omniture

DST Melancarkan InnoConnect, Ke Arah Membina Komuniti yang Berhubung

DST
2020-10-24 08:00 406

BANDAR SERI BEGAWAN, Brunei, 24 Okt. 2020 /PRNewswire/ -- DST telah mencapai satu lagi kejayaan penting dengan pelancaran InnoConnect, sebuah lebuh raya digital yang membolehkan akses ke perkhidmatan dengan lancar dan dalam masa nyata. InnoConnect merupakan platform (pelantar) pertukaran data yang modular, mudah digunakan dan selamat. Ia juga merupakan komponen infrastruktur digital yang penting bagi laluan DST ke arah mencapai transformasi digital.

The Guest of Honour, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Hj Mohammad Yusof, the Minister of Transport and Infocommunications (on the right) had officiated the launch of InnoConnect. On the left is Radin Sufri Radin Basiuni, the Chief Executive Officer of Datastream Digital Sdn Bhd (DST)
The Guest of Honour, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Hj Mohammad Yusof, the Minister of Transport and Infocommunications (on the right) had officiated the launch of InnoConnect. On the left is Radin Sufri Radin Basiuni, the Chief Executive Officer of Datastream Digital Sdn Bhd (DST)

 

Radin Sufri Radin Basiuni, the Chief Executive Officer of Datastream Digital Sdn Bhd (DST) gave his speech on InnoConnect
Radin Sufri Radin Basiuni, the Chief Executive Officer of Datastream Digital Sdn Bhd (DST) gave his speech on InnoConnect

Pelancaran InnoConnect telah dirasmikan oleh Tetamu Kehormat, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Hj Mohammad Yusof, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi di Ibu Pejabat DST.

Dalam era digital ini, DST peka bahawa kebolehan untuk para pelanggan dapat terhubung terus menggunakan perkhidmatan hanya dalam beberapa klik adalah sangat penting dan banyak memudahkan para pelanggannya. Oleh itu, DST memperluaskan lagi perkhidmatan mereka dengan memperkenalkan InnoConnect, yang membolehkan perkhidmatan disampaikan dengan lebih baik, serta mengelakkan pertindihan kerja, memanfaatkan data dengan lebih baik, dan menyampaikan perkhidmatan secara digital. InnoConnect juga menyediakan rangka kerja perkhidmatan penghantaran untuk membolehkan perkongsian maklumat dihantar dengan tepat, lancar, dan pada masa yang sama melindungi maklumat dengan selamat.

Radin Sufri bin Radin Basiuni, Ketua Pegawai Eksekutif Datastream Digital Sdn Bhd (DST) menekankan bahawa "InnoConnect merupakan penterjemah, pengurus aliran kerja, penutup jurang, pengantara untuk komuniti, perkhidmatan, platform, pangkalan data dan lebih penting lagi sebagai saluran untuk inovasi masa depan bagi membolehkan ekosistem digital terus berkembang." Beliau menambah lagi, "Untuk mengeluarkan potensi penuh dari ekosistem platform tersebut, InnoConnect juga dilengkapi dengan penggunaan interaksi pelanggan omni-channel kami untuk memberikan perkhidmatan kepada sektor awam dan swasta."

Dalam pelancaran InnoConnect ini, DST akan dapat menyokong sektor awam dan swasta untuk lebih mudah lagi terhubung ke rangkaian sistem, serta saling beroperasi dan mudah alih dalam perkhidmatan rangkaian ekosistem yang serba kompleks. Dengan usaha ini, akan boleh mengubah cara individu, peniaga dan penyedia perkhidmatan untuk saling berinteraksi antara satu sama lain, maka memudahkan lagi untuk berhubung dengan semua rakyat Brunei.

Untuk maklumat lanjut mengenai InnoConnect, sila layari laman web DST di www.dst.com.bn/innoconnect

Mengenai Datastream Digital Sdn Bhd (DST)

Datastream Digital (DST) telah lahir daripada evolusi infrastruktur dalam transformasi industri telekomunikasi Brunei. Ini diikuti pula oleh usaha transformasi digital utama DST sendiri. Sebelum ini, DST merupakan Penyedia Rangkaian Mudah Alih perkhidmatan penuh dan Penyedia Perkhidmatan Mudah Alih sepenuhnya sehingga sekarang, penyedia pertama digital berfokus pelanggan, aset ringan, dalam kemudahan tiga serangkai, iaitu perkhidmatan mudah alih, jalur lebar tetap dan semua perkara mendatar secara digital.

Kini, DST berkembang daripada penyedia perkhidmatan mudah alih menjadi penyedia perkhidmatan jalur lebar tetap, untuk Kediaman dan juga Perusahaan serta konvergen perkhidmatan mudah alih dan konvergen tetap, DST terus kekal sebagai penyedia telekomunikasi utama di Brunei. Dengan perkembangan perkhidmatan kepada jalur lebar tetap, ini merupakan kawasan pembangunan untuk pertumbuhan.

Dengan pengalaman telekomunikasi tradisional selama 25 tahun, dan corak pemikiran yang sentiasa berubah, DST terus membangunkan platform digitalnya dan terus membina ekosistemnya untuk menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan digital, menyediakan nilai serta kemudahan sebagai keutamaan kepada pelanggannya di Brunei, dengan matlamat visi untuk berkembang ke rantau ini sebagai penyedia perkhidmatan digital.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20201015/2950934-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20201015/2950934-1-b?lang=0

Source: DST
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications New products/services Data Analytics