omniture

Merchantrade Menjalinkan Perkongsian Teknologi dengan Ant Group untuk Menawarkan Perkhidmatan Pengiriman Wang Inklusif kepada Pengguna di Asia

Merchantrade Asia Sdn Bhd
2020-10-23 15:17 63

KUALA LUMPUR, Malaysia, 23 Oktober 2020 /PRNewswire/ -- Pengendali Perniagaan Perkhidmatan Wang (MSB) terbesar di Malaysia, Merchantrade Asia Sdn Bhd (Merchantrade) telah menjalinkan kerjasama dengan Ant Group, peneraju pembangunan platform terbuka untuk perkhidmatan kewangan inklusif yang dipacu teknologi.

Merchantrade to facilitate real-time remittances to Alipay users in China, with funds reaching bank accounts linked to their Alipay app.
Merchantrade to facilitate real-time remittances to Alipay users in China, with funds reaching bank accounts linked to their Alipay app.

Kerjasama ini membolehkan pelanggan Merchantrade di Malaysia dan Singapura membuat pengiriman wang terus kepada pengguna Alipay di China, dengan dana dimasukkan terus ke akaun bank penerima yang dihubungkan melalui aplikasi Alipay mereka. Alipay yang dikendalikan oleh Ant Group kini memberi perkhidmatan kepada lebih daripada satu bilion pengguna.

Perkhidmatan ini kini boleh didapati di 81 cawangan Merchantrade dan lebih daripada 450 lokasi ejennya di Malaysia. Perkhidmatan ini juga boleh didapati di dalam aplikasi mudah alih kiriman wang Merchantrade – eRemit Malaysia (yang pernah memenangi anugerah), dan pada masa yang terdekat di e-Dompet, Merchantrade Money serta di aplikasi mudah alih eRemit Singapore yang dimilik anak syarikat Merchantrade di Singapura, Kliq Pte Ltd.

Perkongsian ini bertujuan untuk membawa perkhidmatan kewangan yang lebih mudah dan inovatif kepada pelanggan Merchantrade di Malaysia dan Singapura. Perkhidmatan ini juga akan berkembang untuk membolehkan pelanggan Merchantrade mengirim dana kepada individu-individu di Filipina, Pakistan, Bangladesh dan Indonesia, melalui rakan-rakan kongsi Ant Group.

"Sebagai pengendali MSB terkemuka dan penyedia hab pengiriman wang antarabangsa, kami akan terus-menerus meneroka cara baharu untuk menerapkan teknologi kami serta berhubung dengan rakan kongsi untuk menjadikan perkhidmatan kewangan lebih inklusif,  khusus kepada golongan yang tidak disediakan perkhidmatan atau kemudahan ini di peringkat global, terutama di Asia, serta menerajui  pasaran kiriman wang melalui rakan kongsi tempatan," Ramasamy K. Veeran, Pengasas dan Pengarah Urusan Merchantrade Asia berkata. Syarikat ini telah membina ekosistem perkhidmatan kewangan yang relevan melalui perkongsian dan kolaborasi industri dan akan terus mengalu-alukan peluang perkongsian di masa hadapan bagi meningkatkan kehidupan pelanggan kami.

Untuk maklumat lanjut tentang Merchantrade, sila layari https://mtradeasia.com/main/ . Untuk pertanyaan tentang Perkongsian & Kerjasama, sila hubungi: partnerships@mtradeasia.com 

Tentang Merchantrade Asia

Merchantrade merupakan pengendali Perniagaan Perkhidmatan Wang (Money Services Business atau MSB) terbesar di Malaysia, pengirim wang terkemuka, penerbit e-wang, penyedia perkhidmatan pertukaran mata wang asing runcit dan borong. Dengan memanfaatkan teknologinya, kemampuan omnisaluran dan capaian rangkaian global, Merchantrade menyasarkan untuk menyediakan akses yang mudah, selamat, boleh dipercayai dan pantas untuk pertukaran mata wang global, pemindahan wang dan pembayaran digital kepada pengguna.

Merchantrade telah membangunkan pelbagai produk digital yang memenangi anugerah dan telah mewujudkan rangkaian yang mempunyai 81 cawangan dan lebih daripada 450 lokasi ejen di seluruh Malaysia.

Source: Merchantrade Asia Sdn Bhd
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Licensing/marketing agreements Financial Technology