Guangzhou akan menyaksikan Konvensyen 5G Dunia 2020 pada 26 November
GUANGZHOU, China, 27 Okt. 2020 /PRNewswire/ -- Artikel ini ditulis oleh Jawatankuasa Penganjur Konvensyen 5G Dunia (dilaporkan oleh Science and Technology Daily):
Konvensyen 5G Dunia 2020, yang dihoskan bersama oleh Kerajaan Rakyat Wilayah Guangdong Republik Rakyat China (RRC), Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Nasional RRC, Kementerian Sains dan Teknologi RRC dan Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat RRC, akan diadakan di Guangzhou dari 26 hingga 28 November. Tema Konvensyen ialah "5G+ By All for All" (5G+ Oleh Semua untuk Semua)
Pada 4 Mac, mesyuarat Jawatankuasa Tetap Biro Politik bagi Jawatankuasa Pusat CPC menekankan untuk mempercepatkan pembangunan infrastruktur baharu seperti rangkaian 5G dan pusat data. Semasa Setiausaha Agung Xi Jinping melawat Zhejiang, Shaanxi dan tempat-tempat lain pada tahun ini, beliau berulang kali memberikan arahan penting tentang mempercepatkan pembangunan infrastruktur baharu seperti 5G.
Dengan revolusi teknologi dan transformasi industri global pusingan baharu yang semakin mendalam, 5G telah menjadi bidang pembangunan utama dalam strategi pembangunan ekonomi digital dunia. Menurut ramalan Persatuan Global untuk Sistem Komunikasi Mudah Alih, menjelang 2024, akan terdapat hampir 1.2 bilion pengguna 5G di seluruh dunia. Akademi Teknologi Maklumat dan Komunikasi China meramalkan bahawa pelaburan kumulatif dalam pembangunan rangkaian 5G China berpotensi untuk mencapai RMB 1.2 trilion menjelang 2025. Ia akan mendorong rantaian industri huluan dan hiliran dan pelaburan aplikasi dalam pelbagai industri akan melebihi RMB 3.5 trilion. Dari 2020 hingga 2025, penggunaan komersial 5G China akan secara tidak langsung mendorong jumlah output ekonomi kira-kira RMB 24.8 trilion.
Konvensyen 5G Dunia ialah acara antarabangsa pertama di dunia dalam bidang 5G, dan ia diadakan di Beijing buat pertama kali pada tahun 2019. Konvensyen tersebut menghimpunkan pakar dan sarjana serta eksekutif perniagaan dari seluruh dunia untuk mengadakan perbincangan mendalam yang menumpukan pada tema "5G - Change the World, Create the Future" (5G - Mengubah Dunia, Mencipta Masa Depan). Berikut ialah senarai peserta upacara pembukaan: Cai Qi, ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat CPC dan Setiausaha Jawatankuasa Perbandaran Beijing CPC; Wang Yong, Ahli Dewan Undangan Negeri; Wang Zhigang, Menteri Kementerian Sains dan Teknologi RRC; Miao Wei, bekas Menteri Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat RRC; dan Lin Nianxiu, Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Nasional RRC. Ia merangkumi sepenuhnya tumpuan penting yang diberikan oleh Parti dan pemimpin negara terhadap pembangunan 5G.
Konvensyen 5G Dunia 2020 akan diadakan di Guangzhou, di mana ia akan menghimpunkan saintis penting dan berpengaruh dalam bidang maklumat dan komunikasi, penyedia perkhidmatan 5G yang terkemuka di dunia, dan penyedia aplikasi industri 5G untuk bertukar-tukar pendapat dan berbincang tentang teknologi canggih, trend industri dan aplikasi inovatif dalam bidang 5G. Konvensyen tersebut akan mencerminkan sepenuhnya tarikan 5G dalam bentuk ekonomi baharu dunia dan kepentingan 5G dalam corak pembangunan dua kitaran baharu dan menekankan bahawa 5G menggalakkan naik taraf industri tradisional dan kehidupan digital baharu, "memanfaatkan secara pintar", menunjukkan peranan dan nilai pemerkasaan industri 5G kepada dunia.
Menurut pengenalan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Penganjur Konvensyen 5G Dunia, Konvensyen tersebut akan diadakan secara dalam talian dan luar talian, yang terdiri daripada upacara pembukaan, forum utama dan forum kemuncak. Forum Transformasi Industri Media dan 5G dan juga Forum Penggunaan Baharu Kehidupan Digital dan 5G akan diadakan terlebih dahulu pada 25 November. Upacara pembukaan dan forum utama akan diadakan pada pagi 26 November. Forum kemuncak akan diadakan secara berturut-turut dari petang 26 hingga 27 November, termasuk Forum Ekonomi Digital Diterajui oleh 5G dan Pembangunan Mampan, dan Forum Pembangunan Kawasan Sekitar Teluk dan 5G, Sidang Kemuncak Antarabangsa AI & I Guangzhou Ke-3 2020, Forum Internet Industri dan 5G, Forum Penjagaan Kesihatan & Kesihatan Awam dan 5G, Forum Pengangkutan Pintar dan 5G, Seminar Antarabangsa 2020 mengenai Teknologi dan Strategi Komunikasi Maklumat Masa Depan, dan lain-lain. Perbincangan menyeluruh akan diadakan di bawah tema berbeza dan dalam pelbagai bidang.
Semasa Konvensyen, satu pameran dengan kawasan seluas kira-kira 12,000 meter persegi akan diadakan dari 26 hingga 28 November, yang memaparkan kehidupan baharu, industri baharu, teknologi baharu dan tema lain. Ruang paparan interaktif akan dibina yang berkaitan dengan aktiviti pengeluaran sosial, termasuk kehidupan keluarga, penjagaan kesihatan, penggunaan kewangan, komunikasi sosial, pendidikan dan hiburan, pengangkutan dan logistik, pengeluaran dan pembuatan, pengurusan bandar dan senario perkhidmatan aplikasi 5G yang lain. Pameran tersebut akan menumpukan pada memperlihatkan kes penggunaan 5G yang menonjol setakat ini, menyerlahkan pencapaian 5G yang memanfaatkan orang ramai dan memperkasakan industri. Pengunjung boleh mengalami sendiri aplikasi kehidupan pintar 5G, mempunyai pengalaman mendalam mengenai promosi 5G untuk pengeluaran industri, dan mempunyai pemahaman komprehensif tentang teknologi baharu, produk baharu dalam hiliran dan huluan rantaian industri 5G.
Dalam Pelan Pembangunan Garis Kasar untuk Kawasan Sekitar Teluk Guangdong-Hong Kong-Macau yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pusat CPC dan Majlis Negara pada Februari 2019, ia menyatakan dengan jelas bahawa kami perlu mempromosikan teknologi maklumat generasi baharu dan membangunkannya menjadi industri tunggak baharu, dan memupuk beberapa projek perindustrian utama dalam bidang utama seperti teknologi paparan baharu, teknologi komunikasi generasi baharu, 5G dan Internet mudah alih.
Sebagai salah satu penganjur Konvensyen tersebut, wilayah Guangdong giat mempromosikan pembangunan aplikasi industri 5G. Pada 2019, Wilayah Guangdong mengeluarkan Pelan Tindakan Wilayah Guangdong untuk mempercepatkan Pembangunan Industri 5G (2019-2022), yang menentukan matlamat dan hala tuju pembangunan industri 5G. Sebagai salah satu daripada bandar rintis 5G pertama di China, Guangzhou menekankan pentingnya merebut peluang untuk pembangunan 5G yang pesat, mempercepatkan pembangunan jenis perniagaan baharu, ekonomi baharu dan momenta baharu, dan menghasilkan momentum baharu yang diterajui oleh sains dan teknologi untuk memberikan sokongan penting bagi Guangzhou mencapai matlamat "bandar lama, semangat dan tenaga baharu". Konvensyen tersebut akan mengkaji titik permulaan baharu, hala tuju baharu dan peluang baharu 5G yang menggabungkan trend pembangunan Kawasan Sekitar Teluk Guangdong-Hong Kong-Macau dan mengambil kira proses pelaksanaan komersial, mempromosikan integrasi 5G ke dalam semua industri, dan menghubungkan semua benda untuk memanfaatkan orang ramai, dan memperkasakan pembangunan Kawasan Sekitar Teluk.
Saluran pendaftaran untuk menyertai Konvensyen 5G Dunia 2020 dan pameran tersebut kini dibuka. Untuk mendapatkan butiran, sila rujuk laman web rasmi Konvensyen www.w5gc.com.