omniture

Kawasan Baharu Tianfu Chengdu melancarkan pertandingan mereka cipta logo.

The Chengdu management committee of Sichuan Tianfu New Area
2020-10-14 11:26 190

CHENGDU, China, 14 Okt 2020 /PRNewswire/ -- Kawasan Baharu Tianfu Chengdu merupakan tempat kelahiran konsep pembangunan bandar baharu yang dinamakan "bandar taman", di mana kehidupan orang ramai, pembinaan bandar, persekitaran dan pembangunan industri adalah seimbang.

Kawasan Baharu Tianfu Chengdu merupakan tempat kelahiran konsep pembangunan bandar baharu yang dinamakan "bandar taman", di mana kehidupan orang ramai, pembinaan bandar, persekitaran dan pembangunan industri adalah seimbang.
Kawasan Baharu Tianfu Chengdu merupakan tempat kelahiran konsep pembangunan bandar baharu yang dinamakan "bandar taman", di mana kehidupan orang ramai, pembinaan bandar, persekitaran dan pembangunan industri adalah seimbang.

Jawatankuasa pengurusan Chengdu bagi Kawasan Baharu Tianfu Sichuan, iaitu kawasan pembangunan peringkat kebangsaan ke-11, melancarkan pertandingan reka cipta pada 9 Okt untuk memperoleh reka bentuk logo mereka daripada pereka global.

Hadiah utama pertandingan tersebut ialah 100,000 yuan ($14,940).

Kawasan yang di bawah tadbir urus jawatankuasa pengurusan Chengdu bagi Kawasan Baharu Tianfu Sichuan atau Kawasan Baharu Tianfu Chengdu, meliputi kawasan seluas 564 kilometer persegi. Ia merupakan tempat kelahiran konsep pembangunan bandar baharu yang dinamakan "bandar taman", di mana kehidupan orang ramai, pembinaan bandar, persekitaran dan pembangunan industri adalah seimbang.

Semenjak penciptaan konsep bandar taman pada 2018, Kawasan Baharu Tianfu Chengdu telah berusaha untuk mengintegrasikan pendekatan baharu ke dalam perancangan bandar, pembinaan dan pembangunan industri mereka untuk menyediakan model pembangunan bandar global yang lestari.

Penyertaan untuk peraduan reka cipta tersebut perlu menyerlahkan identiti Kawasan Baharu Tianfu Chengdu sebagai sebuah bandar taman dan menampilkan persekitaran semula jadinya yang indah, pencapaian dalam pembinaan bandar dan pembangunan industri, menurut penganjur. Reka bentuk tersebut juga perlu menunjukkan bagaimana kawasan tersebut telah meningkatkan kualiti hidup penduduknya.

Pertandingan tersebut tidak terhad kepada institusi sahaja: pereka profesional, guru sekolah seni, pelajar seni dan peminat reka bentuk semuanya dialu-alukan untuk menyertai.

Tarikh akhir untuk mengemukakan penyertaan adalah 28 Okt. Senarai pemenang akan diumumkan di laman web rasmi dan akaun WeChat Kawasan Baharu Tianfu Chengdu pada 27 Nov.

Sepuluh anugerah akan diberikan pada akhir pertandingan, termasuk anugerah ketua pegawai visual, anugerah kreatif terbaik dan anugerah pilihan penonton. Hadiah wang tunai akan diberikan, antara 2,000 yuan hingga 100,000 yuan.

Pertandingan tersebut mendapat sokongan banyak institusi pendidikan tinggi, termasuk Central Academy of Fine Arts, Guangzhou Academy of Fine Arts, Universiti Sichuan, Universiti Shanghai Jiao Tong dan Akademi Seni dan Reka Bentuk Universiti Tsinghua.

Source: The Chengdu management committee of Sichuan Tianfu New Area
Keywords: Construction/Building