omniture

CEIBS Melonjak ke #2 Di Dunia dalam Ranking EMBA 2020 Financial Times

China Europe International Business School (CEIBS)
2020-10-28 21:27 285

SHANGHAI, 28 Okt. 2020 /PRNewswire/ -- Sekolah Perniagaan Antarabangsa China Eropah (CEIBS) telah melonjak ke #2 dalam ranking Financial Times 2020 bagi 100 program EMBA terbaik di dunia. Ini ialah tahun ketiga berturut-turut EMBA Global CEIBS muncul dalam ranking lima teratas dan merupakan ranking tertinggi yang pernah dicapai untuk program EMBA berasingan di Asia. Pada bulan Januari, program MBA sepenuh masa sekolah tersebut turut berada di kedudukan #5 di seluruh dunia dan #1 di Asia untuk tahun kedua berturut-turut. Ranking tersebut mengukuhkan lagi kedudukan CEIBS sebagai salah sebuah sekolah perniagaan utama di dunia.

CEIBS Melonjak ke #2 Di Dunia dalam Ranking EMBA 2020 Financial Times
CEIBS Melonjak ke #2 Di Dunia dalam Ranking EMBA 2020 Financial Times

Disebabkan oleh metodologi mantap dan penyertaan yang meluas, ranking tahunan FT adalah antara yang diiktiraf paling meluas dalam pengajian pengurusan perniagaan. Ranking tersebut mengambil kira pelbagai petunjuk yang berkaitan dengan akademik dan kepelbagaian sekolah perniagaan, sambil turut menjejaki kemajuan kerjaya pelajar, dan juga usaha tanggungjawab sosial korporat dan penyelidikan sekolah.

"Semasa ekonomi China terus menunjukkan daya tahan untuk kembali pulih daripada tahun yang mencabar, CEIBS telah menunjukkan keunggulan dalam peranannya sebagai jambatan bagi pertukaran ekonomi dan budaya antara China dan dunia, sambil bertindak sebagai platform untuk pemimpin perniagaan berkembang," ujar Presiden CEIBS Wang Hong. "Ranking FT sekali lagi menunjukkan pertumbuhan mengagumkan CEIBS sepanjang 26 tahun sejarahnya untuk mencapai kedudukan semasanya di antara sekolah terbaik di dunia. Melihat ke hadapan, kami akan terus memenuhi moto kami 'Ketekunan, Inovasi dan Kecemerlangan', sambil mempromosikan globalisasi."

Walaupun terdapat gangguan yang disebabkan oleh COVID-19 tahun ini, CEIBS telah menunjukkan gabungan inovasi dan kegigihan dalam menguruskan kesan pandemik terhadap operasinya. Setelah mengalu-alukan kembali pelajar EMBA Global untuk pembelajaran luar talian pada September, sekolah tersebut melancarkan model bandar berkembar untuk program MBA sepenuh masanya – dengan pembukaan bahagian-bahagian di Shanghai dan juga Zurich – untuk menampung mereka yang tidak dapat melakukan perjalanan ke China disebabkan oleh sekatan perjalanan sementara berkaitan dengan virus.

"Semasa kita beralih daripada cabaran yang telah kita alami pada 2020, pengajian pengurusan perniagaan menjadi semakin penting," kata Presiden (Eropah) CEIBS Dipak Jain. "Kami telah berjaya membuat penyesuaian untuk memastikan pelajar kami dapat meneruskan pembelajaran sepanjang masa ini dan program EMBA Global merupakan contoh yang baik untuk ini. Pada masa yang sama, pelajar dan alumni kami terus memainkan peranan penting dalam menjadikan CEIBS satu platform yang penting untuk kejayaan."

Kedudukan CEIBS dalam ranking tahun ini juga menggambarkan kekuatan keseluruhan sekolah tersebut dan juga fakulti China dan antarabangsanya. Dengan hampir 20 pusat penyelidikan dan sebuah pusat kes yang bekerjasama dengan beberapa perpustakaan kes utama di dunia, sekolah ini terus komited kepada penciptaan dan penyebaran pengetahuan perniagaan dan ekonomi.

"Kerja keras dan pemikiran inovatif fakulti kami telah menjadikan mereka beberapa pemimpin pemikiran yang sentiasa dicari-cari dan penyelidik yang paling disebut di China hari ini," kata Naib Presiden CEIBS dan Dean Ding Yuan. "Kami juga baru-baru ini telah melancarkan inisiatif baharu yang bertujuan menggalakkan penyelidikan silang disiplin yang menghubungkan disiplin akademik tradisional dengan bidang-bidang seperti tanggungjawab sosial korporat dan kemampanan, China dan dunia, pengurusan dalam era digital dan kecemerlangan perkhidmatan."

Tidak seperti sekolah perniagaan terkemuka lain, banyak di antaranya telah bekerjasama untuk menawarkan program EMBA bersama, CEIBS dengan yakin menggunakan pendekatan bebas, menubuhkan lima kampus di Shanghai, Beijing dan Shenzhen, dan juga Zurich (Switzerland) dan Accra (Ghana), untuk menawarkan pengalaman kursus antarabangsa yang sebenar. Sekolah tersebut juga secara konsisten telah menarik pelbagai kumpulan pelajar antarabangsa yang ingin memajukan kerjaya mereka di China dan eksekutif perniagaan China yang ingin memperluaskan pengalaman mereka dalam pasaran luar negara.

"Program EMBA Global kami memberikan pengalaman global yang sebenar kepada peserta dengan memanfaatkan kampus kami di tiga benua. Program tersebut memenuhi keperluan peserta global yang mencari peluang di China dan juga eksekutif China yang beralih ke peranan global," ujar Pengarah EMBA Global Nikos Tsikriktsis. "Dengan peserta dari lebih 20 negara dan merentasi keseluruhan spektrum industri dan fungsi, bilik darjah kami mempunyai persekitaran unik di mana para peserta dapat keluar daripada rutin harian mereka dan meneroka cabaran perniagaan daripada pelbagai perspektif."

Selaras dengan misinya untuk mendidik pemimpin perniagaan yang bertanggungjawab, CEIBS terus cemerlang dalam bidang tanggungjawab sosial korporat. Sekolah tersebut mula memperkenalkan CSR dalam kurikulumnya lebih daripada sedekad yang lalu dan mula menerbitkan kertas putih CSR tahunan pada tahun 2018.

Kelas GEMBA berikutnya bermula pada 6 Disember, apabila sekolah tersebut mengalu-alukan lebih 80 eksekutif yang berpencapaian tinggi dari 15 negara ke Shanghai untuk memulakan pembelajaran mereka selama 20 bulan.

Mengenai EMBA Global CEIBS

EMBA Global CEIBS ialah program separuh masa terkemuka yang mengimbangi 'Kedalaman China' dan 'Keluasan Global' untuk pemimpin perniagaan berprestasi tinggi yang ingin membawa kerjaya dan kemajuan diri mereka ke tahap seterusnya. Dengan modul yang tersedia di 11 negara di seluruh dunia, pertubuhan pelajar yang pelbagai dari lebih 20 negara, dan dua kohort bersepadu yang dijalankan di antara China, Eropah dan Afrika, EMBA Global CEIBS memberikan peluang yang tiada tandingannya kepada peserta untuk mengembangkan rangkaian global mereka, dan pada masa yang sama menyertai rangkaian alumni sekolah perniagaan terbesar di China.

Mengenai CEIBS

Sekolah Perniagaan Antarabangsa China Eropah (CEIBS) adalah antara sekolah perniagaan antarabangsa yang terbaik di Asia, yang mana ia satu-satunya yang telah berjaya disenaraikan secara serentak ke dalam senarai 5 teratas Financial Times bagi program MBA dan EMBA. CEIBS mempunyai lebih daripada 24,000 alumni dari lebih 80 negara dan rantau di seluruh dunia, dan sepanjang 26 tahun lalu telah menyediakan pelbagai program pengurusan untuk lebih daripada 190,000 eksekutif di China dan juga luar negara. Dengan pasukan fakulti yang mempunyai pengetahuan menyeluruh tentang China dan pandangan global, CEIBS dilengkapi secara unik untuk membangunkan pemimpin perniagaan, pada setiap peringkat kerjaya mereka, yang mempersiapkan mereka untuk memberi impak global. Ketahui lebih lanjut di sini.

Source: China Europe International Business School (CEIBS)
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Education Higher Education Publishing/Information Service Awards Survey, Polls & Research