omniture

Honeywell Melancarkan Penyelesaian Untuk Membantu Meningkatkan Kesihatan Bangunan dan Meyakinkan Penghuni

Honeywell
2020-10-15 02:41 258

KUALA LUMPUR, Malaysia, 15 Okt. 2020 /PRNewswire/ --Honeywell (NYSE: HON) baru-baru ini melancarkan satu set penyelesaian bersepadu untuk membantu pemilik bangunan meningkatkan kesihatan persekitaran bangunan mereka, beroperasi dengan lebih bersih dan selamat, mematuhi dasar penjarakan sosial dan membantu meyakinkan penghuni bahawa kini lebih selamat untuk kembali ke tempat kerja. Dengan mengintegrasikan teknologi kualiti udara, keselamatan dan perlindungan bersama dengan analisis canggih, penyelesaian Healthy Buildings Honeywell direka untuk membantu pemilik bangunan meminimumkan potensi risiko pencemaran dan mewujudkan kesinambungan perniagaan dengan memantau persekitaran bangunan dan juga tingkah laku penghuni bangunan.

Skor #HealthyBuildings Honeywell terdiri daripada metrik kesihatan bangunan utama dalam paparan ringkas pada papan pemuka. Ia memberikan makluman masa nyata kepada pemilik dan pengendali bangunan agar mereka boleh menangani isu ketakpatuhan atau menguruskan insiden berkaitan jangkitan dengan cepat.
Skor #HealthyBuildings Honeywell terdiri daripada metrik kesihatan bangunan utama dalam paparan ringkas pada papan pemuka. Ia memberikan makluman masa nyata kepada pemilik dan pengendali bangunan agar mereka boleh menangani isu ketakpatuhan atau menguruskan insiden berkaitan jangkitan dengan cepat.

Penyelesaian baharu Honeywell memberikan lebih kawalan kepada pemilik bangunan terhadap faktor kritikal kesihatan, keselamatan dan perlindungan untuk menggalakkan pematuhan berterusan terhadap perubahan piawaian bangunan, garis panduan keselamatan, peraturan yang dikeluarkan oleh kerajaan dan dasar pengurusan risiko syarikat. Penyelesaian inovatif ini juga memberikan ketelusan tentang status kesihatan bangunan kepada penghuninya.

"Kita semua berdepan dengan normal baharu – termasuk cara bangunan diuruskan. Sebagai peneraju dalam transformasi digital IIoT, Honeywell komited untuk menyokong pembangunan ASEAN dengan menyediakan penyelesaian yang sesuai untuk cabaran-cabaran utamanya, yang paling utama antaranya, bekerjasama dengan pelanggan kami di pasaran untuk menyokong kesejahteraan mereka sebagai pemilik bangunan, pengendali dan penyewa untuk kembali bekerja dengan selamat," ujar Norm Gilsdorf, Presiden Honeywell, ASEAN.

Sharad Yadav, Naib Presiden dan Pengurus Besar Honeywell Building Technologies ASEAN, berkata, "Honeywell telah membangunkan penyelesaian berasaskan hasil yang membolehkan pemilik bangunan menangani secara telus cara untuk mereka mengehadkan kemungkinan pencemaran silang sambil menyokong keperluan kesinambungan perniagaan mereka dalam persekitaran yang tidak menentu. Kami memberi mereka data yang mereka perlukan untuk memberi jaminan dengan yakin kepada pekerja mereka untuk mempercepatkan operasi perniagaan mereka."

Sharad menambah: "Kembali ke tempat kerja tidak akan sama seperti biasa. Penghuni akan memerlukan maklumat yang boleh dipercayai dan peningkatan kebolehlihatan tentang cara teknologi bangunan melindungi kesejahteraan mereka dan apa yang telah dilakukan untuk membantu menjadikan bangunan yang mereka masuki lebih selamat. Bangunan sihat bukan sekadar kecekapan tenaga, malah juga untuk meningkatkan kesejahteraan, keselesaan, keyakinan dan produktiviti orang yang menggunakannya."

Penyelesaian Healthy Buildings Honeywell merupakan sebahagian daripada usaha komprehensif oleh syarikat untuk membangunkan penyelesaian dengan cepat bagi membantu memulihkan sektor-sektor penting ekonomi global. Penyelesaian Healthy Buildings Honeywell memberikan pandangan holistik tentang kesihatan bangunan berdasarkan faktor-faktor penting seperti analisis kualiti udara dalaman, aliran penghuni, peralatan perlindungan diri (PPE), saringan terma, penjarakan sosial dan akses tanpa geseran.

Analisis Skor #HealthyBuildings Honeywell yang baharu memberikan makluman masa nyata kepada pemilik dan pengendali bangunan agar mereka boleh menangani isu ketakpatuhan atau menguruskan insiden berkaitan jangkitan dengan cepat. Skor #HealthyBuildings terdiri daripada metrik kesihatan bangunan utama yang boleh diberikan kepada penghuni dalam paparan ringkas pada papan pemuka. Hasil keputusan Healthy Buildings dikuasakan oleh Honeywell Forge dan dipantau melalui skor #HealthyBuildings.

Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang penyelesaian #HealthyBuildings Honeywell.

Mengenai Honeywell

Honeywell ialah sebuah syarikat teknologi Fortune 100 yang memberikan penyelesaian khusus untuk industri, termasuk produk dan perkhidmatan aeroangkasa; teknologi kawalan untuk bangunan dan industri; dan bahan prestasi di seluruh dunia. Teknologi kami membantu pesawat, bangunan, kilang pengeluaran, rantaian bekalan dan pekerja menjadi lebih terhubung untuk menjadikan dunia kita lebih pintar, selamat dan lebih mampan. Untuk berita dan maklumat mengenai Honeywell, layari www.honeywell.com/newsroom

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20201009/2945300-1?lang=0

Source: Honeywell
Related Stocks:
NYSE:HON
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Workforce Management/Human Resources New products/services