrial Technology Research Institute
2020-10-13 09:02 578

TAIPEI, 12 Oktober 2020 /PRNewswire/ -- "Taiwan Revealed", sebuah siri dokumentari TV yang diterbitkan oleh Discovery Channel, ditayangkan buat pertama kali hari ini di Taipei, menyoroti inovasi teknologi Taiwan termasuk Sistem Ujian Cepat Molekul iPMx yang dibangunkan oleh Institut Penyelidikan Teknologi Industri (ITRI). Kisah iPMx yang disampaikan dalam episod "Biomedical Technology" dijadualkan menjadi siaran pertama di Discovery Channel di seluruh Asia Pasifik pada 18 Oktober (10:00 malam, UTC+8). Siri ini dijangka mencapai tontonan kira-kira 3 juta isi rumah di 33 buah negara di seluruh rantau ini. Penonton dapat mengetahui tentang bagaimana penyelidik ITRI telah berusaha untuk membangunkan penyelesaian ringkas, tepat dan cekap ini untuk pengesanan virus COVID-19 dan bagaimana ia dapat membantu dalam memerangi wabak tersebut.

ITRI developed the world’s smallest molecular rapid test system iPMx for COVID-19 screening.
ITRI developed the world’s smallest molecular rapid test system iPMx for COVID-19 screening.

 

Naib Presiden dan Ketua Pengarah Makmal Penyelidikan Teknologi Bioperubatan dan Peranti ITRI, Chii-Wann Lin mengulas bahawa ITRI membangunkan alat uji cepat dan reagen menggunakan teknik pengesanan asid nukleik dalam waktu sesingkat mungkin. "Saya gembira kerana kisah menarik ini dapat disiarkan di Discovery Channel, menjadikan usaha dan pencapaian pasukan dapat dilihat dengan lebih jelas," katanya. Menurut Dr. Lin, dengan reka bentuk yang ringan dan pengesanan yang tepat, iPMx sangat sesuai digunakan di kemudahan perubatan atau pusat pemeriksaan sempadan untuk pemeriksaan yang cepat. Dia berharap impak iPMx dapat diperluaskan ke seluruh dunia, sekali gus memudahkan kerjasama teknologi untuk membantu mereka yang memerlukan dalam usaha membendung virus maut dengan berkesan.

iPMx menggunakan pendekatan qPCR dengan empat ciri utama: (1)Ketepatan Tinggi: Ketepatan melebihi 90%; (2)Sensitiviti Tinggi: Virus dapat dikesan pada tahap awal jangkitan; (3)Ringan: Berat tabung hanya 600 gram, yang 57 kali lebih ringan daripada alat uji tradisional; (4)Kecekapan Tinggi: Hanya memerlukan satu jam untuk menyelesaikan ujian, 1/4 daripada masa yang diperlukan oleh ujian sedia ada.

iPMx mengambil bahagian dalam Ujian Kemahiran Kawalan Kualiti COVID-19 untuk Diagnostik Molekul dan menunjukkan prestasi yang sangat baik dengan memberikan hasil yang tepat untuk semua sampel. Sistem ini telah menerima EUA berkaitan COVID-19 untuk Pembuatan Peranti Perubatan daripada TFDA. Pengeluaran percubaan sebanyak 10 kit dan 10,000 reagen telah siap pada bulan Ogos. Dengan kerjasama yang lebih intensif bersama rakan industri, pengeluaran besar-besaran boleh dijangkakan pada tahun 2021.

Jadual Siaran "Taiwan Revealed: Biomedical Technology"

Taiwan: 18 Oktober, Ahad, 10 malam
Asia Tenggara: 1 November, Ahad, 9:55 malam
Jepun: 25 Oktober, Ahad, 7 malam
India: 24 Oktober, Sabtu, 6 malam
Australia: 1 November, Ahad, 10:55 malam
New Zealand: 1 November, Ahad, 10:15 malam

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20201008/2944005-1?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20201006/2939381-2logo?lang=0

Source: Industrial Technology Research Institute
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries