omniture

ZTE memenangi dua anugerah di Layer123 World Congress 2020

ZTE Corporation
2020-10-15 15:48 3562

SHENZHEN, China, 15 Oktober 2020 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia penyelesaian teknologi telekomunikasi, perusahaan dan pengguna utama antarabangsa untuk Internet Mudah Alih, hari ini telah memenangi dua anugerah, secara khusus, Produk Pinggir Baru Muncul untuk produk MEC Senario Penuh Pinggir Biasa (Common Edge Full-Scenario MEC), dan Inovasi Perkhidmatan Baharu untuk perkhidmatan pemanduan jarak jauh di Layer123 World Congress 2020.

Produk MEC (Pengkomputeran Pinggir Pelbagai Perkhidmatan) Senario Penuh Pinggir Biasa (Common Edge Full-Scenario) ZTE membantu syarikat telekomunikasi mencapai penggunaan sehenti, penyediaan layan diri dan O&M yang dipermudahkan, dengan itu memperkasakan pengkomputeran pinggir terkini di mana sahaja.

Untuk bilik peralatan akses, produk ini menggunakan BBU dan OLT berasaskan IT pertama industri, dan menyediakan MEC dengan pengkomputeran, penyimpanan dan sumber rangkaian melalui papan tertanam, memenuhi keperluan kependaman ultra-rendah hujung-ke-hujung pengguna. Tambahan pula, produk ini menonjol dengan rangkaian rak tunggal dan jejak sifar.

Untuk bilik peralatan pinggir dan kampus perusahaan, produk ini menyediakan pelayan MEC semua-dalam-satu dan kabinet MEC semua-dalam-satu. Perisian dan perkakasan telah pra-bersepadu di kilang untuk penghantaran di luar kotak dan penyelenggaraan sifar di pinggir. Produk ini menawarkan pilihan lokasi yang fleksibel, penggunaan yang cepat dan O&M yang dipermudahkan.

Untuk bilik peralatan teras di bandar, MEC digunakan dalam bentuk 'cloudification' IT. Enjin dwi-teras OpenStack dan Kubernetes disepadukan sepenuhnya untuk menyediakan perkhidmatan MEC dengan pelbagai sumber. Lebih-lebih lagi, ZTE telah memperkenalkan teknologi Cloud Native kepada MEC dan aplikasi pihak ketiga. Oleh itu, aplikasi Internet yang ada dapat dipindahkan ke MEC dengan lancar untuk menyediakan perkhidmatan awan awam dengan kependaman ultra-rendah.

Sebagai tambahan, ZTE telah bekerjasama dengan China Unicom dan Zhongtong Bus untuk membangunkan perkhidmatan pemanduan jarak jauh yang memenangi anugerah. Ia merupakan perkhidmatan Penumpuan Mudah Alih Tetap (Fixed-Mobile Convergence atau FMC) pertama dalam industri yang membolehkan pemanduan jarak jauh 5G tahap milisaat hujung-ke-hujung.

ZTE dan cawangan Shandong dari China Unicom menggunakan teknologi 5G dan Rangkaian Optik Pasif (PON) secara inovatif untuk membina rangkaian lebar jalur yang tinggi dan kependaman rendah berasaskan FMC.

Selain itu, mereka telah menggunakan fungsi MEC di Terminal Talian Optik (OLT) di Pejabat Akses (AO) untuk mencapai penghantaran tempatan aliran data perkhidmatan dan meminimumkan kependaman pada laluan perkhidmatan.

Kelewatan angkut balik video masa sebenar kenderaan dan kelewatan komunikasi antara sistem elektrik kawalan kenderaan dan pusat kawalan dikurangkan dari 30ms kepada beberapa milisaat, memenuhi keperluan-keperluan sistem pengangkutan pintar untuk penangguhan transmisi sub-10ms.

Tambahan pula, penyelesaian inovatif ZTE yang membina aplikasi MEC ke dalam OLT, boleh merealisasikan fungsi MEC semasa menyimpan sumber AO, mengelakkan pembinaan semula AO yang rumit dan memudahkan penggunaan rangkaian.

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi maju, peranti bergerak dan penyelesaian teknologi perusahaan kepada pengguna, pengendali, syarikat dan pelanggan sektor awam. Syarikat ini komited dalam menyediakan pelanggan dengan inovasi hujung-ke-hujung bersepadu untuk memberikan kecemerlangan dan nilai apabila sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bergabung. Tersenarai di bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H-Share: 0763.HK / Kod saham A-Share: 000063.SZ), ZTE menjual produk dan perkhidmatannya di lebih daripada 160 buah negara.

Hubungan Media:
Margaret Ma
ZTE Corporation
Tel: +86 755 26775189
E-mel: ma.gaili@zte.com.cn 

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Awards