omniture

Cision Melancarkan Cision Connect, Mempertingkatkan Keupayaan Komunikator untuk Melaksanakan Jangkauan Media yang Lebih Bermakna

Platform perkhidmatan lengkap baharu tersebut kini diintegrasikan ke dalam Awan Komunikasi Generasi Seterusnya Cision
Cision
2020-10-30 11:16 204

CHICAGO, 30 Okt 2020 /PRNewswire/ -- Cision, platform pengurusan komunikasi media terperoleh dan penasihat media yang terkemuka dalam industri, hari ini mengumumkan pelancaran Cision Connect - penyelesaian pengurusan hubungan yang baharu untuk profesional komunikasi dan PR. Dengan Cision Connect, pengguna kini boleh memanfaatkan rangkaian yang terdiri daripada lebih 1.1 bilion pempengaruh sosial, wartawan, saluran media dan peluang, kesemuanya di satu tempat. Cision Connect dibangunkan berasaskan pangkalan data media dan pempengaruh Cision untuk membantu komunikator menyasarkan, mendorong dan membina hubungan yang lebih kukuh dengan media secara efektif.

Cision Connect delivers powerful media profiles, with more contact information, performance metrics, social details, pitching tips and content streams.
Cision Connect delivers powerful media profiles, with more contact information, performance metrics, social details, pitching tips and content streams.

 

Cision Connect is integrated into the Next Gen Cision Communications Cloud, allowing users to instantly surface top journalists and browse complete recent coverage right from influencer profiles.
Cision Connect is integrated into the Next Gen Cision Communications Cloud, allowing users to instantly surface top journalists and browse complete recent coverage right from influencer profiles.

 

Users can enhance their outreach with Cision Story Kits to deliver pitches in an organized manner and receive detailed data such as who viewed, time active and actions taken.
Users can enhance their outreach with Cision Story Kits to deliver pitches in an organized manner and receive detailed data such as who viewed, time active and actions taken.

Alami Keluaran Baharu Berbilang Saluran di sini: https://www.multivu.com/players/English/8796351-cision-releases-cision-connect/

Ketahui lebih lanjut tentang Cision Connect. 

"Reputasi Cision yang kukuh dibina berasaskan inovasi kami yang berorientasikan pelanggan dan kepuasan pelanggan," ujar Abel Clark, CEO di Cision. "Penyelesaian Cision membolehkan syarikat dan jenama dalam pelbagai saiz kekal relevan dan berinteraksi dengan pelanggan dan pihak berkepentingan mereka dalam dunia kita yang berubah dengan pantas. Kami yakin bahawa dengan Cision Connect, kami sekali lagi akan menggembirakan pelanggan kami dan membantu menyelesaikan satu lagi cabaran utama yang dihadapi oleh profesional PR dan komunikasi."

Dilengkapi dengan teknologi carian intuitif dan penapisan cerdas, Cision Connect membolehkan pengguna menemui profil media wartawan dan pempengaruh sosial yang paling relevan dengan mereka. Profil media kini memberikan maklumat tambahan mengenai wartawan dan pempengaruh termasuk aktiviti media sosial mereka yang terkini, artikel yang diterbitkan baru-baru ini dan jangkauan artikel, mempertingkatkan keupayaan komunikator untuk memperibadikan nada kandungan mereka untuk memperoleh hasil media yang lebih baik.

Pelanggan juga dilengkapi untuk menguruskan hubungan media mereka melalui penjejakan aktiviti pasukan automatik, metrik prestasi nada kandungan (pitch), dan keupayaan untuk mengukur hasil jangkauan mereka. Pengguna boleh menganalisis kejayaan jangkauan mereka dengan statistik utama seperti pembukaan e-mel dan berhenti melanggan, dan melihat ROI kempen komunikasi mereka menggunakan pemantauan dan analitik yang terdapat dalam Next Generation Cision Communications Cloud.

Dengan Cision Connect, profesional PR dan komunikasi kini mempunyai:

  • Pangkalan data dengan gabungan pempengaruh media sosial dan media tradisional yang utama: Cision Connect menyediakan 1.4 juta wartawan, saluran dan peluang yang dipilih dengan teliti oleh pasukan penyelidikan Cision yang khusus yang membuat lebih daripada 20,000 kemas kini sehari, bersama dengan 1 bilion profil pempengaruh sosial di satu tempat.
  • Pencarian yang sangat mudah: Pengguna cuma mula menaip dan Cision Connect dengan segera menawarkan cadangan untuk topik, pempengaruh, wartawan, editor, saluran dan banyak lagi. Tapis mengikut jenis hubungan, geografi dan/atau rentak dan topik yang dipilih dengan teliti oleh kami untuk mencari padanan yang tepat untuk nada kandungan.
  • Profil induk yang dipilih: Profil hebat yang mengandungi lebih banyak maklumat hubungan, metrik prestasi, profil sosial, tip tentang nada dan strim kandungan. Cision Connect secara automatik mengaitkan hubungan media dengan liputannya, menjadikan mudah untuk melihat artikel terbaru daripada wartawan dan mengenal pasti wartawan berdasarkan kandungan yang mereka terbitkan.
  • Penyenaraian yang mudah dan pantas: Semak imbas profil media dan tambah mereka kepada senarai baharu atau sedia ada daripada hasil carian menggunakan Author Cards Cision yang baharu -- profil ringkas yang menonjolkan maklumat utama.
  • Integrasi aliran kerja: Pengguna boleh mengintegrasikan Cision terus dengan Office365 korporat atau Google Workspace yang dipercayai untuk menghantar dan merekodkan e-mel dan menyimpan rekod terpusat komunikasi pasukan mereka.

Untuk lawatan ke Cision Connect dan mengetahui lebih lanjut tentang kepentingan alat pengurusan hubungan, daftar di sini untuk webinar Cision pada 21 Oktober. 

Cision Connect kini tersedia di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Kanada.

Mengenai Cision
Cision ialah pembekal global utama untuk perisian media terperoleh dan perkhidmatan pengedaran wayar kepada profesional perhubungan awam dan komunikasi pemasaran. Perisian Cision membolehkan pengguna mengenal pasti pempengaruh utama, mereka dan mengedarkan kandungan strategik dan mengukur impak yang bermakna. Cision mempunyai lebih 4,800 pekerja dengan pejabat di 21 negara di Amerika, EMEA dan APAC. Untuk maklumat lanjut tentang produk dan perkhidmatan Cision yang memenangi anugerah, termasuk Cision Communications Cloud®, layari www.cision.com dan ikuti Cision di Twitter @Cision.

Hubungan Media
Rebecca Dersh
Pengurus PR
cisionpr@cision.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20201014/2949143-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20201014/2949143-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20201014/2949143-1-c?lang=0

Source: Cision
Keywords: Advertising Computer Software Computer/Electronics Publishing/Information Service New products/services