omniture

Cosentino Melancarkan Siri Terbaru Melalui Jenama Kuarza, Silestone Loft

Siri jenama yang diilhamkan dengan konsep industri kali pertamanya diperkenalkan dengan teknologi baru, HybriQ+
Cosentino Malaysia
2020-10-19 15:51 499

KUALA LUMPUR, Malaysia, 19 Oktober, 2020 /PRNewswire/ -- Pengeluar dan pengedar rekaan kemasan batu dan jubin dunia, Cosentino melancarkan koleksi terbaru mereka, Silestone® Loft yang mempunyai ciri lebih tahan lasak serta kalis kotoran dan asid selain tahan kejutan dan lelasan.

Silestone® Nolita is a New York inspired creation.
Silestone® Nolita is a New York inspired creation.

Ia menjadikannya sebagai produk yang mempunyai ketahanan dan jangka hayat luar biasa serta mudah dijaga oleh setiap pengguna.

Siri Silestone® Loft ini mewakili lima ciri di lima lokasi kejiranan ikonik yang mempunyai latar belakang sejarah serta nilai estetik di beberapa jalan, bangunan serta penggunaan perabot urban dan hiasan dalaman tersendiri:

Silestone® Camden diinspirasikan daripada salah satu kawasan kejiranan paling berpengaruh di London. Warna kelabu simen bersifat serba boleh dan mudah disesuaikan dengan apa saja hiasan yang ingin digunakan.

Silestone® Poblenou diinspirasikan daripada lokasi yang menjadi pusat revolusi industri di Barcelona. Bayangan warna kelabu lembut di bahagian permukaan dan latar belakang perang muda mampu membangkitkan tona cerah serta memberi keselesaan di ruang berkenaan.

Silestone® Seaport mengingatkan kita mengenai sebuah daerah kecil di tepi laut yang terletak di tenggara Manhattan. Silestone® Seaport mempunyai ciri yang hampir sama dengan tona gelap dan simen pudar namun adunan bayangan warna putih amat sesuai dengan latar belakangnya.

Silestone® Nolita adalah sebuah lagi rekaan yang mendapat ilham dari New York. Menerusi konsep industri dan dingin, Nolita diadun menggunakan warna putih dan kelabu lembut sekali gus menjadikannya kelihatan elegan serta tidak mempunyai kontras warna yang kuat.

Silestone® Corktown pula diinspirasikan daripada cahaya dan bayangan di kawasan kejiranan di Detroit. Latar belakangnya yang gelap diadun dengan sempurna sekali dengan sentuhan warna perang dan kemasannya.

Salah satu daripada ciri-ciri penting Silestone® Loft ialah buat kali pertamanya ia direka secara inovatif dan secara eksklusifnya menggunakan teknologi HybriQ+. Teknologi ini adalah hasil daripada penggunaan semula kaca kitar semula yang digunakan dalam pengeluaran Silestone® Loft tanpa mengabaikan kualiti Silestone® termasuk tempoh waranti selama 25 tahun.

Selain itu, proses pengeluaran produk Cosentino dilakukan dengan menggunakan 98 peratus air kitar semula dan 100 peratus tenaga boleh diperbaharui.

Pengenalan mineral baru dan bahan kitar semula membolehkan Cosentino menghasilkan rekaan dengan sentuhan terbaru dalam kemasan Silestone® dan akan diperkenalkan dengan lebih progresif lagi menerusi warna Silestone® dengan teknologi HybriQ+pada masa akan datang.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20201019/2953294-1?lang=0

Source: Cosentino Malaysia
Keywords: Construction/Building Home Improvement Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services