omniture

Doctor Anywhere melancarkan perkhidmatan konsultasi kesihatan mental dalam talian di rantau ini

Doctor Anywhere
2020-10-22 10:00 209

KUALA LUMPUR, Malaysia, 22 Oktober 2020 /PRNewswire/ -- Doctor Anywhere, penyedia penjagaan kesihatan omni-saluran didayakan teknologi yang beroperasi di Asia Tenggara, melancarkan perkhidmatan konsultasi video kesihatan mental dalam talian. Ini merupakan tambahan kepada rangkaian perkhidmatan tele-kesihatan lain termasuk konsultasi doktor dengan penghantaran ubat, konsultasi pakar, dan banyak lagi.

Pengguna boleh bercakap dengan ahli psikologi secara sulit di aplikasi Doctor Anywhere secara langsung dari rumah, tanpa perlu pergi ke hospital atau klinik.
Pengguna boleh bercakap dengan ahli psikologi secara sulit di aplikasi Doctor Anywhere secara langsung dari rumah, tanpa perlu pergi ke hospital atau klinik.

Perkhidmatan baharu ini membolehkan pengguna memilih panel yang terdiri daripada ahli psikologi dan kaunselor berdaftar dan menempah sesi terapi melalui konsultasi video di aplikasi Doctor Anywhere. Sesi 60 minit dapat dilakukan tanpa gangguan di rumah pengguna sendiri melalui panggilan yang disulitkan hujung-ke-hujung, dan rekod pesakit dirahsiakan. Bayaran untuk menggunakan perkhidmatan ini, secara purata, adalah 50 peratus lebih rendah berbanding sesi terapi secara bersemuka. Pengguna dari mana-mana saja di dunia dapat menggunakan perkhidmatan ini untuk mendapatkan sokongan daripada pengamal kesihatan mental yang berpengalaman.

Lim Wai Mun, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Doctor Anywhere, berkata: "Cabaran unik yang timbul akibat wabak ketika ini telah menyebabkan tahap tekanan, kegelisahan dan gejala kesihatan mental yang tidak pernah terjadi sebelumnya kepada dunia. Sejak bermulanya wabak ini, kami melihat lebih ramai pengguna mendapatkan konsultasi daripada doktor kami untuk masalah-masalah berkaitan tekanan seperti insomnia. Akses kepada sokongan untuk kesejahteraan mental adalah lebih kritikal sekarang berbanding sebelum ini.

Selain itu, orang ramai yang tidak mengalami masalah kesihatan mental juga boleh mendapat manfaat daripada perbincangan dengan profesional. Terapi bukan hanya untuk melawan penyakit mental atau mengurangkan trauma serius - ia boleh membantu orang ramai menyelesaikan masalah harian dan mengatasi halangan di pelbagai titik kehidupan mereka. Sebenarnya, ramai orang tidak sedar betapa bergunanya terapi dalam mengoptimumkan prestasi dalam bahagian-bahagian seperti motivasi, keyakinan diri dan tahap tenaga, dll."

Kajian menunjukkan bahawa lebih banyak sokongan kesihatan mental diperlukan untuk mereka yang berumur 18-34 tahun

Tinjauan pengguna di seluruh sistem yang dilakukan oleh Doctor Anywhere pada bulan Jun tahun ini[1] menunjukkan stigma dan halangan yang dihadapi oleh para belia dalam mencari sokongan kesihatan mental walaupun mereka mempunyai tahap kesedaran kesihatan mental yang lebih baik.

Penemuan penting termasuk:

  • 9 daripada 10 responden berumur 18 hingga 24 tahun mengenali rakan atau keluarga yang berjumpa dengan ahli psikologi atau pakar psikiatri kerana masalah kesihatan mental. Ini mungkin menandakan kesedaran dan keterbukaan yang lebih tinggi untuk membincangkan topik kesihatan mental.
  • Masalah paling utama dinyatakan oleh responden berusia 18 hingga 24 tahun yang menyebabkan mereka cenderung mendapatkan terapi adalah tekanan, kemurungan, kegelisahan serta masalah keluarga dan perhubungan.
  • Bimbang persepsi negatif dan kos terapi yang tinggi lebih cenderung menghalang responden berusia 18 hingga 24 tahun untuk mendapatkan bantuan profesional, berbanding dengan kumpulan umur yang lain.
  • Responden berumur 18 hingga 34 tahun lebih terbuka untuk mendapatkan terapi berbanding dengan kumpulan usia yang lebih tua.

"Topik kesihatan mental masih menjadi satu kepantangan dalam masyarakat Asia. Kami ingin menyediakan persekitaran yang selamat dan mudah diakses oleh orang ramai untuk meminta pertolongan daripada ahli psikologi dan kaunselor dengan mudah dan senang. Platform maya seperti Doctor Anywhere dapat mengurangkan halangan psikologi yang dikaitkan dengan berjumpa profesional kesihatan mental, dan memberikan penjimatan masa dan kos untuk pengguna dan penyedia perkhidmatan," tambah Encik Lim.

Doctor Anywhere bekerjasama dengan penyedia insurans korporat utama, penyedia pembayaran dan syarikat telekomunikasi di rantau ini, untuk menyediakan perlindungan kepada lebih daripada 1 juta nyawa di platform dalam talian dan luar talian Doctor Anywhere di Singapura, Malaysia, Filipina, Thailand dan Vietnam.

[1] Tinjauan Kesihatan Mental DA: Dijalankan pada bulan Jun 2020 melalui borang tinjauan dalam talian, dengan 886 responden berumur 18 hingga 60 tahun ke atas.

Tentang Doctor Anywhere

Doctor Anywhere merupakan sebuah syarikat kesihatan dipacu teknologi serantau yang beribu pejabat di Singapura. Dengan rangkaian kukuh yang terdiri daripada penyedia penjagaan kesihatan yang mantap dan para doktor yang berpengalaman, platform digital Doctor Anywhere membolehkan pengguna menguruskan kesihatan mereka dengan mudah dan berkesan melalui aplikasi mudah alih Doctor Anywhere. Pengguna boleh mendapatkan konsultasi daripada seorang doktor tempatan berlesen pada bila-bila masa, di mana sahaja, dan mendapatkan ubat-ubatan melalui penghantaran ke rumah dalam masa hanya beberapa jam. Sejarah perubatan, laporan kesihatan dan dokumen lain disimpan dalam aplikasi untuk memudahkan akses.

Di bawah klinik DA Network, pengguna juga mempunyai akses ke panel pengamal perubatan umum, pakar, dan penyedia penjagaan kesihatan bersekutu di seluruh pulau.

DA Marketplace melengkapkan ekosistem ini. Pengguna boleh membeli pelbagai produk dan perkhidmatan kesihatan dan kesejahteraan, seperti suplemen pemakanan, produk penjagaan kulit, sesi terapi fizikal, bahkan menempah perkhidmatan penjagaan kesihatan dari rumah - semuanya di satu tempat. Doctor Anywhere kini memberi perkhidmatan kepada lebih daripada satu juta, dan semakin bertambah, pengguna di platform dalam talian dan luar talian.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: doctoranywhere.com 

Source: Doctor Anywhere
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Mental Health Mobile Entertainment Telecommunications New products/services