omniture

Huawei Melancarkan Petal Search, Petal Maps, HUAWEI Docs dan Banyak Lagi

Huawei Consumer Business Group
2020-10-26 16:51 247

SHENZHEN, China, 26 Okt. 2020 /PRNewswire/ -- Huawei hari ini mengumumkan perkembangan baharu untuk ekosistem Perkhidmatan Mudah Alih Huawei di acara pelancaran HUAWEI Mate 40 Series, melancarkan Petal Search, Petal Maps dan HUAWEI Docs, yang meningkatkan pengalaman digital pengguna Huawei setara dengan kemas kini baharu yang lain.

Integrasi perkakasan dan perisian mempertingkatkan pengalaman gaya hidup digital

Aplikasi enjin carian rasmi Huawei, Petal Search kini terdapat di lebih 170 negara dan wilayah dan menyokong lebih 50 bahasa, membolehkan pengguna mencari maklumat dan perkhidmatan yang mereka perlukan dengan mudah dan segera.

Cari dengan Petal Search
Cari dengan Petal Search

Petal Search menawarkan keupayaan carian untuk lebih daripada 20 kategori termasuk aplikasi, berita, video, imej, beli-belah, penerbangan dan perniagaan tempatan. Ia juga membangunkan dan mengintegrasikan pelbagai alat, seperti cuaca, kalkulator, kadar pertukaran dan malah pertanyaan kertas untuk membantu pengguna mendapatkan maklumat yang digunakan setiap hari. Dengan kemas kini baharu, pengalaman carian kini lebih menarik secara visual. Hasil carian dikemukakan dalam kad maklumat, berbanding pautan web ringkas, untuk membantu pengguna mendapatkan banyak maklumat berguna ini dengan segera hanya dengan beberapa klik sahaja.

Memanfaatkan keupayaan AI peranti Huawei, Petal Search membolehkan pengguna mencari dengan mengambil gambar atau imej melalui fungsi carian visualnya. Ia mengecam pelbagai jenis objek seperti orang, haiwan dan mercu tanda, dan akan memperkenalkan keupayaan baharu seperti pengecaman tumbuhan. Contohnya, pengguna hanya mengambil gambar hidangan dan Petal Search akan memberikan resipi. Ciri carian suara juga diintegrasikan dalam aplikasi tersebut, menyokong Bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis, Arab dan banyak lagi. Ciri-ciri ini membantu Petal Search memenuhi keperluan pengguna yang sudah biasa dengan gaya hidup cekap dan bertumpu pada mudah alih.

Di samping itu, dengan kerjasama rakan kongsi global dan tempatan, Petal Search giat membangunkan perkhidmatan carian kehidupan tempatan, untuk menyediakan pengalaman carian berasaskan lokasi dan senario yang terperinci kepada pengguna. Apabila pengguna mencari kandungan kehidupan tempatan, Petal Search memberikan pengguna maklumat setempat yang berkualiti tinggi dan paling popular, seperti saranan yang diperibadikan atau makanan yang berdekatan, tarikan tempatan yang berbaloi dikunjungi dan diskaun beli-belah.

Manakala, Petal Maps, ialah alat navigasi dan pemetaan Huawei yang berkualiti dan menyenangkan, menawarkan perkhidmatan penentuan kedudukan, paparan peta imersif, carian tempat, navigasi pemanduan dan senarai tempat kegemaran kepada pengguna di lebih 140 negara dan rantau. Petal Maps menyokong paparan peta dalam pelbagai bahasa, dengan pemberitahuan suara dalam Bahasa Inggeris, Perancis, Sepanyol, Jerman, Itali dan Mandarin.

Terokai dengan Petal Maps
Terokai dengan Petal Maps

Petal Maps juga dilengkapi dengan fungsi canggih untuk memberikan kemas kini transit yang disiarkan dalam masa nyata di beberapa bandar utama, yang membantu pengulang-alik merancang laluan mereka dengan lebih baik dan menghilangkan kerisauan semasa melakukan perjalanan. Memanfaatkan teknologi perintis seperti Super GNSS dan algoritma pengecaman imej, Petal Maps mempertingkatkan lagi ketepatan dan memberi pengguna laluan yang paling cekap dan kurang sesak.

Dengan Kawalan Gerak Isyarat peranti HUAWEI Mate 40 Series, pemandu dapat bertukar antara paparan navigasi dan gambaran keseluruhan peta hanya dengan menggunakan "air press" ke arah skrin dengan tapak tangan mereka. Interaksi pintar ini mempertingkatkan kemudahan melakukan perjalanan, dan juga mempermudahkan pengalaman pemanduan yang selamat.

HUAWEI Docs
HUAWEI Docs

HUAWEI Docs, tersedia di lebih daripada 100 negara dan rantau, menyokong paparan dan penyuntingan dokumen melebihi 50 format termasuk PDF, PPT dan DOC. Dengan penyegerakan masa nyata yang didayakan oleh keupayaan awan, HUAWEI Docs membolehkan pengguna mengusahakan dokumen yang sama di peranti berbeza yang dilog masuk ke ID HUAWEI yang sama, lalu mempertingkatkan pengalaman pejabat pintar.

Suite lengkap aplikasi Perkhidmatan Mudah Alih Huawei untuk melengkapi kehidupan digital

Naik taraf untuk Find Device membolehkan pengguna mengesan peranti Huawei mereka seperti telefon pintar, jam tangan, fon telinga dan cermin mata. Pengguna sama ada boleh memainkan nada dering dari jauh untuk membantu mengesan peranti, atau memilih untuk mengunci dan menghapuskan maklumat peranti, yang melindungi privasi pengguna.

HUAWEI Themes memperkenalkan pek tema eksklusif untuk memperibadikan peranti dengan lebih terperinci. Kelompok pertama pek tersebut termasuk tema artis terkenal, sastera klasik, dan siri Ingenuity pilihan Huawei.  

Disokong oleh 2 juta pembangun global, ekosistem Perkhidmatan Mudah Alih Huawei mengekalkan pertumbuhan pesat. Sebagai salah satu daripada 3 aplikasi utama pasaran global, AppGallery terus membawakan aplikasi global dan tempatan popular kepada lebih 500 juta pengguna aktif setiap bulan. HUAWEI Quick App juga mencapai 260% peningkatan pengguna aktif bulanan tahun demi tahun untuk pengalaman ketik-untuk-guna dan tanpa pemasangan.

Untuk maklumat lanjut tentang Petal Search, sila layari: https://consumer.huawei.com/en/mobileservices/search/

Untuk maklumat lanjut tentang Petal Maps, sila layari: https://consumer.huawei.com/en/mobileservices/petalmaps/

Find Device buat masa ini menyokong peranti boleh pakai berikut: HUAWEI Freebuds Pro, Freebuds Studio, Watch GT2 Pro dan Gentle Monster Eyewear II.

Source: Huawei Consumer Business Group
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications New products/services