omniture

UnionPay International akan Melancarkan Pilihan Pembayaran Nirsentuh Ditingkatkan di E-Dompet GoPayz oleh U Mobile

UnionPay International
2020-10-22 13:54 1887

KUALA LUMPUR, Oct. 22, 2020 /PRNewswire/ -- Rangkaian pembayaran global UnionPay dijadualkan untuk melancarkan peningkatan baharu untuk GoPayz, e-dompet universal yang dibangunkan oleh U Mobile, yang akan menjadikan pembayaran nirsentuh mudah alih tersedia di aplikasi Android melalui emulasi kad berasaskan hos (host card emulation atau HCE). Mulai hari ini, pengguna GoPayz akan dapat membayar pembelian mereka di dalam dan luar negara dengan pergerakan "ketik dan bayar" pantas menggunakan kad Virtual UnionPay mereka di aplikasi tersebut.

Menurut Research and Markets, industri pembayaran mudah alih di Malaysia dijangka akan mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 20.7% untuk mencapai US$ 70,677.3 juta pada tahun 2025, dengan segmen pembayaran dompet mudah alih meningkat pada CAGR sebanyak 20.6% antara tahun 2018 dan tahun 2025. Dengan lebih banyak pengguna di Malaysia menggunakan kaedah pembayaran mudah alih nirsentuh dalam usaha untuk meminimumkan sentuhan fizikal dan mengurangkan interaksi sosial berikutan krisis kesihatan awam global baru-baru ini, pertumbuhan penggunaan pembayaran mudah alih mungkin akan lebih dipercepatkan lagi.

"Penggunaan pembayaran mudah alih telah mula mendapat momentum di Malaysia, dan kami gembira dapat memperluaskan kerjasama kami dengan U Mobile untuk menyediakan pelbagai penyelesaian pembayaran mudah alih kepada para pengguna di Malaysia. Oleh kerana kadar pendigitalan terus meningkat, kami percaya bahawa adalah sangat penting bagi kami untuk terus menyediakan penyelesaian pembayaran inovatif yang mudah diakses oleh pengguna, untuk mendorong lebih ramai orang tidak menggunakan tunai. Bukan sahaja ini akan menyumbang kepada usaha negara menuju masyarakat tanpa tunai, kami percaya bahawa ini juga akan membolehkan rangkuman kewangan yang lebih besar bagi rakyat Malaysia," kata Huiming Cai, Pengurus Besar, UnionPay International Asia Tenggara. 

"GoPayz dengan senang hati bekerjasama dengan UnionPay International untuk menjadi e-dompet pertama di Malaysia yang menawarkan penyelesaian HCE nirsentuh untuk pelanggan kami yang memiliki telefon pintar didayakan NFC. Matlamat GoPayz adalah untuk menjadikan perkhidmatan kewangan dan digital boleh diakses oleh semua orang dan ciri ini semestinya sesuai dengan matlamat tersebut kerana ia menjadikan pembayaran lebih lancar untuk pelanggan kami. Oleh kerana GoPayz dapat digunakan di dalam dan luar negeri, mereka dapat menikmati penyelesaian HCE nirsentuh ini di mana saja di dunia ini yang mempunyai perkhidmatan ini," menurut Jasmine Lee, Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, UnionPay juga bekerjasama dengan GoPayz untuk membuka laluan bagi membolehkan lebih banyak pengguna menikmati manfaat pembayaran digital. GoPayz kini diaktifkan untuk pembayaran HCE di AEON, FamilyMart, KFC, McDonald's, Parkson, Starbucks dan Watsons. Econsave, Old Town White Coffee, Petron dan Switch diaktifkan untuk pembayaran QR Code. Para pengguna boleh terus menjangkakan pendigitalan pesat landskap pembayaran dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

HCE secara automatik diaktifkan untuk pelanggan GoPayz yang menggunakan telefon pintar Android, dengan kad UnionPay maya yang tersedia di aplikasi. Di luar Malaysia, pengguna GoPayz juga boleh menggunakan aplikasi ini untuk melakukan pembayaran di luar negara dengan lebih 20 juta peniaga nirsentuh mudah alih UnionPay di 51 buah negara dan wilayah, dan lebih daripada 30 juta peniaga Kod QR UnionPay di 40 buah negara dan wilayah.

GoPayz boleh dimuat turun di Google Play Store dan Apple App Store. Pengguna baharu GoPayz juga akan mendapat e-baucar percuma bernilai sehingga RM18. Untuk memuat turun, sila pergi ke bit.ly/_GPUPI.

Tentang UnionPay International 

UnionPay International (UPI) memberi tumpuan kepada urus niaga antarabangsa UnionPay, rangkaian pembayaran global yang menjadi pusat Pemegang Kad terbesar dunia. Dengan lebih daripada 8 bilion kad UnionPay dikeluarkan di 61 buah negara dan wilayah, lebih daripada 52 juta peniaga dan sekitar 2.9 juta ATM menerima kad kami di 179 buah negara dan wilayah, UnionPay merupakan salah satu rangkaian pembayaran yang paling cepat berkembang di dunia.

Sebagai syarikat dengan rangkaian penerimaan global dan pelbagai perkhidmatan pembayaran bertaraf dunia, UnionPay komited untuk menyediakan akses kepada penyelesaian pembayaran penting dan selamat yang disesuaikan dengan keperluan pasaran tempatan, untuk membolehkan pilihan dan kemudahan pembayaran untuk pengguna dan juga perniagaan.

Di Asia Tenggara, UPI telah membolehkan penerimaan ATM, Titik Jualan dan pengeluaran kad di kesemua 10 buah negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.unionpayintl.com.

Di Malaysia, UPI bekerjasama dengan AmBank, Bank of China, Boost, GoPayz, Industrial and Commercial Bank of China, dan Public Bank untuk mengeluarkan pelbagai jenis produk pembayaran. 

Tentang GoPayz 

GoPayz merevolusikan cara pengguna membayar dan menggunakan perkhidmatan kewangan. Dari insurans mikro hingga pelaburan harta, GoPayz membolehkan semua pengguna mengakses perkhidmatan kewangan yang mampu milik pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Kami memberi tumpuan kepada perkembangan perkhidmatan kewangan digital inovatif yang meningkatkan gaya hidup pengguna kami dan kami percaya rangkuman kewangan menjadi asas pembinaan jenama kami. Untuk maklumat lanjut tentang produk dan perkhidmatan GoPayz, sila layari www.gopayz.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan GoPayz di +6018 388 3388

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: 

Alison Zhang
IN.FOM (Rakan agensi UnionPay International)
alison@infom.asia

Source: UnionPay International
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce New products/services