omniture

SHAREit memperkukuhkan pasukan global dengan pelantikan Piyush Bhatia sebagai Naib Presiden, Asia-Pasifik

Encik Bhatia menyertai SHAREit setelah 14 tahun memegang jawatan kepemimpinan bersama jenama seperti Eros International, Viacom18 dan Star India
SHAREit
2020-10-15 11:59 327

JAKARTA, Indonesia, 15 Oktober 2020 /PRNewswire/ -- SHAREit, aplikasi penemuan, penggunaan dan perkongsian kandungan global, mengumumkan pelantikan Encik Piyush Bhatia sebagai Naib Presiden, Strategi dan Pemerolehan Kandungan Global. Langkah ini dilakukan di tengah-tengah tempoh kejayaan cemerlang untuk industri hiburan digital. Dengan sasaran ingin menjadi destinasi teratas untuk kandungan global, Piyush akan terlibat dalam mengenal pasti dan memanfaatkan perkongsian kandungan yang bermakna terutamanya di rantau Asia Tenggara dan akan membantu menentukan jalan ke hadapan untuk SHAREit dengan merancang strategi kandungannya. 

Piyush Bhatia
Piyush Bhatia

Sebagai veteran sejati dalam industri ini, Piyush mempunyai pengalaman selama 14 tahun dalam sektor Media dan Hiburan dan memiliki diploma lepasan ijazah dalam Kewartawanan Radio dan TV daripada Institut Komunikasi Massa India, New Delhi. Selama bertahun-tahun, beliau telah memegang jawatan penting untuk jenama terkenal seperti Eros International, Times Network, Viacom18 dan Star India (Sekarang The Walt Disney Company India) dan telah memudahkan pelancaran saluran seperti Star World Premiere HD dan Colors Infinity.

Mengulas tentang pelantikan ini, Karam Malhotra, Naib Presiden Rakan Kongsi & Global, SHAREit berkata, "Ini merupakan satu langkah besar untuk SHAREit dan kami sangat gembira apabila Piyush menjadi sebahagian daripada SHAREit. Arus semasa menawarkan peluang besar dalam hal hiburan digital dan penggunaan kandungan. Dengan pengalaman luar biasa Piyush, kami pasti bahawa masa-masa akan datang yang menyeronokkan sedang menanti SHAREit. Bersama-sama kami akan berusaha mencapai matlamat bersama untuk menjadikan SHAREit sebagai platform kandungan pilihan di seluruh dunia"

"Saya benar-benar menantikan tempoh bekerja yang panjang dan mencabar dengan SHAREit. Dengan jenis kemampuan yang ditawarkan oleh SHAREit, ditambah dengan cita-cita tinggi kepemimpinan, kami menantikan masa yang sangat menarik untuk aplikasi ini. Melangkah ke hadapan, kami akan berusaha untuk menjadi pemain kandungan utama, aplikasi yang dicari untuk mendapatkan bakat terbaik, dengan pengguna dan rakan kongsi paling ramai di seluruh dunia." kata, Piyush Bhatia, Naib Presiden, Asia-Pasifik.

***

Tentang SHAREit:

SHAREit merupakan sebuah syarikat teknologi global yang menyediakan fungsi penemuan, penggunaan dan perkongsian kandungan kepada penggunanya. Menurut AppAnnie, aplikasi SHAREit adalah aplikasi ke-6 yang paling banyak dimuat turun pada tahun 2019 di Apple App Store Apple dan Google Play Store. Terdapat lebih daripada 1.8 bilion pengguna di seluruh dunia, Pengguna Aktif Bulanan (Monthly Active Users atau MAU) SHAREit telah melebihi 500 juta pengguna dan beroperasi dalam 45 bahasa yang berbeza. 

Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20201014/2947732-1?lang=0

 

Source: SHAREit
Keywords: Computer/Electronics Personnel announcements