omniture

Persidangan Pelancongan Penyelidikan Sedunia 2020 Dibuka Secara Besar-besaran di Leshan, China

World Research Travel Organization Sichuan Representative Office
2020-10-22 16:22 77

LESHAN, China, 22 Okt. 2020 /PRNewswire/ -- Pada 20 Oktober, Persidangan Pelancongan Penyelidikan Sedunia (WRTC) 2020 dengan tema "Knows More, Travels Far" (Lebih Pengetahuan, Lebih Jauh Perjalanan) telah diadakan di Bandar Leshan, Wilayah Sichuan, China. Pakar dan sarjana di dalam dan luar negara serta ratusan wakil industri dari lebih daripada sepuluh negara dan wilayah di seluruh dunia telah dipelawa untuk mengambil bahagian dalam persidangan dalam talian dan luar talian tersebut. Pakar dan sarjana termasuk Liu Baojun dan Li Tingdong (ahli akademik Akademi Sains China), Lu Yaoru (ahli akademik Akademi Kejuruteraan China), Long Yongtu (bekas Timbalan Menteri di Kementerian Perdagangan Luar Negeri dan Kerjasama Ekonomi dan bekas Setiausaha Agung Forum Boao untuk Asia), Ng Yen Yen (bekas Menteri Pelancongan Malaysia), dan Franz Wolfgang Eder (bekas Pengarah Jabatan Geokimia Pertubuhan Pendidikan Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO)).

Persidangan tersebut dianjurkan oleh Pertubuhan Pelancongan Penyelidikan Sedunia (WRTO - World Research Travel Organization), yang ditubuhkan di Kanada pada 2014. WRTO ialah pertubuhan bukan untung yang komited kepada kajian tentang teori dan amalan berkaitan pelancongan penyelidikan, dan menggalakkan integrasi pendidikan dan industri pelancongan dunia dan pembangunan disiplin pelancongan penyelidikan.

Persidangan tersebut, yang menumpukan pada situasi, cabaran semasa dan masa depan pembangunan pelancongan penyelidikan dan memfokus pada pola baharu pembangunan mampan pelancongan penyelidikan, mengeluarkan garis panduan dan piawaian industri pelancongan penyelidikan secara besar-besaran, melancarkan dua forum selari ("Challenges and opportunities of the development of world research travel industry" (Cabaran dan peluang pembangunann industri pelancongan penyelidikan dunia) dan "The significance of research travel on the growth of youth" (Kepentingan pelancongan penyelidikan terhadap pertumbuhan remaja)), mempelawa tetamu yang mengambil bahagian untuk mengikuti kursus penyelidikan "Budaya Teh", "Penjaga Buddha", dan "Teknik pembuatan kertas - warisan budaya tak ketara", dan berkongsi hasil daripada pembangunan industri pelancongan penyelidikan dunia.

Di mesyuarat tersebut, Profesor Yang Zhenzhi, Pengerusi Eksekutif WRTO, mengumumkan bahawa Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia, akan menjadi lokasi untuk WRTC seterusnya.

Source: World Research Travel Organization Sichuan Representative Office
Keywords: Travel Trade show news