omniture

CGTN Explainer: Apakah pelan strategik China untuk 15 tahun akan datang?

CGTN
2020-11-03 17:44 248

 

BEIJING, 3 Nov. 2020 /PRNewswire/ -- Salah satu mesyuarat politik China yang paling penting pada tahun ini telah berakhir pada 29 Oktober. 

Ia adalah sesi pleno kelima Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (CPC) ke-19.

CGTN menganalisis kata kunci dan ungkapan daripada pernyataan yang dikeluarkan selepas sesi tersebut. Berikut ialah pandangan sekilas lalu mengenainya!

Perkataan "pembangunan" telah disebut 72 kali. Ini termasuk istilah seperti "pembangunan berkualiti tinggi", "pembangunan sosial dan ekonomi," "pembangunan hijau" dan "corak pembangunan baharu".

Yang terakhir ini merujuk kepada "dinamik pembangunan berganda" – idea peredaran domestik dan antarabangsa yang melengkapi satu sama lain. 

Di tempat kedua, perkataan "Ekonomi" telah disebut 37 kali, disusuli oleh "Sosialisme", yang disebut 25 kali.

Sesi pleno kelima tersebut turut mencadangkan matlamat pembangunan sosial dan ekonomi utama untuk lima tahun akan datang – yang akan dirangkumi oleh Pelan Lima Tahun ke-14 (2021-2025).

Sesi tersebut turut mengemukakan objektif jangka panjang untuk China secara asasnya mencapai pemodenan sosialis menjelang tahun 2035.

Pada waktu itu, KDNK per kapita China akan mencapai aras yang setara dengan negara sederhana maju, kata pernyataan tersebut. Populasi berpendapatan sederhana negara tersebut akan meningkat dengan pesat, dan kekuatan ekonomi dan teknologi China, dan juga kekukuhan komposit nasionalnya, akan meningkat dengan ketara, ia berkata.

Sesi tersebut juga mengkaji pencapaian yang dibuat semasa Pelan Lima Tahun ke-13, dari 2016 hingga 2020.

Tahun ini, KDNK China dijangkakan akan melebihi 100 trilion yuan. Dan sepanjang lima tahun lepas, 55.75 juta penduduk China di luar bandar telah keluar daripada kemiskinan.

Baca artikel asal: di sini.

 

CGTN Explainer: What's China's roadmap for the next 15 years?
CGTN Explainer: What's China's roadmap for the next 15 years?

Source: CGTN
Keywords: Publishing/Information Service Economic news, trends, analysis