omniture

AirCUVE Mengeluarkan Pengesahan Dua Faktor dalam Penyelesaian Keselamatan Siber dan Keselamatan WiFi

AirCUVE Inc.
2020-10-14 09:30 458

SEOUL, Korea Selatan, 14 Okt. 2020 /PRNewswire/ -- AirCUVE, syarikat pembangunan perisian keselamatan pengesahan dua faktor yang terkemuka, baru-baru ini mengeluarkan Penyelesaian Pengesahan Dua Faktor, V-FRONT 7, yang dapat memperkuatkan proses pengesahan semasa mengakses sistem. V-FRONT adalah "Mudah Digunakan untuk Pengguna" dan "Mudah Diuruskan untuk Pentadbir". Ia menyediakan menu UI pengurusan tergabung dan token pengesahan dinamik seperti token cap jari, Yubikey, kod QR, token PUSH berasaskan aplikasi, OTP melalui SMS atau e-mel atau OTP mudah alih. Disebabkan oleh wabak, kebanyakan perusahaan memerlukan akses rangkaian yang lebih selamat. Platform baharu ini, V-FRONT 7, akan memanfaatkan pelanggan dengan pengurusan dasar pintar.

Pengesahan WiFi AirCUVE 2FA BYOD di NewYork TimeSquare
Pengesahan WiFi AirCUVE 2FA BYOD di NewYork TimeSquare

AirCUVE mengadakan satu siri webinar maklumat - "Two Steps forward to security via AirCUVE 2FA" (Dua Langkah ke hadapan untuk keselamatan melalui AirCUVE 2FA) yang memperkenalkan Pengesahan sebagai penyelesaian keselamatan siber yang dapat membantu menangani risiko keselamatan siber. Ia bermula pada 15 September, berlangsung sehingga 20 Oktober dan akan mengandungi 6 webinar yang menjemput industri utama perusahaan, bank, sekolah, kerajaan dan hospital.

"AirCUVE akan terus melancarkan penyelesaian 2FA pintar untuk rangkaian berwayar/tanpa wayar, transaksi kewangan, Rangkaian Peribadi Maya (VPN), VDI dan portal web," ujar Naib Presiden Eksekutif GS AHN, AirCUVE. Beliau turut menambah, "AirCUVE sedang mengembangkan perniagaan dalam pasaran Asia Tenggara, Jepun, Timur Tengah dan juga Afrika."

Syarikat bersedia untuk persekitaran perniagaan baharu. Pengesahan identiti dengan ID/Kata laluan sudah tidak selamat untuk dilakukan; Pengesahan 2FA sangat diperlukan.

Tambahan pula, kebanyakan syarikat beralih ke persekitaran rangkaian tanpa wayar. Masalahnya rangkaian WiFi bukanlah begitu selamat. AirCUVE menyediakan platform pengesahan akses rangkaian WiFi tergabung, "AirFRONT", yang merupakan alat pengurusan keselamatan yang sangat efektif.

AirCUVE mengkhusus dalam pengesahan berbilang faktor (MFA) dan membangunkan lebih 1050 rujukan di serata dunia sepanjang 18 tahun lalu. Klien AirCUVE merangkumi perniagaan di Asia, Jepun, Amerika Syarikat, termasuk DBP bank, Security Bank di Filipina, China Trust Bank, Eastern Telecom, Philippine Airlines, Saudara Bank Indonesia, LINE SNS di Japan, LG Display, SK Telco di Korea dan Samsung Semiconductor di Amerika Syarikat dan banyak lagi. Memandangkan permintaan untuk pengesahan dua faktor meningkat setiap tahun, AirCUVE menerajui industri pengesahan ini di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.aircuve.com/wp_aircuve/

 

Source: AirCUVE Inc.
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology Telecommunications New products/services Trade policy Trade show news