omniture

Vault Thought Machine dipilih untuk meningkatkan keupayaan Curve Credit: satu era baharu dalam pinjaman dan pembiayaan secara bertanggungjawab

Thought Machine
2020-10-20 17:05 232
  • Vault akan membekalkan sistem teras dan pinjaman, yang membolehkan pengguna Curve mengagihkan pembayaran secara ansuran
  • Curve yang bank-agnostik memberikan penggunanya akses kepada kredit fleksibel dengan terma yang lebih adil

LONDON, 20 Okt. 2020 /PRNewswire/ -- Thought Machine, syarikat teknologi perbankan teras natif awan, hari ini mengumumkan bahawa ia telah dipilih oleh Curve untuk memperkasakan penawaran kredit dan pinjaman baharu mereka, Curve Credit. Curve Credit ialah produk pelopor baharu dari platform perbankan Curve yang membolehkan pelanggan membayar pembelian secara ansuran. Produk perintis tersebut dilancar berdasarkan prinsip pinjaman dan pembiayaan bertanggungjawab.

Menggabungkan keringkasan pengalaman pengguna Curve dengan teknologi teras canggih Thought Machine, Curve Credit membolehkan penggunanya mengagihkan pembayaran untuk tempoh tiga, enam atau sembilan bulan, yang menawarkan kredit dengan terma yang lebih adil. Kredit boleh dimohon secara retrospektif dan juga prospektif -- menggunakan platform teras Thought Machine dan teknologi unik 'Go Back in Time' Curve.

Tambahan pula, Curve Credit akan meningkatkan skor kredit pelanggan dengan menggunakan sejarah transaksi mereka di pelbagai akaun bank, yang bertujuan untuk memberikan lebih ketelusan dan fleksibiliti kepada pelanggan dalam keputusan peminjaman yang mereka buat.

Curve akan memanfaatkan sepenuhnya sistem pembangunan produk Smart Contracts Vault untuk menyampaikan fungsi ini untuk produk "live". Pasukan Curve, seperti semua pelanggan Thought Machine, akan mempunyai keupayaan untuk membangunkan produk kewangan yang mereka inginkan dengan menulisnya sebagai kod dalam antara muka Smart Contracts.

Vault telah dipilih oleh Curve Credit sebagai penawaran SaaS untuk meningkatkan keupayaan fungsi baharu ini. Vault SaaS menawarkan semua ciri Vault dan boleh menyokong bank dalam semua saiz dan penskalaan mengikut keperluan.

Diasaskan pada 2014 oleh bekas jurutera Google Paul Taylor, Vault membolehkan bank dan fintech mencapai tahap kefungsian yang lebih tinggi, bebas daripada kekangan teknologi legasi, dan dibangunkan secara natif untuk awan. Thought Machine telah menjadi rakan teknologi perbankan teras pilihan untuk bank peringkat satu, bank neo dan fintech di seluruh dunia. Thought Machine menyenaraikan Lloyds Banking Group, Standard Chartered, Atom bank, Monese dan SEB sebagai pelanggan mereka.

Paul Taylor, CEO Thought Machine, mengulas: "Organisasi perkhidmatan kewangan yang tiada tandingannya, merupakan organisasi yang menerima pakai teknologi moden, natif awan seperti Curve. Kami teruja untuk bekerja bersama-sama dengan Shachar, Paul dan pasukan Curve, untuk membawakan cadangan yang belum pernah dilihat ini ke pasaran. Pasukan kami berkongsi minat untuk membangunkan produk yang direka bentuk secara pakar yang memberi pilihan dan fleksibiliti kepada pelanggan kami dalam menguruskan kewangan mereka, dan melakukannya dengan cara yang bermakna."

Paul Harrald, Ketua Curve Credit, mengulas: "Kami teruja dengan pelancaran Curve Credit dengan teknologi perbankan teras Thought Machine, yang tiada tandingannya dalam pasaran. Thought Machine ialah satu-satunya teknologi yang membolehkan kami menyampaikan fleksibiliti dan kebolehurusan yang kami inginkan untuk pelanggan kami. Prinsip Curve Credit adalah berkenaan pinjaman secara bertanggungjawab dan pembiayaan secara bertanggungjawab. Bersama dengan Curve OS, dinamik 3 cara ini akan dapat memberikan setiap pelanggan terma yang paling jelas mungkin menerusi produk dan pengalaman yang ringkas dan indah."

Mengenai Thought Machine

Thought Machine ditubuhkan pada 2014 dengan misi untuk membolehkan bank melaksanakan sistem moden dan berpindah daripada platform IT legasi yang mengganggu industri perbankan. Kami melakukan ini melalui platform perbankan teras natif awan kami, Vault. Sistem generasi akan datang ini telah dihasilkan daripada asas sebagai sebuah platform natif awan sepenuhnya. Ia tidak mengandungi walau satu baris kod yang legasi atau pra-awan.

Diasaskan oleh usahawan Paul Taylor, pelanggan Thought Machine termasuklah Lloyds Banking Group, SEB, Standard Chartered dan Atom bank. Kami kini mempunyai sebuah pasukan yang terdiri daripada lebih 400 orang di pejabat-pejabat di London dan Singapura dan telah mengumpul lebih daripada 110 juta Paun dana pembiayaan daripada Eurazeo Growth, Draper Esprit, SEB, British Patient Capital, IQ Capital, Playfair Capital, Lloyds Banking Group dan Backed. Untuk maklumat lanjut, layari thoughtmachine.net

Mengenai Curve

Curve ialah platform perbankan teratas, yang menggabungkan semua kad dan akaun anda ke dalam satu kad pintar dan aplikasi yang lebih pintar. Curve menawarkan pelbagai faedah kepada pelanggannya; ia menjadikan semua kad anda tidak dikenakan fi apabila berbelanja di luar negara, anda mendapat pemberitahuan segera dan pengkategorian perbelanjaan, anda boleh mendapat 1% pulangan tunai di Amazon, Uber, Netflix and Sainsbury's dan Time Travel yang membolehkan pelanggan menukar perbelanjaan kepada kad lain dalam aplikasi tersebut sehingga dua minggu selepas pembelian tersebut dibuat.

Hubungan media

Pamela Sumayao, Pengurus Pemasaran (APAC)
pamela@thoughtmachine.net
+65-8288-7510

Asif Faruque
Ketua Komunikasi
asif@thoughtmachine.net

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20201015/2950622-1LOGO?lang=0

Source: Thought Machine
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Licensing/marketing agreements