omniture

TraXasia Merungkai Trend Pelancong S4 2020

TraXasia
2020-10-13 11:00 411

BANGKOK, 13 Okt 2020 /PRNewswire/ -- TraXasia, pakar pengiklanan khusus untuk pelancongan rentas sempadan menawarkan laporan komprehensif dan data mengenai sektor pelancongan yang berkembang pesat dalam sektor ekonomi utama Asia, mendedahkan ramalan tren pelancongan untuk S4 2020.

Pelancongan merupakan pemacu ekonomi yang paling penting di Asia Tenggara, yang turut melonjak dengan peningkatan tren pelancongan antarabangsa sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Pelancongan dijangka berkembang di rantau ini kerana pelancongan jarak dekat menjadi pilihan selamat berikutan pemulihan daripada wabak pandemik global.


Sumbangan 

Hasil Pelancongan

Perbelanjaan Asing

Sumbangan

2019

KDNK

(Unit dalam U$ bn) 

 (Unit dalam U$ bn)

Pelancongan Antarabangsa

Maldives

66.1%

3.3

3.2

96.8%

Macau

72.0%

40.7

37.4

91.9%

Hong Kong

17.6%

65.2

45.4

69.6%

Thailand

21.9%

114.9

73.3

63.8%

Taiwan

4.4%

26.8

15.6

58.3%

Singapura

10.0%

35.5

20.7

58.3%

Kemboja

32.7%

8.5

4.9

57.5%

Korea Selatan

2.8%

46.4

20.5

44.1%

Vietnam

9.1%

23.5

10.3

43.7%

Malaysia

13.3%

49.3

20.6

41.9%

Indonesia

6.1%

66.7

16.2

24.3%

Jepun

7.5%

375.4

44.7

11.9%

India

9.3%

268.3

30.8

11.5%

Filipina

24.6%

86.5

9

10.4%

Tanah Besar China

10.9%

1593.3

132.9

8.3%

Lebih daripada 637 juta pelancong China menggembara semasa cuti Minggu Emas pada awal Oktober, di mana platform tempahan hotel Ctrip mengatakan sektor pelancongan telah pulih antara 70 hingga 80% daripada tahap sebelum pandemik. Ini membayangkan permintaan yang terpendam untuk perjalanan dan kehendak untuk bercuti di luar negara apabila sempadan dibuka semula.

41% pelancong Gen-Z mengatakan bahawa mereka sedia untuk melancong ke luar negara, manakala 51% lagi ingin berbelanja secara besar-besaran semasa lawatan. Menurut Pertubuhan Pelancongan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, China merupakan salah satu penyumbang pelancong asing yang terbesar, merangkumi hampir 1/5 pelancongan antarabangsa dunia. 

Dengan adanya perbincangan antara negara untuk mengaturkan gelembung perjalanan, destinasi pelancongan utama lain yang dijangka menunjukkan pemulihan pada S4 termasuklah:

a)  Vietnam: Ho Chi Minh, Hanoi, Danang

b)  Malaysia: Kuala Lumpur, Penang, Kota Kinabalu

c)  Thailand: Bangkok, Phuket, Chiangmai

Sementara itu, Asia Tenggara juga melihat peningkatan permintaan daripada pelancong Korea Selatan yang merupakan sumber pelancong asing kedua terbesar selepas China. Pelancong Korea Selatan lebih suka gaya perjalanan bebas berbanding lawatan berkumpulan dan amat menggemari aktiviti semula jadi dan santai.

Mengenai TraXasia

TraXasia menyediakan penyelesaian pengiklanan sehenti pelancongan rentas sempadan. Sistem analisis data TraXasia menjana data daripada syarikat penerbangan, pelancong dan kumpulan pembelanja tinggi, yang dapat menyasarkan lebih banyak pelancong baharu secara efektif dan proaktif.

Muat Turun Laporan hari ini!

sales@traxasia.com

www.traxasia.com

Source: TraXasia
Related Links:
Keywords: Travel Survey, Polls & Research