omniture

Forum Kesihatan Mental Tahunan SEA menemui perkongsian, inovasi, dan akses sebagai penyelesaian utama untuk mengatasi korelasi positif antara penyakit mental dan COVID-19

Johnson & Johnson
2020-10-30 15:53 193
  • Keadaan kesihatan mental seperti skizofrenia, kemurungan dan gangguan neurologi diburukkan lagi oleh wabak COVID-19 di seluruh pasaran Asia Tenggara
  • Pemanfaatan tele-kesihatan dan tele-psikiatri, penghantaran ubat-ubatan ke rumah, peningkatan sokongan latihan di peringkat utama dan kemajuan tahap penjagaan masyarakat, dan perkongsian dengan kerajaan untuk memacu celik kesihatan mental dan daya tahan adalah antara topik perbincangan utama

SINGAPURA, 30 Okt. 2020 /PRNewswire/ -- Ketika negara-negara Asia Tenggara terus bertempur dengan gelombang kedua atau ketiga wabak COVID-19, kesannya sangat meluas - di luar jangkauan ekonomi sehingga kesejahteraan mental individu, penjaga, keluarga, dan pengamal penjagaan kesihatan.

Selaras dengan Hari Kesihatan Mental Sedunia, Johnson & Johnson, dengan kerjasama Persatuan Psikiatri Filipina, menganjurkan Forum Kesihatan Mental Asia Tenggara tahunan keempat, dengan tema 'Membangunkan Kapasiti untuk Kesihatan Mental dalam Normal Baharu.'

Forum ini diadakan secara maya sepanjang dua hari pada bulan Oktober dan dihadiri oleh lebih daripada 500 peserta, termasuk profesional penjagaan kesihatan, pesakit, pembuat dasar dan penyokong kesihatan mental dari seluruh Asia Tenggara.

Negara-negara yang turut menyertai dalam Forum tahun ini termasuk Filipina, Singapura, Vietnam, Thailand, Malaysia dan Indonesia. Setiap pasaran berkongsi amalan terbaik, pembelajaran, halangan, dan cadangan, sejajar dengan menyediakan perkhidmatan kesihatan mental semasa pandemik COVID-19.

Presiden dan Pengarah Urusan J&J Filipina Raghu Krishnan menegaskan komitmen Syarikat untuk memperkuat kemampuan kesihatan mental dan memajukan perbincangan di negara ini semasa beliau merasmikan acara tersebut.

Dr. Alessandra Baldini, Pengarah SEA untuk Hal Ehwal Perubatan Johnson & Johnson, turut menyatakan, "Dalam Forum tahun ini, kami berhasrat mahu memupuk kerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan dalam mencari kaedah yang lestari untuk menyokong keperluan mereka yang berhadapan penyakit kesihatan mental dan membangunkan strategi masa depan melangkaui pandemik."

Perbincangan menunjukkan bahawa keadaan kesihatan mental seperti skizofrenia, kemurungan dan gangguan neurologi diburukkan lagi oleh pandemik COVID-19.[1] Dari bulan Mac hingga Ogos tahun ini, talian hotline Pusat Kesihatan Mental Nasional di Filipina melihat lonjakan panggilan di talian hotline krisis dengan purata 876 panggilan bulanan, 53 daripadanya berkaitan dengan bunuh diri. Ini dibandingkan dengan bulan-bulan sebelum perintah kawalan pergerakan yang menunjukkan pusat ini hanya menerima purata 400 panggilan bulanan dari Mei 2019 hingga Februari 2020.

Perkara yang sama dilaporkan di Singapura, iaitu talian hotline SOS mereka menerima peningkatan jumlah panggilan antara April dan Mei 2020, 30-35% lebih tinggi berbanding tempoh yang sama tahun lalu.[2]

Sementara itu, polis Malaysia melaporkan 78 kes bunuh diri di seluruh negara dari tempoh 18 Mac hingga 9 Jun 2020, peningkatan 14 kes berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya. Jabatan Kesihatan Mental Thailand juga mengeluarkan angka yang menunjukkan peningkatan jumlah bunuh diri sebanyak 22% pada separuh pertama tahun 2020, berbanding tahun sebelumnya.

Dalam bulan Mac hingga Ogos 2020 sahaja, Persatuan Psikologi Klinikal Indonesia (IPK Indonesia) melaporkan sejumlah 14,619 individu dirawat, pada masa yang sama dengan protokol dan sekatan kawalan pergerakan.

Dalam membangunkan strategi masa depan, tema utama yang muncul dari forum itu berkaitan dengan inovasi, akses dan perkongsian. Antara yang dikongsi merupakan:

  • Penggunaan tele-kesihatan dan tele-psikiatri untuk meminimumkan hubungan manusia sambil memastikan akses maksimum pesakit untuk perkhidmatan penjagaan kesihatan mental menjadi lebih mudah
  • Penghantaran ubat ke rumah untuk memastikan peruntukan ubat psikotropik yang berterusan dengan jangka hayat yang lebih lama, pengenalan kesihatan mental berasaskan komuniti di peringkat penjagaan utama, Tele-pementoran dan bimbingan untuk penyedia penjagaan kesihatan utama adalah penting bagi memberikan sokongan rakan sebaya dan meminimumkan keletihan dalam kalangan penyedia penjagaan utama kita
  • Membangunkan kemampuan dan sokongan latihan kepada pengamal penjagaan utama untuk membolehkan mereka memberikan khidmat kepada pesakit dengan keperluan kesihatan mental sambil memajukan model penjagaan masyarakat untuk memastikan perkhidmatan kesihatan mental yang boleh diakses dan berpatutan
  • Penekanan pada kebingkasan individu, keluarga, dan masyarakat dan bekerjasama dengan unit pemerintah daerah dan pemerintah nasional, masyarakat sivil, dan sektor swasta untuk menggalakkan celik kesihatan mental 

Sebagai penyokong sekian lama dan pakar dalam bidang kesihatan mental, Johnson & Johnson berhasrat mahu menjalinkan kerjasama dengan pihak berkepentingan pasaran tempatan yang berkongsi komitmen mereka untuk mengetengahkan isu-isu kesihatan mental di barisan hadapan agenda kesihatan di seluruh Wilayah dan dunia. 

Dr. Baldini berkata, "Tanggungjawab membina keupayaan untuk kesihatan mental bukan sekadar tanggungjawab satu pihak berkepentingan. Kita mesti melihatnya secara holistik dan sebagai tanggungjawab setiap individu."

"Melangkaui COVID-19, kami sebagai pemimpin dan penginovasi dalam bidang penjagaan kesihatan akan terus mengubah lintasan kesihatan untuk umat manusia dengan memperdalami pemahaman tentang kesihatan mental dan menonjolkan pentingnya pengesanan dan rawatan awal."

Untuk maklumat mengenai sorotan dan ucapan penutup Forum Kesihatan Mental SEA, sila rujuk di sini.


 

[1] Menurut Impak COVID-19 pada perkhidmatan mental, neurologi dan penggunaan bahan: hasil penilaian cepat. Geneva: Pertubuhan Kesihatan Sedunia; 2020. Lesen: CC BY-NC-SA 3.0 IGO.

[2] Teo, J. (2020a, 19 Ogos). Covid-19 akan memberi kesan jangka panjang terhadap kesihatan mental, menurut ramalan pakar. The Strait Times. https://www.straitstimes.com/singapore/health/covid-19-will-have-a-long-tail-effect-on-mental-health-experts-predict 

Mengenai Johnson & Johnson
Di Johnson & Johnson, kami percaya kesihatan yang baik adalah asas kepada kehidupan yang bertenaga, masyarakat yang maju dan kemajuan ke hadapan. Itulah sebabnya selama lebih dari 130 tahun, kami bermatlamat mahu menjaga kesihatan orang pada setiap usia dan setiap tahap kehidupan. Hari ini, sebagai syarikat penjagaan kesihatan terbesar dan paling luas di dunia, kami komited untuk menggunakan jangkauan dan saiz kami demi kebaikan. Kami berusaha untuk meningkatkan akses dan kemampuan, mewujudkan komuniti yang lebih sihat, dan menempatkan minda, badan dan persekitaran yang sihat dalam jangkauan semua orang, di mana sahaja. Kami menggabungkan hati, sains dan kepintaran kami untuk mengubah trajektori kesihatan secara sungguh-sungguh demi umat manusia. Ketahui lebih lanjut di www.jnj.com. Ikut kami di @JNJNews.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Rachel Ho
Pengarah, Komunikasi & Hal Ehwal Awam, SEA
Johnson & Johnson
E-mel: Sho9@its.jnj.com

Source: Johnson & Johnson
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Mental Health Trade show news