omniture

Minggu Fesyen Asean-Republik Korea 2020 dibuka di Busan

Busan Economic Promotion Agency
2020-10-20 11:00 561

BUSAN, Korea Selatan, 20 Okt. 2020 /PRNewswire/ -- 'Minggu Fesyen Asean-Republik Korea 2020 (AKFW)' akan diadakan di F1963 Sooyoung-gu, Busan, dari 29-31 Okt. tanpa penonton. Acara tersebut akan disiarkan secara langsung dari 11 AM hingga 5:30 PM (waktu tempatan di Korea) selama tiga hari di saluran YouTube rasminya (https://www.youtube.com/channel/UCRyjrKbjLdfgW0sl3D_5EWw) dan laman web (akfw.or.kr).

AKFW/Agensi Penggalakan Ekonomi Busan
AKFW/Agensi Penggalakan Ekonomi Busan

AKFW ialah acara berskala besar seperti 'Pret-a-Porter Busan' dan dianjurkan oleh kerajaan bandar Busan dan Agensi Penggalakan Ekonomi Busan. Acara tersebut berharap untuk mempromosikan industri fesyen di Korea dan rantau Asean. Acara tersebut telah diperluaskan untuk merangkumi rantau ASEAN selepas Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Republik KOREA tahun lalu yang diadakan di Busan. Tahun ini, acara tersebut akan diadakan dalam format 'on-tact' tanpa sebarang penonton sebagai langkah berjaga-jaga terhadap wabak COVID-19.

Program utama termasuk 'Pertunjukan Fesyen Korea-ASEAN' dengan 24 pereka fesyen terkemuka dari 10 negara di ASEAN, 'Pertunjukan Fesyen Festival Fesyen Kolej' Korea dengan pelajar rekaan fesyen dari 8 universiti di Busan dan forum Digital untuk membangunkan industri fesyen ASEAN (31hb).

Acara forum yang baru diwujudkan itu akan memfokus pada topik "Era pasca-korona, strategi pencegahan untuk bertindak balas kepada perubahan dalam industri fesyen"; forum tersebut dijangka akan memudahkan perangkaian berterusan antara Korea dan ASEAN dalam menghadapi cabaran yang berpunca daripada COVID-19.

Terdapat juga acara untuk rakyat Korea dan negara-negara ASEAN. Pelanggan dan pelawat Youtube ke laman web rasmi boleh menerima satu hadiah kecil dengan mencipta akaun laman web rasmi atau mengambil bahagian dalam sembang langsung. Sila lihat butiran di akfw.or.kr.

"Kami bercadang untuk meminimumkan staf di studio dan melakukan usaha kami yang terbaik untuk mengambil langkah berjaga-jaga terhadap COVID 19. Sila hantarkan sokongan anda untuk AKFW, sebuah acara fesyen yang akan menerajui era baharu dengan memecah rangka kerja tradisi pertunjukan fesyen", ujar Mr. Kim, pengurus Agensi Penggalakan Ekonomi Busan.

Source: Busan Economic Promotion Agency
Keywords: Household/Consumer/Cosmetics