omniture

Fuji Xerox Asia Pacific dan Newline Interactive Ganding Bahu Takrifkan Semula Kolaborasi Berbilang Lokasi

Fuji Xerox Asia Pacific
2020-10-26 10:00 75

SINGAPURA, 26 Oktober 2020 /PRNewswire/ -- Hari ini, Fuji Xerox Asia Pacific mengumumkan perkongsiannya dengan Newline Interactive bagi meningkatkan kerja berpasukan berbilang lokasi sebagai pengedar[1] eksklusif Paparan Kolaborasi Seragam (UCD) terbaharu mereka – Newline UCD. Penyelesaian Ultra-HD 4K semua dalam satu ini mengintegrasikan peranti dan fungsi individu pada satu paparan, menangani pelbagai peringkat mesyuarat dengan mudah merentas persekitaran korporat, perusahaan, bilik darjah dan latihan. Ia boleh didapati dalam tiga tahap - PTC, VNC, RSC.

Memandangkan model kerja-fleksibel dan susunan pasukan secara berpecah semakin menjadi suatu kebiasaan, organisasi-organisasi hari ini memerlukan platform kolaborasi lancar yang dapat menyokong telekomunikasi dan e-aliran kerja. Perkongsian yang tepat pada masanya ini menyasarkan untuk melengkapkan organisasi dengan keupayaan untuk berkolaborasi di lokasi dan secara jarak jauh serta menavigasi cabaran model kerja-fleksibel.

Newline UCD mencipta pengalaman yang interaktif untuk pengguna bagi menemui kaedah penglibatan baharu dengan faedah-faedah seperti:

  • Penetapan Mesyuarat Tanpa Renyah untuk Memudahkan Kerja Jarak Jauh

Menggabungkan penggunaan kawasan pejabat yang bijak daripada bilik mesyuarat, pengguna dapat memasang UCD dengan mudah pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja. Ia mengintegrasikan semua alatan komunikasi dan kolaborasi yang diperlukan untuk mesyuarat termasuk platform persidangan video (Teams, Zoom dan Skype), sistem papar tanpa wayar dan papan putih interaktif. Pengguna dapat menikmati paparan dan kualiti suara yang jelas dengan kamera bersudut lebar 4K yang boleh dilaraskan, bar bunyi stereo 40W berkuasa dan mikrofon omni-arah dengan ciri-ciri pembatalan gema dan pengurangan hingar.

Tambahan pula, pengguna dapat mengakses format dokumen yang berbeza seperti Microsoft Office Suite untuk menyimpan fail dalam peranti storan pilihan mereka melalui ketikan mudah pada skrin.

  • Perkongsian Silang Dokumen Langsung Serta Merta bagi Memudahkan Kolabroasi Antara Lokasi 

UCD membolehkan dokumentasi dan penyimpanan automatik aset mesyuarat, disokong oleh keupayaan perkongsian serta merta dan pada waktu sebenar merentas saluran pilihan pengguna. Fungsi pembentangan tanpa wayarnya menyokong sambungan serentak ke UCD untuk sehingga empat peranti, agar pengguna tidak perlu bertukar-tukar antara fail atau pemilik berbeza semasa pembentangan. Pengguna hanya perlu menyambung peranti Windows, Mac, Android atau iOS mereka untuk menayangkan skrin mereka dengan pantas bagi mengadakan perbincangan berterusan.

Dengan UCD, organisasi-organisasi juga boleh menggunakan Spesifikasi Boleh Pasang Terbuka (OPS), komputer terpasang untuk memasang Pengurusan Kandungan Perusahaan (ECM) Fuji Xerox dan penyelesaian perkongsian fail (seperti Working Folder dan DocuShare) bagi meningkatkan kecekapan.

  • Teknologi Intuitif untuk Meningkatkan Pengalaman dan Produktiviti Kakitangan 

Pengguna boleh menikmati pengalaman menulis yang lancar dengan ketepatan sentuhan sempurna yang mana anotasi pada skrin terasa bersahaja seperti menulis atas kertas. Memanfaatkan teknologi ikatan optik yang mengurangkan kesilapan paralaks dan pantulan cahaya, UCD menawarkan sudut pandangan 178° ultra-lebar dengan pengurangan silau bagi mencipta pengalaman visual terbaik, tanpa mengira di mana anda berada di dalam bilik tersebut.

Teknologi Penapis Cahaya Biru UCD turut melindungi pengguna dengan menghalang sehingga 75% cahaya biru yang berbahaya, tanpa menjejaskan kecerahan dan kualiti paparan.

  • Teknologi Mantap untuk Meminimumkan Kos Operasi

Dengan peredaran masa, terutamanya dalam persekitaran dengan kelembapan yang tinggi dan berhabuk, kelembapan yang terkumpul antara lapisan paparan boleh menyebabkan berlakunya pemeluwapan pada permukaan dalam kaca pada paparan terikat bukan optik. UCD menggunakan teknologi ikatan optik untuk menutup jurang antara lapisan paparan dan mengelakkan penembusan partikel ini, lalu menjadikannya sempurna untuk sebarang keadaan persekitaran dan suhu. Lapisan yang terikat secara optik ini juga menyediakan kaca penutup pelindung untuk melindungi daripada calar dan kotoran pada skrin, lantas membolehkan UCD tahan lebih lama dan organisasi-organisasi dapat menikmati penjimatan kos yang lebih banyak.

Pandemik global telah mempercepatkan transformasi ruang kerja agar dilengkapi secara digital dan tangkas. Memandangkan bilik mesyuarat zaman moden menjadi semakin dinamik dan praktikal, Futuresource Consulting, sebuah syarikat penyelidikan pakar dan perunding berasaskan pengetahuan, menjangkakan pasaran paparan kolaborasi keseluruhan akan berkembang jumlahnya setiap tahun sebanyak 25.1% sehingga tahun 2023, menurut laporan seluruh dunianya yang terkini daripada perkhidmatan penjejakan pasaran paparan kolaborasi[2]

"Dengan aplikasi teknologi dan paparan interaktif yang semakin berkembang dalam industri-industri berbeza di Asia Pasifik, kami dapat melihat peluang pertumbuhan yang luar biasa untuk meningkatkan kolaborasi tak segerak dan pada waktu sebenar. Jaringan pelanggan dan rakan kongsi Fuji Xerox yang mantap menjadikannya sebagai rakan kongsi yang sempurna untuk membantu kami mengambil langkah pertama ke arah meluaskan jejak kami di rantau berkenaan dan menonjolkan teknologi kami yang utama dalam industri," kata Eric Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Newline Interactive.

"Beberapa bulan kebelakangan ini menekankan keperluan untuk memastikan tugasan dapat dilaksanakan secara jarak jauh – dan paling penting, secara kolaboratif melalui dalam talian dan luar talian – walaupun ketika berlakunya gangguan," kata Masashi Sakamoto, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Fuji Xerox Asia Pacific Pte Ltd. "Kami gembira dapat menjadi satu-satunya pengedar rangkaian yang terkini daripada Newline, yang membangunkan inovasi proprietari yang dapat membantu pelanggan kami mencapai kejayaan yang lancar dan mewujudkan kecekapan baharu untuk berkembang dengan baik melangkaui pemulihan."

[1] Tersedia di Australia, Hong Kong, Korea, Malaysia, New Zealand, Singapura, Taiwan dan Thailand

[2] https://www.avnetwork.com/news/global-collaboration-displays-market-soars-futuresource-consulting 

Latar Belakang Newline Interactive 

Beribu pejabat di Plano, Texas, Newline Interactive ialah jenama skrin sentuh interaktif dan perisian inovatif yang terkemuka di dunia yang meningkatkan produktiviti serta mendayakan kolaborasi. Ia membangunkan penyelesaian yang membantu organisasi-organisasi dalam pelbagai pasaran vertikal termasuk perkhidmatan kewangan, pendidikan, penjagaan kesihatan, penguatkuasaan undang-undang, pengilangan, perbandaran dan perkhidmatan perundangan. Inovasi berterusan dan pembangunan produk yang diamalkan oleh Newline menghasilkan reputasi syarikat sebagai sebuah organisasi bertaraf dunia tanpa pengecualian.

Latar Belakang Fuji Xerox 

Ditubuhkan pada tahun 1962, Fuji Xerox Co., Ltd. ialah sebuah syarikat terkemuka yang menawarkan kaedah yang lebih pintar untuk bekerja menerusi penyelesaian dan perkhidmatan berkaitan dokumennya, selain dengan peranti berbilang fungsi pejabat, pencetak dan pencetak pengeluaran bertaraf dunia yang dibangunkan dan dihasilkan oleh kami untuk diedarkan ke seluruh dunia. 

Fuji Xerox ialah subsidiari milik persendirian FUJIFILM Holdings Corporation dengan tenaga jualan langsung meliputi Jepun dan rantau Asia-Pasifik termasuk China. Sebagai sebuah perusahaan bernilai 10 bilion dolar A.S., kami menggaji kira-kira 40,000 orang di seluruh dunia, dengan lebih daripada 80 rakan gabungan / subsidiari jualan domestik dan luar negara. Pada 1 April 2021, Fuji Xerox akan menukar nama korporatnya kepada FUJIFILM Business Innovation Corp.

Fuji Xerox Asia Pacific ialah subsidiari Fuji Xerox yang mengawasi operasi jualan di rantau Asia-Pasifik.

http://www.fujixerox.com 

Hubungan media:
Neo Kai Ping
Perunding
Archetype Agency Pte Ltd
E: kaiping.neo@archetype.co

Angel Khoo
Pengurus, Pemasaran & Komunikasi
Fuji Xerox Asia Pacific Pte. Ltd.
T: +65 6239 7173
E: angel.khoo@fujixerox.com

Xerox, Xerox and Design, serta Fuji Xerox and Design ialah tanda dagangan berdaftar atau tanda dagangan Xerox Corporation di Jepun dan/atau negara-negara lain.

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200921/2923038-1LOGO?lang=0

Source: Fuji Xerox Asia Pacific
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Licensing/marketing agreements