omniture

Empat Projek Perisian Asas Sumber Terbuka Huawei Menerapkan Kuasa Pengkomputeran Terpelbagai ke dalam Setiap Baris Kod

Huawei
2020-10-13 17:20 431

SHANGHAI, 13 Okt. 2020 /PRNewswire/ -- Huawei mengadakan Sidang Kemuncak Perisian Asas Industri Pengkomputeran di Shanghai, yang menunjukkan pencapaian yang dicapai selepas pelancaran projek perisian asas sumber terbuka. Satu ekosistem asas telah diwujudkan berkaitan dengan openEuler, openGauss, openLooKeng dan MindSpore.

Jiang Dayong, Naib Presiden Perniagaan Pengkomputeran Kunpeng Huawei, menyampaikan ucap tama
Jiang Dayong, Naib Presiden Perniagaan Pengkomputeran Kunpeng Huawei, menyampaikan ucap tama

Jiang Dayong memperkenalkan strategi perisian asas Huawei, termasuk inovasi perisian dan perkakasan tindanan penuh, dan juga bagaimana sumber terbuka telah mempercepatkan inovasi untuk memacu industri perisian asas ke depan.

Empat Projek Perisian Asas Memperkasakan Inovasi Komuniti Sumber Terbuka

Walaupun perkakasan memberikan asas kepada kuasa pengkomputeran, perisian asas yang membantu merealisasikan potensi, dan perisian aplikasi yang menghasilkan nilai ketara kepada pengguna akhir. Inovasi akan menjadi bertambah laju apabila kitaran yang baik terbentuk di kalangan vendor perkakasan, vendor perisian asas, vendor perisian aplikasi, pembangun sistem, pembangun perisian dan pengguna.

Perisian sumber terbuka merupakan sebahagian yang penting daripada strategi ekosistem pengkomputeran Huawei. Huawei menghargai perkakasan terbuka, perisian sumber terbuka dan pembolehan rakan niaga. Dengan memimpin inisiatif sumber terbuka, menyumbang dan membolehkan perniagaan rakan niaga, Huawei menyokong ekosistem perisian teknikal dengan inovasi yang berterusan.

Dari segi sumbangan komuniti, Huawei berkedudukan No. 2 di peringkat global dalam keluaran Linux Kernel 5.8 yang terkini. Huawei mengetuai empat projek sumber terbuka: openEuler, openGauss, openLooKeng, dan MindSpore, dan telah menyelesaikan integrasi berterusan dengan lebih daripada 40 komuniti aliran utama. Dengan menyumbang kepada komuniti huluan untuk senario aliran utama, Huawei membolehkan 80% daripada komuniti utama memberikan sokongan natif untuk Kunpeng. Dengan cara ini, pembangun ARM boleh menggunakan komponen sumber terbuka dengan mudah. Semua usaha sebegini membantu meletakkan asas yang kukuh untuk kolaborasi perisian dan perkakasan tindanan penuh.

Perkakasan ialah asas keseluruhan ekosistem dan sistem pengendalian merupakan asas perisian. openEuler secara rasmi menjadi sumber terbuka pada 31 Disember 2019, dan versi Sokongan Jangka Panjang (LTS) dikeluarkan pada Mac 2020. Selepas sembilan bulan beroperasi, komuniti openEuler telah menarik lebih daripada 2000 penyumbang, menubuhkan 70 kumpulan kepentingan khas (SIG), dan melibatkan lebih daripada 60 perusahaan utama di China. Enam vendor sistem pengendalian yang utama di China telah menyertai komuniti tersebut dan mengeluarkan versi komersial.

Versi inovasi, openEuler 20.09, juga akan dikeluarkan secara rasmi pada 30 September 2020. Keluaran tersebut menampilkan 1+8: satu kernel serta lapan projek inovasi, merangkumi pencepatan pelbagai teras, iSula2.0 lightweight VM, bekas natif awan StratoVirt, BiSheng JDK, Compass CI, alat penalaan pintar A-Tune, komputer meja UKUI desktop, kerangka pengkomputeran jitu secGear dan seni bina pengukuran integriti IMA. Seni bina inovatif 1+8 menjadikan openEuler komuniti sumber terbuka yang paling bertenaga.

Pangkalan data ialah inti pati perisian asas dan teras sistem perniagaan pelanggan. Terdapat jurang antara pangkalan data sumber terbuka tradisional dan jangkaan aplikasi perusahaan dari segi prestasi, ketersediaan dan keselamatan.

Huawei openGauss diposisikan sebagai pangkalan data sumber terbuka gred perusahaan. Huawei bekerjasama rapat dengan rakan niaga untuk mengeluarkan versi komersial dengan cepat, memenuhi keperluan pelanggan industri untuk prestasi tinggi, kebolehpercayaan dan tumpuan pada pemprosesan perniagaan. openGauss secara rasmi menjadi sumber terbuka pada 30 Jun 2020, menumpukan pada prestasi yang dioptimumkan untuk Kunpeng. Berdasarkan pelayan 2-soket Kunpeng, openGauss menyampaikan sehingga 1.5 juta tpmC, 50% lebih tinggi daripada produk aliran utama industri. Dalam masa tiga bulan sahaja, enam rakan niaga telah mengeluarkan versi komersial openGauss. Rakan-rakan niaga ini turut membantu memajukan penggunaan komersial openGauss.

openLooKeng bertujuan untuk meningkatkan keupayaan analisis data dengan seringkas-ringkasnya, membolehkan pengguna memanfaatkan data raya dengan kemudahan penggunaan pangkalan data. Huawei akan meneruskan usaha membangunkan enjin paduan, ekosistem yang mantap dan kebolehpercayaan yang tinggi.

openLooKeng 1.0 telah dikeluarkan dalam komuniti pada 23 September 2020. Ia melaksanakan pertanyaan interaktif berprestasi tinggi silang sumber dan silang domain, Mart Data Maya (VDM) dan pertanyaan data paduan tanpa migrasi atau penukaran. Di samping itu, openLooKeng 1.0 menyokong analisis terpelbagai pada enjin paduan, membolehkan analisis interaktif terhadap berbilion rekod data dalam beberapa saat, dan analisis kolaboratif terhadap ratusan bilion rekod data merentasi berbilang pusat data.

Membangunkan Ekosistem Perisian Asas Lengkap, dan Memupuk Bakat untuk Ekosistem

Untuk mempercepatkan pembinaan ekosistem, Huawei akan memberikan pelbagai sokongan, termasuk sokongan pembelajaran, binaan dan kemasukan ke pasaran untuk membantu rakan niaga meningkatkan daya saing perniagaan mereka. Selepas usaha selama setahun, Huawei mempunyai lebih daripada 1000 rakan niaga ISV dan 3000 penyelesaian dalam ruang pengkomputeran.

Rakan niaga dan pembangun merupakan asas ekosistem, dan bakat ialah masa depan ekosistem tersebut. Huawei dan Universiti Tsinghua, secara bersama telah mengeluarkan buku teknikal openEuler dan openGauss untuk menerapkan pengetahuan asas sistem pengendalian dan pangkalan data ke dalam kursus universiti. Pada masa hadapan, Universiti Fudan, Universiti Tongji, Universiti Huazhong, Universiti Sains dan Teknologi, dan 10 universiti lain akan menyediakan kursus yang berkaitan.

Selain itu, kertas putih teknikal versi 20.09 openEuler telah dikeluarkan secara rasmi, yang mendedahkan ciri-ciri baharu dan projek untuk versi 20.09. Program pensijilan openEuler juga akan dilancarkan secara rasmi pada bulan Oktober. 30 sijil daripada kelompok pertama pensijilan HCIA akan dibuka kepada openEuler.

Pada sidang kemuncak tersebut, pakar terkemuka daripada bidang akademik, media dan komersial menyertai Du Junping, Pengurus Besar Perniagaan Sumber Terbuka Awan & AI Huawei, untuk membincangkan hubungan antara sumber terbuka dan perniagaan.

Wu Qingbo, salah seorang daripada tetamu yang ditampilkan, yakin bahawa sumber terbuka dan perniagaan hanya boleh maju dengan lebih jauh lagi jika mereka bekerja dengan satu sama lain. Dalam ruang pendidikan, sumber terbuka ialah cara terbaik – ia menampilkan kebebasan dan kesaksamaan.

Jiang Tao, pengasas CSDN, berkata bahawa perniagaan tidak akan menyekat perkembangan sumber terbuka, tetapi sebaliknya akan meningkatkan sumber terbuka. Perniagaan yang menerima pakai sumber terbuka merupakan sumber terbuka dalam erti kata sebenar.

Pandangan seorang lagi tetamu yang ditampilkan, Han Qing adalah untuk mentakrifkan kejayaan projek sumber terbuka. Langkah pertama adalah untuk menghasilkan nilai, menjana kesan sosial, menemukan nilai tambahan dalam projek sumber terbuka, dan kemudiannya menghasilkan kesan teragregat menerusi penglibatan perniagaan untuk mencapai kejayaan perniagaan.

Du Junping merumuskan bahawa sumber terbuka membolehkan organisasi dan individu menginovasi dan mencipta nilai industri dalam persekitaran yang terbuka, adil, telus dan selamat.

Diinspirasikan oleh pemikiran untuk memupuk ekosistem perisian asas sumber terbuka yang mampan Daripada Semua, Oleh Semua, Untuk Semua, Huawei mengalu-alukan rakan niaga, pembangun dan penggemar untuk menyertai industri pengkomputeran, bekerja bersama-sama untuk membawakan kuasa pengkomputeran terpelbagai kepada ekosistem global untuk kejayaan bersama.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20201010/2945159-1?lang=0

Source: Huawei
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Telecommunications