omniture

Xinhua Silk Road: Quanzhou China berusaha untuk mempromosikan pembinaan zon rintis Laluan Sutera Maritim Abad ke-21

Xinhua Silk Road
2020-10-16 03:34 816

BEIJING, 16 Okt. 2020 /PRNewswire/ -- Quanzhou, yang terletak di tenggara Wilayah Fujian, China telah berusaha untuk mempromosikan pembinaan zon rintis Laluan Sutera Maritim Abad ke-21 di bawah Inisiatif Jalur dan Jalan (Belt and Road Initiative, BRI) negara.

Twin Stone Pagodas at Kaiyuan Temple in Quanzhou of Fujian Province
Twin Stone Pagodas at Kaiyuan Temple in Quanzhou of Fujian Province

Quanzhou berperanan sebagai titik permulaan penting Laluan Sutera Maritim purba tersebut. Semenjak BRI dicadangkan oleh China pada 2013, Quanzhou telah berusaha untuk merebut peluang bersejarah itu.

Quanzhou mempunyai kelebihan dari semua segi dalam membina zon rintis. Ia mempunyai warisan budaya yang kaya, asas ekonomi yang kukuh, sumber China yang kaya di luar negara, potensi yang baik dalam pelabuhan dan bakat keusahawanan.

Pada 2019, KDNK Quanzhou mencecah sehingga 994.666 bilion yuan, menduduki tempat pertama di wilayah tersebut selama 21 tahun berturut-turut.

Sepanjang lima tahun lalu, Quanzhou telah mempercepatkan pembinaan zon rintis Laluan Sutera Maritim Abad ke-21, memainkan peranan utama dalam pertukaran budaya, mempererat kerjasama ekonomi dan perdagangan antarabangsa, mengukuhkan kesalinghubungan di kalangan semua negara yang menyertai Laluan Sutera Maritim Abad ke-21 dan komited kepada program pertukaran orang dengan orang (people-to-people).

Statistik menunjukkan bahawa jumlah volum muatan di antara Quanzhou dan negara-negara yang menyertai Laluan Sutera Maritim Abad ke-21 mencapai 2.381 juta tan pada 2019, dengan jumlah truput kontena mencecah 43,800 TEU.

Quanzhou menganjurkan persidangan promosi kerja utama 2020 untuk pembinaan bersama BRI dari 10 hingga 11 September. Pegawai daripada Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Fujian membuat kenyataan dan bertukar-tukar pandangan tentang mempromosikan pembinaan BRI setempat.

Dalam fasa seterusnya, Quanzhou akan giat diintegrasikan ke dalam BRI dan mengukuhkan kedudukan Fujian sebagai kawasan teras Laluan Sutera Maritim Abad ke-21. Ia akan membuat usaha dalam membangunkan projek, memperluas pasaran antarabangsa, mempertingkatkan pertukaran budaya global, mencegah risiko yang dihadapi oleh perusahaan yang "keluar", dan meningkatkan pengaruh antarabangsa, dalam usaha berterusannya untuk meningkatkan keupayaannya memperuntukkan modal antarabangsa, maklumat dan bakat, dan membangunkan ia menjadi saluran komprehensif di sepanjang Laluan Sutera Maritim Abad ke-21

Khususnya, Quanzhou akan berusaha untuk menjadikan ia pelabuhan hab antarabangsa, yang menggalakkan kerjasama kapasiti antarabangsa dalam industri baru muncul dengan negara-negara dan wilayah yang menyertai Laluan Sutera Maritim Abad ke-21, yang memudahkan pertukaran budaya dan pembelajaran bersama, dan meningkatkan lagi perbincangan ekonomi dan perdagangan.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/316675.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Banking/Financial Service Construction/Building