TAIPEI, 19 Oktober 2020 /PRNewswire/ -- Asia Super Team muncul lagi. Tahun 2020 merupakan tahun ketujuh berturut-turut kerajaan Taiwan menjadi tuan rumah pertandingan antarabangsa bersama dengan "Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Negeri Taiwan", "TAITRA". Tahun ini, dengan tema Menggapai Bintang (Reach for the Stars), bersama pasukan finalis korporat yang terdiri daripada 4 orang ahli -- dari Jepun, Vietnam, Indonesia, Malaysia, Korea Selatan, Singapura, Thailand dan Filipina - yang telah layak untuk pertandingan akhir pada bulan November.
Lapan pasukan sudah bersiap sedia menyahut cabaran untuk merangkul gelaran Asia Super Team. Disebabkan COVID-19, ini merupakan kali pertama pertandingan ini akan diadakan sepenuhnya secara dalam talian, jadi pasukan boleh merasai pengalaman Taiwan dari keselesaan dan keselamatan persekitaran mereka sendiri. Pasukan juara akan memenangi pakej perjalanan insentif ke Taiwan bernilai US$50,000 untuk syarikat mereka.
Pastikan anda mengikuti berita dan perkembangan terkini di halaman peminat rasmi MEET TAIWAN. Termasuk menyertai cabutan bertuah untuk satu tiket pergi balik ke Taiwan dengan membuat satu undian. Untuk menyokong pasukan St Nivel Tour Sdn Bhd dari Malaysia, log masuk ke laman web rasmi pada 9-15 November untuk membuat undian anda. Jangan ketinggalan.
Terdapat lebih daripada seribu permohonan untuk pertandingan Asia Super Team daripada ahli perniagaan di Malaysia. Tahniah kepada St Nivel Tour Sdn Bhd kerana mara ke pusingan akhir peringkat kedua.
Finalis Asia Super Team:
Untuk maklumat lanjut tentang Asia Super Team, sila semak asiasuperteam.meettaiwan.com