omniture

Loonie Berwarna Pertama Royal Canadian Mint Menandakan Ulang Tahun ke-75 Acara Menandatangani Piagam PBB

Royal Canadian Mint (RCM)
2020-10-22 21:00

OTTAWA, Ontario, 22 Oktober 2020 /PRNewswire/ -- Pada tahun 1945, 51 buah negara, termasuk Kanada, telah menandatangani satu perundingan untuk menubuhkan sebuah perbadanan baharu dengan empat matlamat utama: menyelamatkan generasi yang terselamat daripada kemusnahan perang; mengutamakan hak asasi manusia; memupuk rasa hormat terhadap undang-undang antarabangsa dan perundingan; dan menggalakkan perkembangan sosial. Tujuh puluh lima tahun kemudian, peristiwa penubuhan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dijadikan kenangan di atas syiling satu dolar berwarna yang pertama, yang dikeluarkan oleh Royal Canadian Mint.  Lambang daun mapel PBB berwarna biru dan merah yang ikonik di permukaan syiling ini menjadi tanda ingatan pada negara Kanada, atas komitmennya yang berterusan terhadap kerjasama antarabangsa melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Syiling edaran baharu tersebut dilancarkan hari ini di saluran YouTube Mint. 

The Royal Canadian Mint's coloured Loonie marking the 75th anniversary of the signing of the UN Charter
The Royal Canadian Mint's coloured Loonie marking the 75th anniversary of the signing of the UN Charter

"Tujuh puluh lima tahun yang lalu, Kanada merupakan salah satu daripada penandatangan asal Piagam yang menubuhkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan kami berbangga dengan kepimpinan institusi ini yang ingin menjadikan dunia ini lebih adil dan aman," kata Yang Berhormat Karina Gould, Menteri Pembangunan Antarabangsa. "Sebagai syiling $1 istimewa Mint yang diedarkan di seluruh negara, Kerajaan Kanada berharap ia akan menjadi lambang kepentingan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan kepercayaan negara pada kerjasama antarabangsa yang berterusan."

"Mint amat berbangga meraikan sejarah Kanada, kebudayaan dan nilai-nilainya melalui syiling yang mencapai jutaan penduduk Kanada dan kami amat berbesar hati untuk berkongsi kisah tentang peranan Kanada yang penting dalam peristiwa penubuhan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu 75 tahun yang lalu," kata Marie Lemay, Presiden Mint dan Ketua Pegawai Eksekutif.  "Kami berbesar hati dan teruja untuk merungkai detik-detik ketika anggota pengasas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengorak langkah dengan membawa janji kerjasama antarabangsa, keamanan dan keselamatan, melalui pewarnaan syiling edaran satu dolar yang julung kali dilakukan."

Bahagian belakang syiling edaran satu dolar yang memperingati ulang tahun ke-75 Kanada menandatangani Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ini direka oleh seniman Joel Kimmel dari Westport, Ontario.  Bersama-sama dengan logo PBB, ialah peta dunia dalam lingkaran dahan zaitun yang dipadankan dengan daun mapel untuk melambangkan komitmen Kanada terhadap PBB dan nilai-nilainya.  Reka bentuk tengahnya mempunyai bingkai "1945-2020" dwitarikh dan perkataan "UN CHARTER" dan "CHARTE DE L'ONU" di sepanjang sisinya.

Dua juta syiling berwarna, dengan daun mapel merah serta dahan zaitun berwarna kebiru-biruan seperti bendera PBB, telah mula diedarkan hari ini.  Terdapat juga versi tidak berwarna yang terhad berjumlah satu juta syiling.  Reka bentuk hadapan pula memaparkan Yang Mulia Ratu Elizabeth II, direka oleh seniman Kanada bernama Susanna Blunt pada tahun 2003.

Mint menambah tanda ingatan ini dengan satu set bekas koleksi yang menampilkan kedua-dua versi syiling edaran kenang-kenangan, dipek bersama-sama versi syiling tahun 2020 klasik yang tidak diedarkan (5 sen hingga $2).  Jualan runcit berharga $22.95 dan keluarannya ditetapkan pada 100,000 unit.

Koleksi ini boleh ditempah hari ini dengan menghubungi Mint di talian 1-800-267-1871 di Kanada, 1-800-268-6468 di US, atau dalam talian di www.mint.ca/victory. Ia juga tersedia di butik Royal Canadian Mint di Winnipeg, serta melalui rangkaian penjual dan pengedar global Mint, termasuk outlet Pos Kanada yang turut serta.

Tentang Royal Canadian Mint
Royal Canadian Mint ialah perbadanan Crown yang bertanggungjawab untuk mencetak dan mengedar syiling edaran Kanada. Mint ialah salah sebuah pembuat syiling terbesar dan serba boleh di dunia, menawarkan pelbagai produk syiling khusus dan berkualiti tinggi serta perkhidmatan berkaitan pada skala antarabangsa. Untuk maklumat lanjut tentang Mint, produk dan perkhidmatannya, sila layari www.mint.ca.  Ikuti Mint di Twitter, Facebook dan Instagram.

Gambar syiling edaran dan produk koleksi boleh didapati di sini.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1317741/royal_canadian_mint_the_royal_canadian_mint_s_first_ever_coloure.jpg?p=medium600

 

Untuk maklumat lanjut, pihak media diminta untuk menghubungi: Alex Reeves, Pengurus Kanan, Perhubungan Awam, Telefon: 613-884-6370, reeves@mint.ca

Source: Royal Canadian Mint (RCM)
Related Stocks:
Toronto:MNT
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service New products/services